KUANTAN: Seorang pesara kerugian RM52,300 akibat terpedaya dengan kegiatan Love Scam selepas berkenalan dengan seorang lelaki menerusi laman sosial pada Disember lepas.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang Supt Mohd Wazir Mohd Yusof berkata wanita berusia 74 tahun itu dikatakan telah dihubungi suspek melalui Facebook dengan nama Nelson Michael Jr yang mendakwa dirinya berasal dari Amerika Syarikat namun bekerja di Miri, Sarawak dalam bidang cari gali minyak.
Beliau berkata sepanjang perkenalan, mangsa tidak pernah menemui suspek dan hanya berhubung dengan lelaki tersebut menerusi panggilan telefon dan aplikasi WhatsApp.
"Suspek telah meminjam wang dari wanita itu dengan pelbagai alasan sebanyak tujuh kali dengan jumlah keseluruhan RM52,300 malah berjanji dengan mangsa mahu mengahwininya apabila memberi pinjam wang tersebut," katanya dalam kenyataan hari ini.
Bagaimanapun, suspek tidak dapat dihubungi mangsa sejak 31 Jan lepas, iaitu selepas melakukan transaksi terakhir malah lelaki itu turut menyekat nombor telefon wanita berkenaan, katanya.
Menurutnya, mangsa yang menyedari dirinya tertipu telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan semalam dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 04 2022
![Pesara lesap lebih RM52,000 terperdaya 'love scam' Pesara lesap lebih RM52,000 terperdaya 'love scam'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/61639379091_lovescam.jpg)
Sepanjang perkenalan, mangsa tidak pernah menemui suspek dan hanya berhubung dengan lelaki tersebut menerusi panggilan telefon dan aplikasi WhatsApp.
10 Berita Pilihan - (15 Ogos 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pasukan PBB lawat Bangladesh, siasat pembunuhan protes pelajar
Pasukan penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan melawat Bangladesh minggu depan untuk menyiasat ratusan kematian semasa protes yang diketuai pelajar baru-baru ini, menurut pegawai badan dunia itu pada Khamis.
Gempa bumi bermagnitud 5.7 gegar timur laut Taiwan
Gempa bumi berukuran 5.7 skala richter melanda daerah Timur Laut Taiwan pada Khamis.
Angka kematian di Gaza cecah 40,000 individu
Pasukan tentera Israel melakukan tiga pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga-keluarga di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam lepas, mengakibatkan sekurang-kurangnya 40 rakyat Palestin terbunuh dan 107 lagi cedera, menurut sumber perubatan.
Jepun tamatkan amaran gempa bumi mega
Dalam tempoh berjaga-jaga, Agensi Meteorologi Jepun tidak melihat sebarang pergerakan gempa bumi yang luar biasa atau kerak bumi.
Rakyat UK terancam dengan imigran rampas peluang pekerjaan
Bimbang golongan imigran akan merampas peluang peluang pekerjaan menjadikan rakyat United KIngdom terutamanya mereka yang mempunyai masalah ekonomi melihat imigran sebagai satu ancaman.
Parti Pheu Thai pilih anak perempuan Thaksin calon PM
Paetongtarn, 37, adalah anak perempuan kepada jutawan yang juga bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra.
Pemilihan anak Thaksin sebagai PM Thailand dianggap tidak efektif
Pemilihan anak perempuan bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra, Paetongtarn Shinawatra, untuk menggantikan Srettha Thavisin sebagai Perdana Menteri negara itu dianggap sebagai tidak efektif.
![Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723343252_Palestiniansmourn.jpg)
Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera
Perkhidmatan kecemasan masih tidak dapat membantu ramai mangsa dan membawa keluar mayat yang terperangkap di bawah runtuhan.
DNA mangsa kebakaran di Pagoh diperoleh, jenazah dijangka dikebumikan esok
Polis mengesahkan telah menerima laporan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dua mayat mangsa yang rentung dalam kebakaran rumah di Kampung Paya Redan, Pagoh, Johor Jumaat lepas.
![Kesunyian punca wanita terjerat dengan 'love scam' Kesunyian punca wanita terjerat dengan 'love scam'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/81706786364_TBLOVESCAM.jpg)
Kesunyian punca wanita terjerat dengan 'love scam'
Kebanyakan wanita yang bekerja dalam bidang profesional menjadi sasaran penipuan ini kerana mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh.
