KANGAR: Seorang petani dan seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mengedar dadah jenis ganja seberat 266.291 kilogram (kg) di Simpang Empat, Kangar, bulan lepas.
Menurut kertas pertuduhan, Anas Shakir, 33, dan Tuan Amiruldin Tuan Ali, 29, dituduh mengedar dadah itu di hadapan sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Lat Seribu, Simpang Empat, Kangar pada 8.40 pagi, 24 Jan lepas.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 39B (2) akta yang sama serta dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan; dan jika sabit kesalahan mereka boleh dijatuhi hukuman mati, atau penjara seumur hidup serta disebat tidak kurang 15 sebatan.
Kedua-dua mereka mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan, dan Majistret Siti Nor Hasliza Md Ali kemudiannya menetapkan 7 April depan sebagai tarikh untuk sebutan semula kes.
Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Negeri Perlis Alia Suzila Chek Pi, manakala kedua-dua mereka tidak diwakili peguam.
Pada 27 Januari lepas beberapa media melaporkan kejayaan polis menahan enam lelaki berusia 28 hingga 45 tahun dalam satu operasi oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman dan JSJN Perlis pada 24 Jan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 07 2022

Mereka didakwa mengikut Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 39B (2) akta yang sama serta dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan. - Gambar hiasan

Cadillac sah jadi pasukan ke-11 Formula 1 2026
Keluarga besar Formula 1 akan menerima kehadiran ahli baharu apabila pasukan Cadillac sah akan menyertai siri perlumbaan bermula 2026.
AWANI Ringkas: PM seru rakyat jadi ejen perpaduan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Taylor’s University lancar program PPE pertama di Malaysia, persiap graduan jadi pemimpin masa hadapan
Program ini dirangka untuk memenuhi keperluan pasaran dengan kemahiran kritikal dan melibatkan kerjasama erat dengan industri.

KDN tiada hasrat ikut langkah AS berhubung dasar hantar pulang pendatang tanpa izin
Kementerian Dalam Negeri tidak bercadang mengikut langkah Amerika Syarikat berhubung dasar menghantar pulang pendatang tanpa izin.

Insiden baling botol: AFC bakal hukum JDT?
AFC sedang menunggu laporan penuh berhubung tindakan segelintir penyokong JDT membaling botol ke dalam kawasan padang semasa perlawanan ACLE menentang Buriram United.

KPDN serbu stor haram seleweng LPG, minyak masak di Kapar
KPDN Selangor berjaya menumpaskan dua aktiviti penyelewengan barang kawalan bersubsidi melibatkan gas petroleum cecair (LPG) dan minyak masak peket.

Butiran mengenai pendidikan tinggi percuma di Sarawak diketahui Nov
Inisiatif ini bertujuan mengukuhkan tenaga kerja dalam bidang STEM, undang-undang, dan perakaunan.

ACLE: Sedih, tetapi JDT akan terus berkembang - Bidoglio
Ketua Jurulatih JDT Hector Bidoglio, meluahkan rasa sedihnya selepas pasukannya tewas kepada kelab Thailand, Buriram United.

Meta dilapor sedang uji cip latih AI pertama
Cip dalam siri Meta Training and Inference Accelerator (MTIA) dijangka digunakan untuk melatih model AI seawal 2026.

PM Anwar seru semua pihak jadi ejen perpaduan, satukan rakyat pelbagai kaum
Perdana Menteri mengajak seluruh rakyat Malaysia agar bersama-sama menjadi ejen perpaduan dan membantu usaha Kerajaan Madani menyatukan seluruh rakyat Malaysia.

Inspektor polis didakwa curi wang RM300,000, tidak tangkap suspek
Seorang pegawai polis berpangkat Inspektor mengaku tidak bersalah di dua mahkamah berasingan di sini hari ini atas dua pertuduhan mencuri wang tunai RM300,000.

Majlis Media Malaysia mampu selesai aduan di luar mahkamah, berdasarkan kod etika - Penganalisis
Penubuhan Majlis Media Malaysia boleh mempercepatkan penyelesaian sebarang aduan yang dikemukakan kepada mana-mana pertubuhan media dalam negara.

Bekas CEO Kenaf Trading dan anak didakwa keluar iklan skim pelaburan tidak berdaftar
Jazman Shahar, 53, dan Irfan Hadi, 28, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadap mereka dan syarikat itu dibacakan di hadapan hakim.

Bekas pegawai penyiasat 1MDB syor siasatan diteruskan susulan lawatan ke Riyadh
Hasil siasatan susulan kunjungan pasukan siasatan 1MDB ke Riyadh pada November 2015 untuk menyiasat ketulenan surat tersebut telah dirujuk kepada AGC.

Dua lelaki didakwa tipu urusan penjualan jam tangan mewah lebih RM2 juta
Kedua-dua lelaki tempatan itu turut didakwa menipu seorang wanita membabitkan urusan pembelian 41 utas jam tangan berjenama Rolex.

K9 tidak dapat petunjuk kehilangan Zayn Rayyan sebelum jasad ditemukan
K9 dikatakan tidak mendapat sebarang petunjuk ekoran kawasan itu telah tercemar dengan kesan penduduk meredah kawasan berkenaan.

Anak-anak jerit 'papa.. mama..' lihat Eda Ezrin, suami tiba di mahkamah
Walaupun hanya mampu melambai dari balik jaringan trak, kanak-kanak terbabit kelihatan ceria dapat melihat dari dekat ibu bapa mereka.

Dua warga Taiwan mengaku tidak bersalah miliki senjata api
Dua warga Taiwan mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan memperdagang dan memiliki senjata api secara haram, termasuk 14 pistol dan satu sub machine gun di Desa ParkCity.

Nahas KM204: Syarikat lori disyaki punca kemalangan didakwa 4 Mac
Siasatan awal mendapati bas persiaran terlanggar tayar lori yang tercabut yang menyebabkannya hilang kawalan dan terbabas.

Bunuh pelajar: Keputusan 13 remaja bebas atau perlu bela diri 28 Februari
Tarikh itu ditetapkan oleh Hakim Datuk Duncan Sikodol selepas prosiding semakan status hujahan semua pihak diadakan pada Isnin.