KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen di sini hari ini memerintahkan bekas Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah Datuk Peter Anthony membela diri atas pertuduhan memalsukan surat pejabat Timbalan Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS) berhubung kontrak kerja penyelenggaraan dan perkhidmatan Sistem Mekanikal dan Elektrikal (ME) di universiti itu pada 2014.
Hakim Azura Alwi membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Peter, 50, di akhir kes pendakwaan.
Mahkamah menetapkan 3 hingga 7 Jan 2022 untuk tertuduh membela diri.
Mengikut pertuduhan, Peter, sebagai Pengarah Urusan Syarikat Asli Jati, didakwa memalsukan surat pejabat Timbalan Naib Canselor UMS bertarikh 9 Jun 2014, dengan memasukkan pernyataan palsu dengan niat digunakan untuk tujuan menipu.
Dia dituduh melakukan perbuatan itu di pejabat Ketua Setiausaha Sulit kepada YAB Perdana Menteri, tingkat lima, bangunan Perdana Putra, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Putrajaya antara 13 Jun dan 21 Ogos 2014.
Peter didakwa mengikut Seksyen 468 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara hingga tujuh tahun dan denda, jika sabit kesalahan.
Dia juga berdepan pertuduhan pilihan menggunakan dokumen palsu sebagai tulen iaitu surat pejabat Timbalan Naib Canselor UMS bertarikh 9 Jun 2014 yang mempunyai pernyataan palsu pada tajuk surat itu, dan beliau mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa dokumen tersebut adalah palsu.
Dia dituduh melakukan perbuatan itu di tempat dan masa yang sama mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum mengikut Seksyen 465 kanun sama yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Mahkamah memerintahkan Peter membela diri atas pertuduhan memalsukan surat.
Terdahulu, Azura berkata beliau membuat keputusan itu selepas mendengar, meneliti dan menimbang penilaian secara maksimum segala keterangan saksi-saksi pihak pendakwaan serta hujahan bertulis dan autoriti yang difailkan dan hujahan lisan tambahan semua pihak.
"Mahkamah berpuas hati bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes prima facie terhadap kamu (Peter Anthony) bagi Seksyen 468 Kanun Keseksaan kerana melakukan pemalsuan dengan memasukkan pernyataan palsu pada tajuk surat Pejabat Timbalan Naib Canselor UMS seperti yang dipertuduhkan. Oleh demikian kamu diperintah membela diri," kata hakim itu.
Peter memilih untuk memberi keterangan secara bersumpah dari kandang saksi.
Sebelum itu, Peter dimaklumkan oleh jurubahasa mahkamah bahawa beliau mempunyai tiga pilihan iaitu berdiam diri dan tidak menjawab pertuduhan; memberi keterangan secara tidak bersumpah dari kandang tertuduh tanpa disoal balas oleh pendakwaan; atau memberi keterangan secara bersumpah dari tempat duduk saksi dengan pendakwaan diberikan peluang untuk mengemukakan soalan semasa pemeriksaan balas.
Sementara itu, peguam Munawar Kabir Mohd Zainal Abidin yang mewakili Peter memberitahu mahkamah bahawa pihaknya akan memanggil tujuh saksi pembelaan semasa prosiding membela diri termasuk saksi yang ditawarkan oleh pendakwaan.
Timbalan Pendakwa Raya Wan Shaharuddin Wan Ladin berkata sekiranya pihak pembelaan ingin menggunakan pernyataan saksi semasa prosiding membela diri, ia perlu diserahkan seminggu sebelum perbicaraan bermula.
"Kami (pendakwaan) juga memohon sekiranya pihak pembelaan boleh membekalkan pernyataan pembelaan yang sehingga kini belum diserahkan, dapat diberikan seminggu sebelum perbicaraan," katanya.
Pada 21 Sept lepas, pihak pendakwaan menutup kesnya selepas memanggil 15 saksi untuk memberi keterangan pada perbicaraan kes itu yang bermula 5 April tahun ini.
