SHAH ALAM : Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat ke lokasi kejadian nahas pesawat terhempas di kawasan perumahan di Elmina di Seksyen U16, di sini, hari ini.

Seri Paduka Baginda berangkat tiba sekitar pukul 5.40 petang.

Al-Sultan Abdullah kemudian berkenan menerima taklimat daripada Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan.

Setakat ini, 10 mangsa disahkan terkorban dalam insiden yang berlaku pukul kira-kira 3 petang tadi.

BACA: Kapal terbang terhempas di Elmina, Shah Alam

BACA: 8 penumpang dan anak kapal dalam pesawat terhempas - CAAM

BACA: 10 disah maut dalam nahas pesawat terhempas di Elmina - KP Selangor

Menurut Hussien, mangsa terdiri daripada lapan penumpang dan kru pesawat, selain dua orang awam iaitu penunggang motosikal dan pemandu kereta yang kebetulan berada di tempat pesawat terhempas.

Ketika ini operasi pembersihan serpihan-serpihan sedang giat dijalankan.