"Perkahwinan ini tidak boleh diselamatkan lagi dan oleh itu tiada gunanya saya merujuk masalah rumah tangga kami kepada pihak pendamai sebelum memfailkan petisyen perceraian," kata suami bekas Miss
Malaysia Pauline Chai Siew Phin.
Jutawan Tan Sri Khoo Kay Peng, 74, berkata beliau telah banyak kali cuba untuk berbaik semula melalui kumpulan agama untuk menyelamatkan perkahwinannya, tetapi tidak berjaya.
"Walaupun saya tidak mahu ia berakhir, namun ia berakhir juga. Pada waktu malam, dia boleh ambil pisau dan tikam saya," katanya dalam pemeriksaan balas oleh peguam Edmund Bon, yang mewakili Chai, 68.
Bon bertanya kepada Khoo sama ada beliau ingin cuba menyelamatkan perkahwinan selama 43 tahun itu sekiranya mahkamah memerintahkan diadakan proses berdamai.
Dalam afidavit sokongan yang dikemukakan kepada mahkamah, Khoo menyatakan beliau berhasrat memohon mahkamah membubarkan perkahwinannya dengan Chai atas alasan keruntuhan rumah tangga mereka tidak boleh diselamatkan lagi.
"Bagaimanapun, saya dinasihati pegum saya dan amat meyakini bahawa mengikut Seksyen 106(1) Akta berkenaan, saya tidak boleh mengemukakan petisyen perceraian mengikut Seksyen 53 Akta itu, melainkan terlebih dahulu merujuk masalah rumah tangga yang dihadapi kepada pihak pendamai, kecuali terdapat keadaan yang mengecualikannya daripada berbuat demikian seperti yang terkandung dalam Seksyen 106 (1)," katanya.
Akta yang dimaksudkan Khoo itu ialah Akta Pembaharuan (Perkahwinan dan Perceraian) 1976.
Pada prosiding hari ini, Khoo berkata adalah tidak praktikal dan tidak mungkin bagi Chai untuk pulang ke Malaysia bagi menghadiri prosiding perdamaian kerana beliau telah tinggal di England sejak 2012.
Khoo memberi keterangan di hadapan hakim Yeoh Wee Siam berhubung permohonannya untuk mengetepikan keperluan menghadap badan pendamai untuk berbaik-baik semula sebelum bercerai.
Beliau memberitahu mahkamah bahawa pada 14 Feb tahun lepas, Chai memfailkan prosiding perceraian di Pejabat Ketua Pendaftar Bahagian Keluarga Mahkamah Tinggi Keadilan England dan Wales untuk membubarkan perkahwinan mereka.
Kata Khoo, isteri beliau tidak bercakap benar tentang banyak perkara berkaitan perkahwinan mereka dan tindakan untuk bercerai bermula daripadanya.
Beliau berkata England dan Wales tidak mempunyai bidang kuasa untuk mendengar prosiding perceraian mereka dan hanya Mahkamah Tinggi Malaysia mempunyai kuasa untuk mendengar isu itu.
"Bagaimanapun, berikutan tindakan defendan (Chai) memfailkan permohonan untuk bercerai dan membuat permohonan sebelah pihak bagi mendapatkan relif injunktif sementara, saya ingin menyatakan dengan sejelas-jelasnya bahawa perkahwinan ini sudah tidak boleh diselamatkan lagi," kata Khoo, yang diwakili peguam Datuk Cyrus Das.
Pada Februari tahun lepas, Chai, Miss Malaysia/International 1969, memfailkan petisyen perceraian di sebuah mahkamah di London dan menuntut penyelesaian £500 juta (kira-kira RM2.75 bilion).
Khoo, pengerusi sebuah syarikat pemegang pelaburan antarabangsa, Malayan United Industries Bhd, yang kini menetap di Ampang, Kuala Lumpur, memfailkan petisyen perceraian itu di sebuah mahkamah Malaysia.
Pasangan berkenaan berkahwin pada 1970 dan mempunyai lima anak. Perbicaraan bersambung esok.
Bernama
Mon Nov 03 2014

Kata Khoo, isterinya Pauline Chai (gambar) tidak bercakap benar tentang banyak perkara berkaitan perkahwinan mereka dan tindakan untuk bercerai bermula daripadanya. -Gambar fail

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Petisyen perceraian jutawan Khoo boleh didengar di Mahkamah Malaysia
Mahkamah Rayuan memutuskan kaedah common law yang menetapkan tempat bermastautin isteri mesti mengikut tempat bermastautin suaminya.

Bekas Miss Malaysia gagal tangguh pelaksanaan keputusan mahkamah
Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Yeoh Wee Siam menolak permohonan Pauline Chai untuk mendapatkan penggantungan pelaksanaan keputusan mahkamah.

Saya tidak mempunyai kepentingan di Malaysia, kata bekas Miss Malaysia
Pauline Chai memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa beliau hanya mempunyai seorang rakan di Malaysia dan tidak mempunyai kepentingan di Malaysia.

Kuala Lumpur tempat tinggal sebenar saya - Jutawan
Tan Sri Khoo Kay Peng berkata beliau tidak pernah menukar tempat tinggal dan sebagai sebuah keluarga, mereka tinggal di Kuala Lumpur.

Perkahwinan jutawan dengan bekas Miss Malaysia tidak boleh diselamatkan lagi
Jutawan Tan Sri Khoo Kay Peng, 74, berkata beliau telah banyak kali cuba untuk berbaik semula melalui kumpulan agama untuk menyelamatkan perkahwinannya, tetapi tidak berjaya.

Mahkamah benarkan kes cerai bekas ratu cantik Malaysia dibicarakan di Britain
Bekas ratu cantik Malaysia 1969 telah berjaya mendapat kebenaran Mahkamah Tinggi Britain agar kes penceraiannya dibicarakan di sana.

1,000 pasang kasut bukti saya menetap di Britain - Bekas ratu cantik M'sia
Kes penceraian Pauline Chai dan Tan Sri Khoo Kay Peng mungkin akan menjadi kes penceraian yang termahal di negara itu.

Siapapun bertanding di Kajang, Pakatan Rakyat akan menang, kata penganalisis
Penganalisis politik percaya sokongan umum akan memihak kepada Pakatan Rakyat susulan sabitan dan hukuman kes liwat Anwar Ibrahim.

Sekolah vernakular: Lebih kepada isu politik
Perbincangan hangat sama ada sekolah vernakular patut dihentikan tiada kaitan dengan pendidikan dan lebih terarah kepada isu politik, menurut penganalisis politik Khoo Kay Peng.

'Perang manifesto' menjelang PRU-13
'Perang Manifesto' PRU-13 bermula dengan pelancaran 'Akujanji' Barisan Nasional (BN) untuk membalas versi Pakatan Rakyat (PR) yang diumumkan dua bulan lalu.