KLANG: Jenazah penunggang p-hailing Muhamad Hafiz Muhamad Saleh, 32, mangsa nahas pesawat terhempas di Lebuhraya Guthrie berhampiran Bandar Elmina Shah Alam Khamis lepas, dituntut keluarganya pagi ini bagi urusan pengebumian.
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata jenazah akan dihantar untuk dikebumikan di Sidam, Sungai Petani di Kedah seperti yang diminta oleh keluarganya.
"Pihak kami telah menghubungi ayah dan abang kepada Muhamad Hafiz bahawa jenazah boleh dituntut pagi ini.
"Jenazah akan dimandikan dan dikafankan oleh petugas Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di Masjid Jamek Ar-Rahimiah berhampiran dengan Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) sebelum dihantar ke Sungai Petani," katanya dalam sidang media di Jabatan Forensik HTAR di sini hari ini.
Sementara itu, bapa kepada Allahyarham, Muhamad Saleh Othman, 57, berkata jenazah anaknya akan dibawa ke Masjid Al Huda Kampung Jerong, Sungai Petani untuk disembahyangkan sebelum dikebumikan.
"Insya-Allah urusan pengebumian akan diselesaikan pada hari ini juga," katanya.
Muhamad Saleh berkata beliau mengetahui jenazah anaknya boleh dituntut apabila menerima panggilan daripada anggota polis tengah malam tadi.
"Urusan untuk tuntutan mayat dapat diselesaikan pada 3 pagi tadi," katanya.
Muhamad Saleh hadir ke Jabatan Forensik bersama isterinya Jamilah Ismail, 53, kira-kira pukul 8.30 pagi tadi bagi urusan tuntutan jenazah anak sulungnya itu.
Terdahulu, van jenazah milik JAIS tiba di jabatan berkenaan pada 8.10 pagi.
Tragedi yang berlaku kira-kira 2.48 petang Khamis lepas menyaksikan sebuah pesawat peribadi terhempas dan mengorbankan kesemua dua kru dan enam penumpang selain meragut nyawa dua pengguna jalan raya masing-masing seorang pemandu e-hailing dan penunggang p-hailing yang melalui tempat kejadian.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Aug 19 2023

Jenazah Muhamad Hafiz disembahyangkan di Masjid Jamek Ar-Rahimiah, Klang, hari ini. -- fotoBERNAMA

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.

Kes tembak: Ah Boy dipercayai ambil dadah sebelum lakukan jenayah
Penjenayah bersenjata yang maut selepas berbalas tembakan dengan polis di sebuah bilik hotel di Pulau Ketam Selasa lalu, dipercayai menggunakan dadah sebelum melakukan jenayah.

Kerani rugi RM1 juta terperdaya skim pelaburan tidak wujud
Seorang kerani sebuah syarikat swasta kerugian RM1 juta selepas menjadi mangsa penipuan skim pelaburan tidak wujud menerusi Facebook.

Tiga yang maut pada konsert ambang tahun baharu disahkan akibat dadah - Polis
Ia berdasarkan laporan patologi diterima dan pihak polis masih menunggu laporan seorang lagi mangsa untuk melengkapkan siasatan.

Suspek kes tembak di Setia Alam sempat lakukan lima jenayah sebelum sembunyi di Pulau Ketam
Suspek sempat melarikan diri dari Klang ke Melaka, dan berada di sana selama lima hari sebelum berpatah balik ke Banting, dan dua hari lepas dikesan di Sabak Bernam.

Kes tembakan Setia Alam: Suspek mati ditembak polis di Pulau Ketam
Suspek kes tembak di sebuah pusat beli-belah di Setia Alam, Shah Alam maut ditembak selepas berbalas tembakan dengan polis pada Selasa.

Penipuan pelaburan: Pesara rugi RM1.7 juta diperdaya 'Profesor'
Mangsa dijanjikan pulangan lumayan dan membuat 16 transaksi melibatkan enam akaun bank berbeza.

Insiden tembakan: Aaron Aziz segera ambil anak di SCM, sempat titip pesanan
Aaron Aziz memaklumkan anaknya juga salah seorang pengunjung di pusat beli-belah di Setia Alam, Shah Alam ketika insiden tembakan pada Sabtu.

Insiden tembakan Setia Alam: Polis sudah kenal pasti suspek
Polis dalam usaha mengesan dan menangkap suspek yang juga mempunyai 11 rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah.

Mangsa insiden tembakan di pusat beli-belah Setia Alam stabil - KP Selangor
Mangsa kini ditempatkan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah dan dia stabil.