KLANG: "Adik sayang mama," itulah kata-kata terakhir yang dilafazkan oleh juruterbang pesawat jenis Beechcraft 390 (Premier 1) Shahrul Kamal Roslan dalam perbualan bersama ibunya dua bulan lalu sebelum terlibat dalam nahas di Lebuhraya Guthrie berhampiran Bandar Elmina Shah Alam, petang semalam.
Mahanum Ismail, 67, berkata, sehingga kini, ayat yang diungkap oleh anak bongsu daripada dua beradik itu masih terngiang-ngiang ketika Shahrul Kamal menghubunginya semasa dimasukkan ke Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan di Kuala Lumpur pada 24 Jun lepas.
"Dia anak yang sangat manja dan kali terakhir saya bercakap dengannya adalah semasa saya di hospital, sehari sebelum saya menjalani pembedahan... sebelum meletakkan telefon, dia memberitahu saya adik sayang mama," katanya dalam keadaan sebak ketika ditemui di luar Jabatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini.
Warga emas itu yang kelihatan lemah kerana baru selesai menjalani pembedahan usus dan hempedu terpaksa beberapa kali berhenti bercakap dek terlalu sedih dengan nahas yang menimpa anaknya.
Beliau juga memaklumkan akan berbincang dengan ahli keluarga bagi pengurusan pengebumian sama ada jenazah anaknya itu disemadikan berhampiran kediaman keluarga mereka di Taman Melawati, Kuala Lumpur atau di tanah perkuburan Bukit Jelutong, Shah Alam yang berdekatan dengan rumah Shahrul Kamal.
Beliau meninggalkan seorang balu dan empat anak lelaki berusia lingkungan 3 hingga 12 tahun.
Shamsul Azizan Md Nasir, 62, pula berkata kehadiran beliau di pekarangan Jabatan Forensik HTAR adalah bagi mendapatkan kepastian sama ada penumpang bernama Khairil Azwan Jamaluddin adalah adik iparnya.
Beliau berkata, adik iparnya adalah juruterbang peribadi Ahli Dewan Undangan Negeri Pelangai, Datuk Seri Johari Harun.
"Saya hanya inginkan kepastian sama ada beliau berada dalam pesawat atau tidak... Saya dah cuba hubungi adik saya tapi tak dapat," katanya kepada pemberita.
[LAPOR LANGSUNG] Pesawat terhempas di Elmina, 10 terkorban
Terdahulu, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan 10 lelaki terkorban dalam nahas membabitkan pesawat jenis Beechcraft Model 390 (Premier 1) yang terhempas di Lebuhraya Guthrie berdekatan Bandar Elmina, dekat sini, petang semalam.
Beliau berkata, lapan daripada mereka adalah terdiri daripada enam penumpang dan dua kru pesawat ringan itu manakala dua lagi orang awam iaitu penunggang motosikal dan pemandu kereta yang lalu di tempat kejadian.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 17 2023
![Pesawat terhempas di Elmina: 'Adik sayang mama', kata-kata terakhir juruterbang kepada ibu Pesawat terhempas di Elmina: 'Adik sayang mama', kata-kata terakhir juruterbang kepada ibu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/61692306303_MahanumIsmail.jpg)
Mahanum kelihatan sugul ketika menunggu jenazah anaknya, juruterbang Shahrul Kamal, di Jabatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang, sekitar jam 8 malam tadi. -- fotoBERNAMA
![HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702567_KhairulAzwanHarun.jpg)
HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka
Khairul Azwan berkata ekspo yang dijadual berlangsung selama enam bulan bermula pertengahan April akan turut disertai pelbagai agensi kerajaan.
![Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739611701_AbangJohariTunOpe.jpg)
Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari
Katanya, Sarawak telah diiktiraf oleh Bank Dunia dan Ketua Audit Negara kerana berjaya menguruskan kewangannya dengan baik.
![RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702271_ShamsulAzri.jpg)
RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN
Ia sebahagian usaha kerajaan meningkatkan kedudukan Malaysia dalam CPI dengan menambah baik proses pentadbiran kerajaan secara menyeluruh.
![Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702372_MohdDusukiMokhtar.jpg)
Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat
Mohd Dusuki berkata, pihak Jabatan Peguam Negara amat berbesar hati kerana turut berpeluang terlibat dengan Projek Kampung Angkat MADANI.
![Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739707799_ResortPulauPetang.jpg)
Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang
KETENGAH kini di peringkat melantik kontraktor setelah peruntukan itu disalurkan pada akhir tahun lepas.