Antara saksi pendakwaan yang dipanggil memberi keterangan ialah bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah dan bekas Ketua Hakim Negara Tun Zaki Azmi.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 14 2021
![Peter Anthony diperintah bela diri tuduhan palsukan surat pejabat UMS Peter Anthony diperintah bela diri tuduhan palsukan surat pejabat UMS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/61639451408_PeterAnthony.jpg)
Mahkamah mengarahkan Peter Anthony bela diri atas pertuduhan memalsukan surat pejabat TNC UMS di Kuala Lumpur hari ini. - Foto Astro AWANI/SHAHIR OMAR
![KPM laksana program bersama saintis tarik minat pelajar dalam STEM KPM laksana program bersama saintis tarik minat pelajar dalam STEM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51717136952_FadhlinaSidek.jpg)
KPM laksana program bersama saintis tarik minat pelajar dalam STEM
Fadhlina Sidek berkata program berkenaan dilaksanakan dengan kerjasama Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).
![Terarium - Keceriaan tercipta di dalam bekas Terarium - Keceriaan tercipta di dalam bekas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721267383_tbTerrarium.jpg)
Terarium - Keceriaan tercipta di dalam bekas
Terarium ini mungkin boleh menjadi pilihan atau solusi bagi mereka yang suka tanaman tetapi sering kesuntukan masa.
AWANI Pagi: NGO perkasa usaha baik pulih hospital Al-Shifa di Gaza
Diskusi 8.30 pagi Khamis bersama Mohd Shah Sapiei Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Iltizam Relief Society membincangkan mengenai usaha dan iltizam berterusan badan bukan kerajaan (NGO) yang memfokuskan kepada pelaksanaan projek bantuan kemanusiaan khususnya pemulihan di Gaza, Palestin.
![Tidak perlu tunggu 24 jam untuk lapor kes orang hilang - KPN Tidak perlu tunggu 24 jam untuk lapor kes orang hilang - KPN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61716028987_RazarudinHusainIG.jpg)
Tidak perlu tunggu 24 jam untuk lapor kes orang hilang - KPN
Dakwaan perlu menunggu sehingga 24 jam selepas kehilangan ialah mitos yang sering disebarkan banyak pihak tanpa asasnya.
![Rangka dinosaur Stegosaurus dilelong pada harga RM207.9 juta Rangka dinosaur Stegosaurus dilelong pada harga RM207.9 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721265472_tbStegosaurusdinosa.jpg)
Rangka dinosaur Stegosaurus dilelong pada harga RM207.9 juta
Dinosaur ini dipercayai hidup di bumi kira-kira 150 juta tahun dahulu pada Zaman Jurasik Akhir.
![EPL: Amat istimewa ada Van Nistelrooy sebagai jurulatih di Manchester United - Zirkzee EPL: Amat istimewa ada Van Nistelrooy sebagai jurulatih di Manchester United - Zirkzee](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721264738_tbJoshuaZirkzee.jpg)
EPL: Amat istimewa ada Van Nistelrooy sebagai jurulatih di Manchester United - Zirkzee
Zirkzee menyertai United minggu lalu selepas menandatangani kontrak bernilai 35 juta pound (RM212 juta) dari kelab Serie A, Bologna.
AWANI Ringkas: Isu pembelajaran digital untuk AI antara yang dibangkitkan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![Penemuan telefon kunci utama cari motif kematian Nur Farah Kartini - Pakar Penemuan telefon kunci utama cari motif kematian Nur Farah Kartini - Pakar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721262117_tbkespembunuhanNur.jpg)
Penemuan telefon kunci utama cari motif kematian Nur Farah Kartini - Pakar
Ia juga bergantung kepada maklumat yang dijumpai dalam alat telekomunikasi berkenaan.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [18 Julai 2024]
Antara fokus Awani Pagi bersama Nursyazwani Saiful Sham & Farhan Hakimi
1. Telefon bimbit dipercayai milik Nur Farah Kartini ditemui dalam parit
2. Tiada keperluan tukar nama, George Town dikenali semua
3. ‘The Experts’ gegarkan 18 pawagam di Kemboja
1. Telefon bimbit dipercayai milik Nur Farah Kartini ditemui dalam parit
2. Tiada keperluan tukar nama, George Town dikenali semua
3. ‘The Experts’ gegarkan 18 pawagam di Kemboja
![Bangladesh tutup semua universiti susulan protes antikuota Bangladesh tutup semua universiti susulan protes antikuota](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721261833_tbquotasystem.jpg)
Bangladesh tutup semua universiti susulan protes antikuota
Sekurang-kurangnya enam maut dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh.
