Mahkamah Rayuan di sini pada Jumaat memutuskan kaedah common law yang menetapkan tempat bermastautin isteri mesti mengikut tempat bermastautin suaminya adalah sah di sisi perlembagaan dan masih terpakai di Malaysia.
Panel tiga hakim dipengerusikan Datuk Balia Yusof Wahi, dalam keputusan sebulat suara, menolak rayuan bekas Ratu Cantik Malaysia Puan Sri Pauline Chai Siew Phin untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi bahawa mahkamah di Malaysia mempunyai bidang kuasa untuk mendengar petisyen perceraian difailkan suaminya jutawan Tan Sri Khoo Kay Peng.
Hakim Balia berkata oleh kerana kaedah common law mengenai tempat bermastautin masih terpakai di Malaysia, ia terpakai ke atas Chai, dengan itu tidak membuka ruang untuk beliau memilih tempat bermastautin mengikut pilihannya.
Susulan keputusan itu, Khoo boleh meneruskan petisyen perceraiannya di mahkamah Malaysia.
Chai, 68, bekas Ratu Cantik Malaysia/Antarabangsa 1969, mahu mahkamah di England membuat keputusan dalam prosiding perceraian kerana beliau tidak lagi bermastautin di Malaysia sejak 1980 dan kini menetap di England. Bagaimanapun, suaminya mahu mahkamah di Malaysia membuat keputusan dalam prosiding perceraian mereka.
Chai, merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi pada 28 Nov tahun lepas bahawa mahkamah itu mempunyai bidang kuasa untuk mendengar petisyen perceraian Khoo.
Panel Mahkamah Rayuan yang turut dianggotai Datuk Dr Hamid Sultan Abu Backer dan Datuk Abdul Rahman Sebli menolak rayuan Chai selepas memutuskan rayuan itu tidak mempunyai merit. Mahkamah mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi.
Mahkamah memerintahkan Chai membayar RM30,000 kepada Khoo sebagai kos perundangan.
Hakim Balia berkata mahkamah tidak bersetuju dengan hujahan dikemukakan peguam mewakili Chai, Datuk Seri Gopal Sri Ram bahawa kaedah common law adalah tidak sah di sisi perlembagaan dan bercanggah dengan Perkara 8 (1) dan Perkara 8 (2) Perlembagaan Persekutuan kerana ia mencabuli hak Chai mendapat hak samarata di sisi undang-undang dan wujud diskriminasi gender.
Mahkamah enggan mendengar permohonan lisan dikemukakan pihak Chai bagi penangguhan keputusan Mahkamah Rayuan itu sementara menunggu permohonannya bagi kebenaran untuk merayu ke Mahkamah Persekutuan selesai, tetapi memaklumkan peguamnya Andrew Yong akan mengemukakan permohonan rasmi bagi penangguhan keputusan itu.
Khoo, 75, memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi bagi pengecualian keperluan untuk menghadap badan pendamai sebelum perceraian mengikut Seksyen 106 Akta Pembaharuan Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian).
Pada 11 Dis, 2013, Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur memutuskan Khoo tidak perlu menemui badan pendamai di London dan bahawa beliau boleh memfailkan petisyen perceraiannya di Malaysia.
Pada 22 April tahun lepas, Mahkamah Rayuan menghantar balik kes ke Mahkamah Tinggi bagi dibicarakan semula untuk menentukan bidang kuasa dan isu bermastautin selepas memutuskan bahawa terdapat banyak fakta yang dipertikaikan.
Pada 28 Nov tahun lepas, Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa ia mempunyai bidang kuasa untuk mendengar petisyen perceraian difailkan Khoo.
Sementara itu, Chai memfailkan petisyen perceraian di sebuah mahkamah di London pada Februari 2013, menuntut pampasan perceraian sebanyak 500 juta pound (RM2.75 bilion) sebagai penyelesaian.
Pasangan itu mendirikan rumahtangga pada 1970 dan mempunyai lima orang anak yang sudah dewasa.
Chai dan Khoo tidak hadir di mahkamah hari ini. Bagaimanapun anak perempuan bongsu mereka Angeline Francis, 32, berkata beliau akan menyampaikan keputusan mahkamah kepada ibunya yang berada di luar negara.
Peguam mewakili Khoo, Datuk Dr C.V.Das berkata ini merupakan kali pertama kaedah common law dicabar di Mahkamah Rayuan.
