KUALA LUMPUR: Kes saman fitnah oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Razman Zakaria selesai apabila Pesuruhjaya Pas Perak itu membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Perdana Menteri di Mahkamah Tinggi Taiping hari ini.
Saman berkenaan berhubung ucapan Razman yang didakwa mengaitkan Pengerusi Pakatan Harapan itu membawa agenda songsang lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).
Razman selaku defendan tunggal, yang membacakan kenyataan permohonan maaf di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Noor Ruwena Md Nurdin berkata ucapannya itu telah menyinggung perasaan dan memfitnah Anwar.
"Saya ingin menzahirkan bahawa ungkapan saya telah mencetuskan keburukan moral dan menjejaskan reputasi baik Yang Amat Berhomat (Anwar) serta menyebabkan rasa malu, kerosakan dan kesusahan yang teruk dan tidak terukur.
"Saya mengambil kesempatan ini untuk menarik balik semua fitnah dan tuduhan yang dilemparkan kepada Yang Amat Berhomat dan menyatakan kekesalan serta permohonan maaf saya yang tidak terhingga atas ungkapan tersebut. Saya berjanji tidak akan mengulangi ungkapan itu dalam apa jua bentuk, cara atau sebagainya pada masa hadapan," katanya.
Mahkamah kemudian merekodkan penyelesaian yang dicapai oleh kedua-dua pihak.
Anwar diwakili peguam Datuk S. N. Nair, Jaden Phoon Wai Ken dan Wong Guo Jin manakala peguam Datuk Naran Singh mewakili Razman.
Nair ketika dihubungi Bernama mengesahkan perkara tersebut dan memaklumkan bahawa anak guamnya menerima permohonan maaf itu.
Anwar selaku plaintif memfailkan saman itu pada 5 Dis 2022, mendakwa pada 6 Nov tahun lepas defendan telah memberikan ucapan tersebut semasa kempen Pilihan Raya Umum Ke-15 di pasar malam Tebuk Pancur.
Beliau berkata ucapan berkenaan disiarkan secara langsung melalui klip video di akaun Facebook defendan, yang mendapat tontonan melebihi 94,400 kali, melebihi 5,100 reaksi, 429 kali perkongsian dan melebihi 2,600 komen sehingga hari ini.
Menurut Presiden PKR itu, siaran video langsung Facebook tersebut kemudian diterbitkan menerusi artikel bertarikh 6 Nov 2022 dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris, di dalam sebuah portal berita.
Ahli Parlimen Tambun itu berkata kata-kata fitnah tersebut dibuat untuk menjatuhkan reputasinya dan dakwaan dalam artikel berkenaan adalah tidak benar, kerana plaintif sentiasa memperjuangkan ajaran dan nilai teras Islam selain mendakwa ia dibuat bertujuan untuk mencemarkan nama baiknya, dengan menghasut orang ramai serta menimbulkan kebencian terhadapnya dan partinya semasa tempoh berkempen untuk PRU15.
Oleh itu, plaintif menuntut ganti rugi am, pampasan, teruk dan teladan serta memohon perintah injunksi untuk menghalang defendan atau ejennya daripada terus mengungkapkan atau menyebabkan penerbitan artikel memfitnah yang serupa selain menuntut kos, faedah dan relif lain yang sesuai.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 09 2023
Anwar selaku plaintif memfailkan saman itu pada 5 Dis 2022, mendakwa pada 6 Nov tahun lepas defendan telah memberikan ucapan tersebut semasa kempen Pilihan Raya Umum Ke-15 di pasar malam Tebuk Pancur. - Gambar fail
Gagal yakin penaja punca sukar dapat tajaan - Hannah
Beliau berkata kegagalan itu antaranya berpunca daripada cadangan yang dihantar kepada pihak berkenaan turut memasukkan perkara-perkara tidak perlu.
Kaca mata akan jadi platform perkomputeran utama seterusnya - Mark Zuckerberg
Meta dilihat menerajui arena ini buat masa ini, sementara yang lain masih jauh di belakang.
Tiga maut, lelaki lepaskan tembakan di hospital Haiti
Tiga orang terbunuh manakala beberapa lagi cedera pada Selasa apabila lelaki bersenjata melepaskan tembakan ke arah sekumpulan wartawan sebelum sidang akhbar kerajaan pembukaan semula hospital awam.