![#KamiMahuAir: Sekretariat serah memorandum, tuntut hak bekalan air di Sabah #KamiMahuAir: Sekretariat serah memorandum, tuntut hak bekalan air di Sabah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71718338486_KamiMahuAirSekre.jpg)
#KamiMahuAir: Sekretariat serah memorandum, tuntut hak bekalan air di Sabah
Memorandum tersebut diserahkan susulan himpunan #KamiMahuAir yang dirancang sebagai membantah isu bekalan air yang dihadapi UMS.
![Zambry beri jaminan isu air UMS ditangani segera Zambry beri jaminan isu air UMS ditangani segera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51713665523_tbZAMBRYUMS.jpg)
Zambry beri jaminan isu air UMS ditangani segera
Zambry berkata, terdapat beberapa isu yang menyebabkan krisis air di sekitar kawasan UMS masih belum dapat diselesaikan.
![Peruntukan RM2 juta untuk atasi masalah air di UMS - Zambry Peruntukan RM2 juta untuk atasi masalah air di UMS - Zambry](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/81700129191_TBDATUKSERIDRZ.jpg)
Peruntukan RM2 juta untuk atasi masalah air di UMS - Zambry
Kementerian Pendidikan Tinggi mengumumkan peruntukan RM2 juta untuk menyelesaikan isu bekalan air di Universiti Malaysia Sabah.
![Warga Sabah dijemput sertai program Temu Anwar, Rabu ini Warga Sabah dijemput sertai program Temu Anwar, Rabu ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/41685346818_TBTemuAnwar.jpg)
Warga Sabah dijemput sertai program Temu Anwar, Rabu ini
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menjemput warga Sabah untuk turut serta dalam sesi Temu Anwar yang akan diadakan pada Rabu ini.
![HQE 2, UMS berjaya lakukan pembedahan otak pesakit sedar penuh HQE 2, UMS berjaya lakukan pembedahan otak pesakit sedar penuh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/51673819378_TBJKNSABAH.jpg)
HQE 2, UMS berjaya lakukan pembedahan otak pesakit sedar penuh
Persiapan dan perbincangan rapi di antara HOE 2, Hospital Duchess of Kent Sandakan dan UMS dimulakan sejak November 2022.
![Palsu dokumen UMS: Peter Anthony tipu empat individu termasuk Najib - Hakim Palsu dokumen UMS: Peter Anthony tipu empat individu termasuk Najib - Hakim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/71653566638_PeterAnthony.jpg)
Palsu dokumen UMS: Peter Anthony tipu empat individu termasuk Najib - Hakim
Datuk Peter Anthony telah menipu empat individu termasuk Datuk Seri Najib Tun Razak bagi mendapatkan kontrak kerja operasi dan penyelenggaraan sistem mekanikal dan elektrikal (M&E) di UMS.
![Peter Anthony lantik peguam baharu Peter Anthony lantik peguam baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/71641185204_PeterAnthony.jpg)
Peter Anthony lantik peguam baharu
Pasukan pembelaan diwakili peguam S Devanandan dan Datuk D Senthinathan menggantikan Munawar Kabir Mohd Zainal Abidin.
![Peter Anthony diperintah bela diri tuduhan palsukan surat pejabat UMS Peter Anthony diperintah bela diri tuduhan palsukan surat pejabat UMS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/61639451408_PeterAnthony.jpg)
Peter Anthony diperintah bela diri tuduhan palsukan surat pejabat UMS
Hakim dapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Peter di akhir kes pendakwaan.
![Dua Ketua UMNO Bahagian letak jawatan Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Dua Ketua UMNO Bahagian letak jawatan Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/81628331171_MTUMNO.jpg)
Dua Ketua UMNO Bahagian letak jawatan Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti
Abdul Rahman dan Shah Headan Ayoob letak jawatan selaras dengan ketetapan yang telah diputuskan di dalam MKT UMNO pada 3 Ogos lepas.
![Vaksinasi 'walk in' di PPV UMS legakan individu belum terima janji temu Vaksinasi 'walk in' di PPV UMS legakan individu belum terima janji temu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/71627897432_VaksinCOVID.jpg)
Vaksinasi 'walk in' di PPV UMS legakan individu belum terima janji temu
Program vaksinasi secara walk in memberi kelegaan kepada individu yang masih belum menerima tarikh janji temu.