Penjual jagung hina kaum India tampil mohon maaf
Penjual jagung yang meletakkan papan tanda berunsur perkauman terhadap kaum India tampil memohon maaf atas kesilapannya itu.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Kehadiran anggota polis di kedai buku hanya rondaan rutin
Kehadiran anggota polis di sebuah galeri buku di Petaling Jaya hanya sekadar rondaan rutin dan bukan bertujuan mengganggu aktiviti perniagaan.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Wanita curi duit semasa kenduri ditahan, ada 10 rekod jenayah
Seorang wanita berusia 61 tahun yang menyamar sebagai tetamu dan mencuri beg tangan berisi wang RM2,500 ketika majlis perkahwinan di Pasir Mas, Kelantan pada 1 Februari lalu berjaya diberkas polis.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, suspek ditahan jam 2.35 petang di hadapan sebuah masjid di Kota Bharu semasa menaiki sebuah teksi dipandu rakannya berusia 63 tahun.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, suspek ditahan jam 2.35 petang di hadapan sebuah masjid di Kota Bharu semasa menaiki sebuah teksi dipandu rakannya berusia 63 tahun.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 16 Februari 2025.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Pesawat terhempas di Elmina: Kesemua 10 jenazah mangsa selesai dituntut Pesawat terhempas di Elmina: Kesemua 10 jenazah mangsa selesai dituntut](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/61692506296_Jenazah.jpg)
Pesawat terhempas di Elmina: Kesemua 10 jenazah mangsa selesai dituntut
Mangsa pertama dibawa keluar dari Jabatan Forensik HTAR menaiki van jenazah pada pukul 9.27 pagi dan terakhir pada pukul 11.35 pagi.
![Pesawat terhempas di Elmina: Polis sahkan hanya 10 mangsa terlibat Pesawat terhempas di Elmina: Polis sahkan hanya 10 mangsa terlibat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/81692496283_HusseinOmarKhan.jpg)
Pesawat terhempas di Elmina: Polis sahkan hanya 10 mangsa terlibat
Pengesahan dibuat selepas semua spesimen cebisan anggota badan yang ditemukan di lokasi nahas padan dengan ujian DNA ahli keluarga.
![Pesawat terhempas di Elmina: Sembilan van jenazah bawa mangsa nahas Pesawat terhempas di Elmina: Sembilan van jenazah bawa mangsa nahas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/51692500368_vanjenazah.jpg)
Pesawat terhempas di Elmina: Sembilan van jenazah bawa mangsa nahas
Jenazah kesemua mangsa akan mula diserahkan kepada keluarga secara berperingkat bermula pagi ini.
![Pesawat terhempas di Elmina: Jenazah ADUN Pelangai akan dikebumikan hari ini Pesawat terhempas di Elmina: Jenazah ADUN Pelangai akan dikebumikan hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/41692488870_JohariHarun.jpg)
Pesawat terhempas di Elmina: Jenazah ADUN Pelangai akan dikebumikan hari ini
Jenazah dijangka dibawa keluar dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang kira-kira jam 9 pagi.
![Pesawat terhempas di Elmina: Proses bedah siasat selesai, tunggu padanan DNA Pesawat terhempas di Elmina: Proses bedah siasat selesai, tunggu padanan DNA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/71692421373_TBHusseinOmarKhan.jpg)
Pesawat terhempas di Elmina: Proses bedah siasat selesai, tunggu padanan DNA
Sebanyak 300 sampel cebisan mayat telah dihantar ke Jabatan Kimia bagi tujuan padanan DNA dan 30 peratus berjaya diselesaikan.
![Pesawat terhempas di Elmina: Jenazah pertama mangsa nahas dituntut keluarga Pesawat terhempas di Elmina: Jenazah pertama mangsa nahas dituntut keluarga](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/41692421489_TBJenazah.jpg)
Pesawat terhempas di Elmina: Jenazah pertama mangsa nahas dituntut keluarga
Jenazah akan dihantar untuk dikebumikan di Sidam, Sungai Petani di Kedah seperti yang diminta oleh keluarganya.
![Pesawat terhempas di Elmina: Laporan awal dalam 30 hari, orang awam diminta bantu siasatan Pesawat terhempas di Elmina: Laporan awal dalam 30 hari, orang awam diminta bantu siasatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/71692416121_serpihanpesawat.jpg)
Pesawat terhempas di Elmina: Laporan awal dalam 30 hari, orang awam diminta bantu siasatan
Siasatan teknikal berdasarkan ICAO Annex 13 dimulakan oleh pasukan BSKU bermula tarikh kejadian kemalangan udara tersebut.
![Pesawat terhempas di Elmina: Jenazah Muhammad Hafiz akan diserah kepada waris Pesawat terhempas di Elmina: Jenazah Muhammad Hafiz akan diserah kepada waris](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/71692415405_TBtragediElmina.jpg)
Pesawat terhempas di Elmina: Jenazah Muhammad Hafiz akan diserah kepada waris
Beberapa individu dipercayai waris mangsa terlibat dilihat hadir seawal jam 8.20 pagi di pekarangan Jabatan Forensik, HTAR.
![Pesawat terhempas di Elmina: Nahas timbul tanda tanya Pesawat terhempas di Elmina: Nahas timbul tanda tanya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/51692356130_pesawatterhempas.jpg)
Pesawat terhempas di Elmina: Nahas timbul tanda tanya
Menurut Nik Ahmad Huzlan, pesawat mungkin hilang kawalan ketika berada pada ketinggian 1,500-3,000 kaki sebelum melakukan pendaratan.
![Pesawat terhempas di Elmina: 'Tiada lagi rutin bersama Ustaz Deris' Pesawat terhempas di Elmina: 'Tiada lagi rutin bersama Ustaz Deris'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/71692408206_TBTRAGEDIElmina.jpg)
Pesawat terhempas di Elmina: 'Tiada lagi rutin bersama Ustaz Deris'
Allahyarham rakan sejawat yang cukup memahami, sahabat paling rapat dan jadi tempat berkongsi pandangan serta luahan perasaan selama ini.