SEREMBAN: Gara-gara panik melihat kehadiran Unit Kereta Peronda (MPV) polis, seorang wanita bertindak memecut laju kereta Proton Saga dipandu sebelum melanggar papan tanda jalan raya di sebuah kedai serbaneka di Taman Ampangan di sini pada Sabtu.
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata, pemeriksaan mendapati suspek berusia 26 tahun bertindak demikian kerana tiada lesen memandu kelas D.
"Anggota MPV yang membuat rondaan jam 1.20 pagi melihat sebuah kereta dinaiki suspek telah berhenti dalam keadaan mencurigakan.
"Semasa hendak membuat pemeriksaan, dengan tiba-tiba kenderaan tersebut memecut laju ke arah Jalan Seremban-Kuala Pilah," katanya dalam kenyataan kepada media pada Sabtu.
Menurutnya, polis telah mengekori kenderaan berkenaan namun secara tiba-tiba suspek telah memperlahankan kenderaan dan memandu secara mengundur ke belakang lalu melanggar papan tanda jalan raya sebelum masuk ke dalam parit.
"Pemeriksaan mendapati kenderaan tersebut dipandu oleh seseorang wanita berusia 26 tahun yang tiada lesen memandu kelas D.
"Pemeriksaan lanjut di dalam kenderaan itu tidak menemui apa-apa barang yang menyalahi undang-undang," katanya.
Sementara itu video kejadian berkenaan turut tular di media sosial Tiktok.
Video itu memaparkan kenderaan MPV Polis dengan ayat "Apa kes malam tadi di Ampangan Seremban. Polis evo live depan mata. Terbaik PDRM. Polis dah block dia. Dia reverse dentum signboard. Pastu dah lari patah balik angkat tangan serah diri. Tengok macam budak. Apa kes tak tau".
* Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.
Sinar Harian
Sun Mar 20 2022
Tangkap layar video suspek ditahan polis yang tular di TikTok
DPMM rangka strategi perkasakan usahawan Melayu melalui konsortium, digitalisasi
Presiden DPMM Norsyahrin Hamidon berkata langkah ini adalah strategi baharu DPMM bagi memperkasakan usahawan Melayu pada 2025.
Universiti sebagai pemangkin pemulihan pascabanjir
Universiti di negara ini berupaya untuk memanfaatkan kepakaran mereka bagi membantu masyarakat yang terkesan akibat bencana banjir sekali gus tampil sebagai pemangkin pemulihan pascabanjir.
Pelan struktur perparitan, saliran perkasa usaha pengurusan banjir di Kelantan
Kerajaan Kelantan akan memperkasakan usaha meningkatkan kecekapan pengurusan bencana melalui pelan struktur perparitan dan saliran di seluruh kawasan yang terlibat banjir.
KSI unjur ekonomi Malaysia tumbuh 4.9 peratus pada 2025
Ekonomi Malaysia dijangka mencatatkan pertumbuhan sederhana sekitar 4.9 peratus pada 2025, dengan mengambil kira kesan dasar domestik dan cabaran luar.
Roy King tetap mahu fokus main dua kategori
Pemain badminton negara Yap Roy King berhasrat kekal beraksi dalam dua kategori iaitu beregu lelaki dan beregu campuran, sama seperti yang dilakukan sebelum ini.
Brazil ambil alih kepengerusian BRICS, fokus kerjasama selatan global
Menurut kenyataan kerajaan Brazil, agenda utama adalah tumpuan memperkukuh kerjasama antara negara Selatan Global.
Suk Yeol ikrar akan berjuang hingga akhir
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol yang dipecat bertindak menghantar surat untuk menghimpunkan penyokongnya dalam usaha berjuang hingga akhir ketika berdepan cubaan pihak berkuasa untuk menahannya susulan undang-undang tentera yang diisytiharkan pada 3 Disember lalu.
Pesawat Siberian Airlines dari Moscom tergelincir dari landasan
Susulan kejadian tersebut, pesawat Airbus A321 itu kini digantung sementara bagi tujuan siasatan untuk menentukan punca kejadian.
10 cedera tembakan rambang pada sambutan tahun baharu
Menurut Jabatan Polis New York kejadian berlaku apabila tiga hingga empat lelaki melepaskan tembakan ke arah orang ramai di luar kelab tersebut.
12 maut dalam kejadian tembakan amuk di Montenegro
Pihak berkuasa menyifatkan serangan tersebut sebagai salah satu pembunuhan beramai-ramai paling teruk di negara balkan itu.
Panik tiada lesen, pecut langgar 'signboard'
Pemeriksaan mendapati suspek berusia 26 tahun bertindak demikian kerana tiada lesen memandu kelas D.