![Lelaki 'wanted' ditahan selepas buat laporan kes jenayah Lelaki 'wanted' ditahan selepas buat laporan kes jenayah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71719227691_handcuff.jpg)
Lelaki 'wanted' ditahan selepas buat laporan kes jenayah
Seorang lelaki yang dikehendaki polis berkait kes penipuan 'love scam' ditahan selepas hadir ke Balai Polis Pengkalan Chepa di sini untuk membuat laporan berhubung kes jenayah, semalam.
![Wanita warga emas di Kuala Terengganu rugi RM24,000 terperdaya 'Love Scam' Wanita warga emas di Kuala Terengganu rugi RM24,000 terperdaya 'Love Scam'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/61671000561_LoveScam.jpg)
Wanita warga emas di Kuala Terengganu rugi RM24,000 terperdaya 'Love Scam'
Seorang wanita warga emas mengalami kerugian apabila wang simpanannya sebanyak RM24,000 lesap akibat terjerat dengan penipuan 'Love Scam'.
![Warga emas di Miri rugi lebih RM31,000 terperdaya 'Love Scam' Warga emas di Miri rugi lebih RM31,000 terperdaya 'Love Scam'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/61671000561_LoveScam.jpg)
Warga emas di Miri rugi lebih RM31,000 terperdaya 'Love Scam'
Seorang wanita warga emas di Miri, di bahagian utara Sarawak mengalami kerugian sebanyak RM31,400 akibat 'Love Scam'.
![Penjawat awam di Miri rugi RM12,000 akibat Love Scam Penjawat awam di Miri rugi RM12,000 akibat Love Scam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/81706786364_TBLOVESCAM.jpg)
Penjawat awam di Miri rugi RM12,000 akibat Love Scam
Mangsa berusia lingkungan 20-an telah berkenalan dangan seorang wanita melalui aplikasi Instagram dan seterusnya berhubung melalui WhatsApp.
![Filem 'Oppa' bantu PDRM banteras jenayah scam Filem 'Oppa' bantu PDRM banteras jenayah scam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/81706611667_filemOppaChoongL.jpg)
Filem 'Oppa' bantu PDRM banteras jenayah scam
Polis Diraja Malaysia jalin kerjasama dengan Dream Film Sdn Bhd terbit filem kesedaran mengenai jenayah scam bertajuk 'Oppa.'
![Nenek rugi RM13,000 terjerat 'love, parcel scam' Nenek rugi RM13,000 terjerat 'love, parcel scam'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/71700627104_TBGENERICMACAUSCAM.jpg)
Nenek rugi RM13,000 terjerat 'love, parcel scam'
Mangsa berusia 61 tahun itu terpedaya dalam sindiket 'love scam' setelah berkenalan dengan seorang lelaki didakwa dari London.
![Ibu tunggal terpedaya ‘Love Scam’, rugi lebih RM170,000 Ibu tunggal terpedaya ‘Love Scam’, rugi lebih RM170,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/61671000561_LoveScam.jpg)
Ibu tunggal terpedaya ‘Love Scam’, rugi lebih RM170,000
Seorang ibu tunggal kerugian lebih RM170,000 akibat terpedaya dengan sindiket 'Love Scam' atau penipuan cinta.
![Jururawat lesap RM125,000 terperdaya 'love scam' Jururawat lesap RM125,000 terperdaya 'love scam'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/61671000561_LoveScam.jpg)
Jururawat lesap RM125,000 terperdaya 'love scam'
Mangsa yang juga seorang ibu tunggal itu berkenalan dengan suspek bernama 'Nor Azman Umar' pada 29 Sept lepas dan berhubung melalui telefon.
![Nelayan rugi hampir RM300,000 akibat love scam, pelaburan wang kripto tidak wujud Nelayan rugi hampir RM300,000 akibat love scam, pelaburan wang kripto tidak wujud](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/41689593286_TBYUSRIHASSAN.jpg)
Nelayan rugi hampir RM300,000 akibat love scam, pelaburan wang kripto tidak wujud
Mangsa menjalin hubungan cinta dengan seorang wanita yang mula dikenalinya menerusi aplikasi WeChat sejak November tahun lalu.