IPOH: Seorang pesara kerugian RM127,560 selepas menjadi mangsa ‘phone scam’ yang menyamar sebagai pekerja syarikat penghantaran dan pegawai polis, awal bulan ini.
Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, siasatan polis mendapati pada 26 September lalu, semasa berada di rumahnya di Kampung Sungai Tapah Tambahan di sini, pengadu yang berumur 61 tahun telah menerima panggilan telefon daripada seorang individu memperkenalkan diri sebagai pekerja syarikat kurier.
Menurutnya, pengadu ditipu kononnya mempunyai satu bungkusan bermasalah sebelum disambungkan ke talian kononnya Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang sebelum dan dengan seorang ‘inspektor’ serta ‘sarjan’.
“Pengadu telah diperdaya oleh suspek-suspek yang menyamar sebagai pegawai polis agar gambar muka hadapan kad bank milik pengadu dikemukakan kepada mereka.
“Pengadu hanya sedar tentang penipuan suspek setelah anak perempuan pengadu memeriksa telefon bimbitnya,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Mohd Yusri berkata, pengadu mengalami kerugian RM127,560 dalam tiga transaksi kepada tiga akaun bank milik individu berlainan sepanjang tempoh antara 9 dan 10 Oktober lalu.
Beliau sekali lagi mengingatkan masyarakat supaya sentiasa berwaspada terhadap panggilan telefon mencurigakan, khususnya panggilan yang kononnya dari syarikat kurier atau agensi kerajaan.
Beliau turut mengingatkan orang ramai bahawa agensi kerajaan tidak akan meminta maklumat akaun peribadi daripada orang awam atau meminta mereka melakukan pemindahan atau pembayaran ke akaun bank lain.
Abd Razak Mohd Ali
Tue Oct 24 2023

Pengadu mengalami kerugian RM127,560 dalam tiga transaksi kepada tiga akaun bank milik individu berlainan sepanjang tempoh antara 9 dan 10 Oktober lalu.

Rundingan gencatan senjata Gaza di Kaherah gagal mara ke fasa kedua: Laporan
Rundingan Kaherah mengenai fasa kedua perjanjian gencatan senjata antara gerakan penentangan Palestin Hamas dan rejim Israel telah gagal, lapor Agensi Berita Republik Islam (IRNA).

Rebut 5 waktu mustajab berdoa di bulan Ramadan
Ramadan adalah bulan yang istimewa bagi umat Islam, bukan sahaja kerana kewajipan berpuasa tetapi juga kerana peluang untuk mendapatkan keberkatan dan memperbanyakkan doa.
[TERKINI] Rundingan gencatan senjata Gaza di Kaherah gagal ke fasa kedua
Rundingan Kaherah mengenai fasa kedua perjanjian gencatan senjata antara Hamas dan rejim Israel telah gagal.

Warga emas hilang di hutan Sarikei hampir seminggu ditemukan selamat
Seorang warga emas yang dilaporkan hilang hampir seminggu di hutan kawasan Rumah Luang Empaong, Roban, Saratok, ditemukan selamat hari ini.
MCA mahu bertanding semua PRN, PRU16
MCA menegaskan pendiriannya untuk bertanding dalam semua PRN dan Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
Kadar dividen 2024
Kumpulan wang simpanan pekerja (KWSP) hari ini mengumumkan kadar dividen 2024 yang lebih tinggi iaitu 6.30 peratus bagi kedua-dua jenis simpanan, konvensional dan shariah.
KWSP antara dana persaraan terbesar di dunia - CEO
KWSP berada di ranking ke-13 sebagai dana persaraan terbesar di dunia dan kelima terbesar di Asia setakat September 2024.

Peta haba tunjukkan musim panas Australia semakin panas, berisiko
Musim panas di Australia semakin panas dan lebih berbahaya, dengan lebih banyak pinggir bandar di bandar yang berisiko akibat panas melampau.

PM Anwar seru umat Islam perkukuh ibadah dan takwa di bulan Ramadan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru umat Islam di Malaysia untuk memperkukuh amal ibadah dan meningkatkan ketakwaan dalam menghayati keberkatan bulan Ramadan.

Dua lelaki melecur dalam kebakaran bengkel di Klang
Dua lelaki melecur dalam kebakaran membabitkan sebuah bengkel kenderaan di Jalan Sungai Puloh 5, Kawasan Perindustrian Sungai Puloh di Kapar, Klang hari ini.

Bayaran tunggakan pencen RM1.7 bilion kiraan kasar, bukan ancaman - KPPA
Ia pengiraan kasar dibuat berdasarkan data-data sedia ada yang kini perlu dirujuk silang dengan rekod perkhidmatan dan dibuat secara bona fide.

Pesara, guru rugi lebih RM100,000 diperdaya sindiket cabutan bertuah
Seorang pesara wanita kerugian RM66,000 manakala guru lelaki pula hilang wang simpanan RM43,750 akibat diperdaya sindiket penipuan cabutan bertuah di laman Facebook.

Pesara rugi lebih RM150,000 diperdaya 'phone scam'
Seorang pesara kerajaan kerugian RM155,804 selepas menjadi mangsa sindiket penipuan dalam talian atau 'phone scam' yang menyamar sebagai pegawai polis.

Teruskan PKKP bukti Kerajaan MADANI prihatin terhadap pesara
Kebanyakan ahli bersyukur dengan keputusan berkenaan kerana ia sedikit sebanyak dapat meringankan beban kos sara hidup yang ditanggung.

Polis tahan wanita disyaki terlibat kes tipu penjualan lot tanah
PDRM menahan seorang wanita di Gombak, Selangor semalam kerana disyaki menipu seorang pesara berusia 59 tahun dalam urusan penjualan sebidang tanah lot mengakibatkan kerugian RM60,400.

PM Anwar rai 1,019 warga JPM cemerlang, pesara di Majlis Apresiasi
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meraikan seramai 1,019 warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) yang cemerlang dan bersara sempena Majlis Apresiasi Tahun 2024 Jabatan Perdana Menteri.

Wanita rugi lebih RM600,000 terperdaya pelaburan tidak wujud
Seorang pesara kerugian RM619,390 selepas terperdaya dengan pelaburan secara dalam talian tidak wujud.

Kuching tersenarai 13 bandar teratas mampu dinikmati pesara - Laporan
Walaupun banyak destinasi persaraan bernilai baik di seluruh dunia, International Living Magazine menonjolkan Kuching antara 13 tempat yang luar biasa.

Kerajaan jamin pencen pesara tidak berkurangan - PM
Kerajaan memberi jaminan akan menokok jumlah pencen pesara penjawat awam bagi memastikan jumlah pencen mereka tidak berkurangan daripada apa yang telah diterima ketika ini.

Pesara kerugian RM127,560 jadi mangsa 'phone scam'
Mangsa melakukan tiga transaksi kepada tiga akaun bank milik individu berlainan sepanjang tempoh antara 9 dan 10 Oktober lalu.