Tular lelaki lari dari polis, rupanya bawa syabu
Suspek turut didapati memiliki 18 rekod jenayah lampau selain pemeriksaan menemui paket plastik dipercayai dadah jenis syabu.
Jual Saham MAHB: Langkah tidak adil, bertentangan kepentingan negara - Hamzah
Ketua Pembangkang, Dato’ Seri Hamzah Zainudin, hari ini menyatakan bantahan tegas terhadap cadangan penjualan saham Malaysia Airport Holding Berhad (MAHB) kepada pihak luar.
Dua maut motosikal terbabas di lebuh raya
Setiba di lokasi, motosikal ditunggang lelaki warga tempatan itu dipercayai hilang kawalan lalu terbabas dan melanggar pembahagi lebuh raya.
Penganjur mohon maaf, dikompaun RM10,000
Penganjur majlis makan malam sebuah syarikat perlombongan yang didakwa menampilkan persembahan tarian mencolok mata di Tanah Merah, Sabtu lalu, dikenakan kompaun sebanyak RM10,000 oleh Majlis Daerah Tanah Merah (MDTM).
Kerajaan mulakan kajian semula anti lambakan ke atas import besi
Kerajaan telah memulakan kajian semula pentadbiran terhadap duti anti lambakan yang dikenakan terhadap import besi atau keluli bukan aloi gegelung gulungan sejuk.
Agong, Permaisuri ucap selamat Hari Krismas
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan selamat menyambut Hari Krismas kepada masyarakat beragama Kristian di Malaysia.
Suri rumah rugi RM147,753 terperdaya kerja dalam talian
Seorang suri rumah kerugian RM147, 753 selepas menjadi mangsa penipuan tawaran kerja sambilan menerusi aplikasi media sosial.
Sebarang usaha tanam bibit pertentangan kaum mesti dielakkan - PM Anwar
Sebarang usaha menanam bibit dan gejala memicu pertentangan kaum di negara ini mesti dielakkan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Kesihatan Prabowo: Teddy Indra Wijaya perlu telus tentang situasi sebenar
Percanggahan alasan dari Setiausaha Kabinet Indonesia tentang pembatalan lawatan Prabowo menimbulkan persoalan di kalangan media
Nahas Ayer Keroh: PM Anwar ucap takziah, duka cita atas tragedi menimpa mangsa
Beliau mendoakan agar mereka yang terkorban diberi keampunan serta dikurnia tempat istimewa di sisi-Nya.
Prabowo demam, mohon pertemuan dengan Anwar ditangguh
Anwar menerusi perkongsian di laman media sosialnya berkata, Prabowo memohon untuk menangguhkan pertemuan tersebut kerana mengalami demam.
Pelbagai perencanaan strategik lonjakkan ekonomi sepanjang 2024 - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan MADANI telah melaksanakan pelbagai perencanaan strategik untuk melonjakkan ekonomi negara sepanjang 2024.
PM Anwar salur peruntukan khas RM3.17 juta untuk rumah ibadat masyarakat India
Perdana Datuk, Seri Anwar Ibrahim menyalurkan peruntukan khas sebanyak RM3.17 juta bagi pelaksanaan program 90 buah rumah ibadat masyarakat India.
Draf kertas Kabinet mengenai pengasingan kuasa AG dijangka siap pertengahan tahun depan
Anwar berkata, seorang menteri telah ditugaskan bersama dengan pasukan petugas untuk meneliti cadangan pembahagian fungsi antara AG dan PP.
PM Anwar bertemu pengamal media, kongsi perkembangan hala tuju negara
Anwar berkata sesi itu penting supaya penjelasan dapat diberikan khususnya mengenai prestasi jemaah menteri, dasar luar dan ekonomi negara.
PM Anwar puas hati prestasi Jemaah Menteri, ada ruang untuk diperbaiki
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berpuas hati dengan prestasi yang ditunjukkan oleh kesemua Menteri Kabinet setakat dua tahun pentadbiran Kerajaan MADANI.
Malaysia akan sesuaikan diri dengan era Trump, kata Anwar
Anwar menegaskan kepentingan AS sebagai pelabur kumulatif utama Malaysia, di samping kuasa besar global lain seperti China dan Jerman.