Beliau berkata keputusan hari ini merupakan keputusan duluan dan pengesahan pendirian mahkamah bahawa kaedah common law adalah sah diguna pakai di negara ini.
Bernama
Fri Jun 19 2015
![Petisyen perceraian jutawan Khoo boleh didengar di Mahkamah Malaysia Petisyen perceraian jutawan Khoo boleh didengar di Mahkamah Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-06/51434699996_TanSriKhooKayPen.jpg)
Susulan keputusan itu, Khoo boleh meneruskan petisyen perceraiannya di mahkamah Malaysia. - Gambar Fail
![Bursa Malaysia meneruskan peningkatan pada awal dagangan Bursa Malaysia meneruskan peningkatan pada awal dagangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51709865166_BURSAMALAYSIA.jpg)
Bursa Malaysia meneruskan peningkatan pada awal dagangan
Pada 9.19 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menambah 0.20 mata kepada 1,630.02 daripada 1,629.82 ketika ditutup pada Isnin.
AWANI Pagi: Hidup bersama COVID-19
Jom ketahui semua info penting tentang “Hidup Bersama COVID-19”! Langkah, pengurusan kes, vaksin, dan banyak lagi bersama Dr Aznida Mohamad Zaki, Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Bahagian Kawalan Penyakit Kementerian Kesihatan Malaysia dalam Awani Pagi Selasa, 8.30 pagi.
![Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/71699450877_wang.jpg)
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Pada jam 8 pagi, ringgit meningkat kepada 4.6695/6735 berbanding dolar US daripada 4.6725/6745 semalam.
YB Kinabatangan 'musykil' Ahli Parlimen PN pakai riben putih
Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Seri Bung Moktar Radin 'musykil' Ahli Parlimen Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) guna lilitan riben putih.
#AWANInews #SisiTVParlimen
#AWANInews #SisiTVParlimen
Penguasaan bahasa Inggeris, KPM buka ruang kepada pesara beri cadangan
"Kalau sukarelawan Singapura nak datang, kita alu-alukan. Kalau guru-guru bersara nak berkhidmat dengan kita pun kita alu-alukan," kata Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.
#AWANInews #SisiTVParlimen
#AWANInews #SisiTVParlimen
![Pan Gon bakal umum letak jawatan hari ini? Pan Gon bakal umum letak jawatan hari ini?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61718169354_TBKimPanGon.jpg)
Pan Gon bakal umum letak jawatan hari ini?
Kim Pan-gon dipercayai akan mengadakan sidang akhbar hari ini untuk mengumumkan peletakan jawatannya.
AWANI Ringkas: Syor ambil guru Bahasa Inggeris dari Singapura jadi tumpuan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![Suspek kes kematian Nur Farah Kartini direman tujuh hari Suspek kes kematian Nur Farah Kartini direman tujuh hari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721098519_suspekbunuhNurFar.jpg)
Suspek kes kematian Nur Farah Kartini direman tujuh hari
Perintah reman terhadap suspek lelaki berusia 26 tahun itu dikeluarkan Hakim Mahkamah Sesyen Nurul Mardhiah Mohammed Redza.
KPM teliti cadangan sukarelawan Guru Bahasa Inggeris dari Singapura
Sukarelawan berbentuk hubungan diplomasi yang dibiayai kerajaan Singapura bagi bantu tingkatkan penguasaan bahasa Inggeris murid di kawasan miskin bandar dan luar bandar, kata Menteri Pendidikan.
#AWANInews #SisiTVParlimen
#AWANInews #SisiTVParlimen
Niaga AWANI: [Pasca IPO] Apa hala tuju Johor Plantations Group?
Johor Plantations Group (JPG) memperoleh RM735 juta daripada penyenaraiannya di pasaran utama Bursa Malaysia sejak 9 Julai lalu. Bagaimanakah pelan JPG untuk terus berdaya saing pada masa hadapan?
![Petisyen perceraian jutawan Khoo boleh didengar di Mahkamah Malaysia Petisyen perceraian jutawan Khoo boleh didengar di Mahkamah Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-06/51434699996_TanSriKhooKayPen.jpg)
Petisyen perceraian jutawan Khoo boleh didengar di Mahkamah Malaysia
Mahkamah Rayuan memutuskan kaedah common law yang menetapkan tempat bermastautin isteri mesti mengikut tempat bermastautin suaminya.
