SUNGAI PETANI: Kerajaan bersedia menghulurkan bantuan kepada keluarga Muhamad Hafiz Muhamad Saleh, 32, mangsa nahas pesawat terhempas di Lebuhraya Guthrie berhampiran Bandar Elmina, di Shah Alam, Selangor bagi membantu meringankan beban keluarga terbabit.
Timbalan Menteri Kewangan Steven Sim Chee Keong berkata pihaknya juga bersedia membantu sebarang urusan keluarga Allahyarham Muhamad Hafiz di Kuala Lumpur.
"Kalau ahli keluarga nak ambil barang-barang arwah di Kuala Lumpur atau perlukan apa-apa bantuan, saya sudah beritahu bapa mangsa (Muhamad Salleh Othman, 57) boleh hubungi saya atau mana-mana wakil kerajaan.
"Hari ini pun saya hadir mewakili Menteri Pengangkutan Anthony Loke untuk ziarah dan menyerahkan bantuan sebanyak RM10,000 kepada keluarga mangsa," katanya kepada pemberita selepas pengkebumian jenazah Allahyarham Muhammad Hafiz di Tanah Perkuburan Islam Masjid Al-Huda, Kampung Jerung di sini hari ini.
Jenazah sebelum itu disolatkan di masjid berkenaan tidak jauh dari tanah perkuburan tersebut yang diimamkan Bilal 1 Masjid Al Huda, Izzuddin Ariffin.
Kira-kira 1,000 penduduk, kenalan dan saudara-mara serta masyarakat setempat memenuhi kawasan tanah perkuburan itu bagi memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham.
Turut memberi penghormatan terakhir ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sidam Bau Wong Bau Ek.
Tragedi yang berlaku pada 2.48 petang Khamis itu menyaksikan sebuah pesawat peribadi terhempas dan mengorbankan 10 individu termasuk lapan penumpang dan kru pesawat selain meragut nyawa dua pengguna jalan raya masing-masing seorang pemandu e-hailing dan penunggang p-hailing.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Aug 19 2023

Timbalan Menteri Kewangan Steven Sim Chee Keong berkata pihaknya juga bersedia membantu sebarang urusan keluarga Allahyarham Muhamad Hafiz di Kuala Lumpur. - Foto Facebook Steven Sim
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Pesawat terhempas di Elmina: Kerajaan sedia bantu keluarga Muhamad Hafiz - Steven Sim
Steven Sim berkata pihaknya juga bersedia membantu sebarang urusan keluarga Allahyarham Muhamad Hafiz di Kuala Lumpur.

Pesawat terhempas di Elmina: Jenazah pertama mangsa nahas dituntut keluarga
Jenazah akan dihantar untuk dikebumikan di Sidam, Sungai Petani di Kedah seperti yang diminta oleh keluarganya.