Rutin pagi seorang pesawah hari ini menjadi gempar apabila dia menemui sekujur mayat berbungkus di terusan sawah di Langgar, Alor Setar hari ini.
Mayat yang dibungkus dengan tikar plastik merah dengan kabel hitam terikat pada kepala dan kaki itu ditemui pesawah tersebut kira-kira jam 9 pagi tadi sewaktu dia ingin mengangkut air dari tali air itu untuk mencuci tangan.
“Dalam pukul 7.30 pagi tadi saya ke bendang untuk kerja menyembur racun dan mahu mengambil air di sini. Saya tidak perasan ada mayat pada mulanya, tapi saya terus mendekati untuk memeriksa (bungkusan) itu,” ujar Shukri Salleh.
Dia yang berasa terkejut dan tidak sedap hati terus menghubungi pihak polis untuk melaporkan penemuan mayat terbabit.
Sementara itu, menurut Ketua Polis Daerah Kota Setar, ACP Adzaman Mohd Jan mengesahkan telah menerima laporan kejadian berkenaan.
Katanya, identiti mayat dikenal pasti sebagai lelaki berumur lingkungan 20-an dipercayai warga Rohingya yang hanya memakai kain pelikat berwarna hitam manakala badan ditutupi kain pelikat berwarna jingga.
Pemeriksaan yang dilakukan ke atas jasad tersebut bagaimanapun tidak menemui sebarang kesan kecederaan.
Tambah Adzaman, keadaan mayat yang masih lembut memberi petunjuk bahawa mangsa dipercayai baru mati dalam tempoh satu hingga dua jam sebelum ditemui.
Buat masa ini, polis mengklasifikasikan kes sebagai mati mengejut namun pihaknya akan menyiasat sama ada mangsa berkenaan dibunuh di tempat lain dan mayatnya dibuang di lokasi penemuan.
Pihak polis turut mengambil kira kemungkinan mayat tersebut merupakan salah seorang mangsa kekejaman sindiket pemerdagangan manusia.
Astro Awani
Thu May 28 2015
Mayat yang ditemui dipercayai seorang lelaki warga Rohingya berusia lingkungan 20-an. - Foto Astro AWANIhiasan
Mohon maaf kepada rakyat Jepun, China bukan isu papan tanda - Menteri Pelancongan
Permohonan maaf yang dibuat kepada rakyat Jepun dan China baru-baru ini ialah berhubung insiden kemalangan, kata Tiong King Sing.
Pasca Pemilu: 207 juta rakyat Indonesia kembali memilih dalam Pilkada serentak hari ini
Proses pasca Pemilihan Umum (Pemilu) dan Pemilihan Presiden (Pilpres) itu akan melibatkan 37 provinsi, 415 kabupaten dan 93 kota di seluruh Indonesia.
[ANALISIS] Jokowi lawan Megawati
Sepatutnya pertandingan merebut jawatan Gabenor Jateng adalah proses pemilihan biasa tetapi terdapat drama dan intrig politik tersendiri.
Penyokong Imran Khan tiba di Islamabad walaupun berlaku kematian dan pertempuran
Pertempuran penyokong Imran Khan dengan polis dan renjer separa tentera meragut beberapa nyawa memaksa kerajaan meminta bantuan tentera.
Imigresen, MPAJ gempur apartmen Pandan Mewah, 119 pendatang tanpa izin ditahan
Jabatan Imigresen tahan 119 pendatang dalam operasi bersepadu bersama MPAJ, PDRM dan Jabatan Pendaftaran Negara di Apartmen Pandan Mewah.
Piala Remaja Asia Lelaki: Young Tigers bermula garang, belasah China 5-2
Skuad remaja negara memulakan kempen Kejohanan Hoki Piala Remaja Asia (Lelaki) 2024 dengan cemerlang apabila membelasah China 5-2 dalam aksi pembukaan.
31 diselamatkan, 4 mayat ditemukan selepas bot pelancong karam di Laut Merah
Bot berkenaan yang membawa 44 orang, karam berhampiran bandar pesisir pantai Marsa Alam pada awal pagi Isnin.
Negara EU perlu patuhi waran tangkap ICC terhadap Netanyahu - Ketua Dasar Luar EU
Josep Borell berkata bahawa dwi-standard seperti ini akan membawa kepada kritikan teruk terhadap EU.
PKS perlu segera sepadukan amalan ESG dalam operasi perniagaan - BNM
Penguatkuasaan global dalam peraturan ESG oleh negara tertentu beri kesan kepada pengeksport Malaysia yang terlibat dalam rantaian bekalan.
China akan kuatkuasakan tindakan lebih tegas terhadap penipuan telekomunikasi
Garis panduan ini bertujuan untuk memperkuat penguatkuasaan undang-undang antipenipuan telekomunikasi dan dalam talian negara.
Pekebun mengaku tidak bersalah cederakan anggota polis
Dia didakwa dengan sengaja mendatangkan kecederaan parah terhadap seorang anggota polis dengan melanggar mangsa menggunakan sebuah kereta.
Anggota polis cedera dilanggar kereta dipandu warga asing
Seorang anggota polis berpangkat Koperal cedera di tapak tangan kanan semasa bertugas di sekatan jalan raya selepas dilanggar sebuah kereta dipandu warga asing semalam.
Polis siasat kes tular lelaki diugut, dilanggar berhampiran stesen minyak
Siasatan awal mendapati kejadian berpunca apabila mangsa menegur suspek yang memotong kenderaan tanpa memberi signal (isyarat).
Video tular: Kejadian langgar motosikal anggota URB tidak disengajakan - Polis
Status yang ditulis di video berkenaan tidak benar sama sekali serta tidak menggambarkan apa sebenarnya yang berlaku.
Pesawat Korean Air kemalangan di Heathrow
Korean Air memaklumkan berlaku insiden kemalangan kecil yang melibatkan pesawatnya dan pesawat Icelandair di lapangan terbang London Heathrow, hari ini.
Marah putus tunang, lelaki amuk rempuh kereta wanita
Tular di media sosial semalam rakaman berdurasi 30 saat sebuah kenderaan dengan sengaja dipandu melanggar sebuah kenderaan lain.
Perhilitan jejaki harimau belang cedera dilanggar kereta di Machang
Perhilitan Kelantan telah menghantar pasukannya bagi menjejaki seekor harimau belang yang dilaporkan dilanggar sebuah kereta pada 8 Julai lepas.
Panik tiada lesen, pecut langgar 'signboard'
Pemeriksaan mendapati suspek berusia 26 tahun bertindak demikian kerana tiada lesen memandu kelas D.
Kereta bawa 38 tong petrol seludup terbabas
Kereta tersebut dipercayai turut melanggar seorang lelaki yang ditemui terbaring di lokasi kejadian.
Mangsa banjir di Kedah trauma, bimbang air pasang besar sebabkan bah besar berulang
Rata-rata mereka yang kini ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) semakin risau apabila hujan lebat kerap berlaku, mengingatkan mereka kepada banjir besar pada 2010.