![Bekas Miss Malaysia gagal tangguh pelaksanaan keputusan mahkamah Bekas Miss Malaysia gagal tangguh pelaksanaan keputusan mahkamah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-11/71415109020_295x200.jpg)
Bekas Miss Malaysia gagal tangguh pelaksanaan keputusan mahkamah
Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Yeoh Wee Siam menolak permohonan Pauline Chai untuk mendapatkan penggantungan pelaksanaan keputusan mahkamah.
![Saya tidak mempunyai kepentingan di Malaysia, kata bekas Miss Malaysia Saya tidak mempunyai kepentingan di Malaysia, kata bekas Miss Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-11/71415109020_295x200.jpg)
Saya tidak mempunyai kepentingan di Malaysia, kata bekas Miss Malaysia
Pauline Chai memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa beliau hanya mempunyai seorang rakan di Malaysia dan tidak mempunyai kepentingan di Malaysia.
![Kuala Lumpur tempat tinggal sebenar saya - Jutawan Kuala Lumpur tempat tinggal sebenar saya - Jutawan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-11/61415147925_295x200.jpg)
Kuala Lumpur tempat tinggal sebenar saya - Jutawan
Tan Sri Khoo Kay Peng berkata beliau tidak pernah menukar tempat tinggal dan sebagai sebuah keluarga, mereka tinggal di Kuala Lumpur.
![Perkahwinan jutawan dengan bekas Miss Malaysia tidak boleh diselamatkan lagi Perkahwinan jutawan dengan bekas Miss Malaysia tidak boleh diselamatkan lagi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-10/51412497146_295x200.jpg)
Perkahwinan jutawan dengan bekas Miss Malaysia tidak boleh diselamatkan lagi
Jutawan Tan Sri Khoo Kay Peng, 74, berkata beliau telah banyak kali cuba untuk berbaik semula melalui kumpulan agama untuk menyelamatkan perkahwinannya, tetapi tidak berjaya.
![Mahkamah benarkan kes cerai bekas ratu cantik Malaysia dibicarakan di Britain Mahkamah benarkan kes cerai bekas ratu cantik Malaysia dibicarakan di Britain](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-10/71413620516_295x200.jpg)
Mahkamah benarkan kes cerai bekas ratu cantik Malaysia dibicarakan di Britain
Bekas ratu cantik Malaysia 1969 telah berjaya mendapat kebenaran Mahkamah Tinggi Britain agar kes penceraiannya dibicarakan di sana.
![1,000 pasang kasut bukti saya menetap di Britain - Bekas ratu cantik M'sia 1,000 pasang kasut bukti saya menetap di Britain - Bekas ratu cantik M'sia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-10/51412497146_295x200.jpg)
1,000 pasang kasut bukti saya menetap di Britain - Bekas ratu cantik M'sia
Kes penceraian Pauline Chai dan Tan Sri Khoo Kay Peng mungkin akan menjadi kes penceraian yang termahal di negara itu.
![Siapapun bertanding di Kajang, Pakatan Rakyat akan menang, kata penganalisis Siapapun bertanding di Kajang, Pakatan Rakyat akan menang, kata penganalisis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-02/61392353982_295x200.jpg)
Siapapun bertanding di Kajang, Pakatan Rakyat akan menang, kata penganalisis
Penganalisis politik percaya sokongan umum akan memihak kepada Pakatan Rakyat susulan sabitan dan hukuman kes liwat Anwar Ibrahim.
![Sekolah vernakular: Lebih kepada isu politik Sekolah vernakular: Lebih kepada isu politik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-06/71371437436_295x200.jpg)
Sekolah vernakular: Lebih kepada isu politik
Perbincangan hangat sama ada sekolah vernakular patut dihentikan tiada kaitan dengan pendidikan dan lebih terarah kepada isu politik, menurut penganalisis politik Khoo Kay Peng.
!['Perang manifesto' menjelang PRU-13 'Perang manifesto' menjelang PRU-13](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-04/51365430500_295x200.jpg)
'Perang manifesto' menjelang PRU-13
'Perang Manifesto' PRU-13 bermula dengan pelancaran 'Akujanji' Barisan Nasional (BN) untuk membalas versi Pakatan Rakyat (PR) yang diumumkan dua bulan lalu.