KUALA LUMPUR: Seorang pesara kerajaan mengalami kerugian RM86,000 selepas terpedaya dengan promosi yang menjanjikan pembinaan kediaman idaman pada harga mampu milik.
Senin Untung, 62, berkata beliau menginginkan sebuah rumah banglo di atas tanah sendiri dan ejen projek itu menjanjikan untuk membina rumah idaman itu dengan harga yang sangat murah.
"Ejen berkenaan telah membuat perjanjian selama tiga bulan dan dalam perjanjian itu saya diminta membayar wang secara one-off iaitu RM86,000.
"Saya pun mengeluarkan wang KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja) untuk buat rumah dan ejen berkenaan datang tanah lapang membuat ukuran kawasan," katanya kepada Bernama hari ini.
Senin berkata setelah beberapa bulan, ejen berkenaan senyap dan menghilangkan diri walaupun telah dihubungi.
Seorang lagi mangsa, Zimah Ismail, 45, berkata beliau membayar RM100,000 dan dijanjikan rumahnya akan siap dalam masa enam bulan tetapi apa yang terjadi, selepas empat bulan hanya batu-bata yang naik dan terus ditinggalkan begitu sehingga kini.
"Sudah dua kali pembayaran dibuat, pertama berjumlah RM43,000 dan seterusnya RM57,000. Namun rumah saya masih terbengkalai. Sakit hati tengok, duit sudah habis tapi rumah tak nampak.
"Sudah banyak kali saya menghubungi koperasi terbabit namun tidak berjawab. Surat perjanjian yang lengkap dan telah dimatikan setem semua masih saya simpan hingga kini," katanya.
Sementara itu, Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) yang mendedahkan kegiatan itu hari ini menyerahkan pernyataan tambahan kepada Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman berkaitan skim pelaburan dan pakej pembinaan hartanah meragukan.
Setiausaha Agung MHO Datuk Hishamuddin Hashim berkata MHO menerima lebih 90 aduan daripada mangsa berhubung skim pelaburan dan pakej pembinaan hartanah sebuah koperasi perumahan yang menawarkan pakej serendah RM150,000 dengan keluasan 1,000 kaki persegi.
"Hari ini kami menyerahkan pernyataan tambahan antaranya gambar beberapa lot tanah yang gagal dibangunkan oleh koperasi perumahan terbabit yang terletak di Simpang Renggam dan Pontian, Johor; dan Paya Jaras di Selangor," katanya.
Pengarah JSJK Bukit Aman Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf ketika dihubungi Bernama mengesahkan menerima pernyataan tambahan itu dan memaklumkan kes itu disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu, Seksyen 409 KK (pecah amanah) dan Seksyen 415 (perdaya).
-- BERNAMA
Bernama
Fri Oct 27 2023

Mangsa terpedaya dengan promosi yang menjanjikan pembinaan kediaman idaman pada harga mampu milik.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Remaja warga Jepun antara mangsa sindiket penipuan pekerjaan yang dibebaskan di Myanmar
Seorang remaja lelaki warga Jepun berusia 16 tahun telah diselamatkan daripada sindiket penipuan di Myanmar berhampiran sempadan Thailand.

Pesara, guru rugi lebih RM100,000 diperdaya sindiket cabutan bertuah
Seorang pesara wanita kerugian RM66,000 manakala guru lelaki pula hilang wang simpanan RM43,750 akibat diperdaya sindiket penipuan cabutan bertuah di laman Facebook.

Pelajar rugi lebih RM110,000 terperdaya sindiket panggilan telefon
Mangsa menerima panggilan telefon daripada seorang lelaki yang menyamar sebagai wakil dari kedutaan China pada 13 Januari lepas.

Pengurus rugi RM2.56 juta ditipu pelaburan kripto tidak wujud
Mangsa berusia 42 tahun mula menyertai pelaburan berkenaan sejak Julai tahun lepas setelah melihat iklan di Facebook.

Dua warga emas rugi lebih RM5 juta terperdaya skim pelaburan tidak wujud
Salah seorang mangsa mula menyertai pelaburan dikenali sebagai Efa Trade yang didakwa mampu memberikan pulangan lumayan.

Pengarah syarikat rugi RM2.1 juta terperdaya penipuan pelaburan tidak wujud
Mangsa tertarik dengan tawaran platform berkenaan berhubung pelaburan matawang kripto yang dijumpai menerusi iklan di laman Facebook.

Polis Miri tumpaskan dua sindiket penipuan
Polis berjaya menumpaskan dua sindiket penipuan susulan penahanan 11 individu termasuk seorang wanita dalam serbuan berasingan pada 8 dan 10 Jan lepas.

Pekerja pelantar minyak rugi hampir RM50,000 ditipu sindiket pelaburan tidak wujud
Seorang pekerja pelantar minyak kerugian RM48,905.41 selepas terperdaya dengan tawaran skim pelaburan tidak wujud.

Juruteknik rugi lebih RM444,000 terpedaya ‘job scam’ dalam talian
Mangsa menyedari telah ditipu apabila sehingga kini belum menerima komisen seperti dijanjikan.

Kontraktor rugi lebih RM5.9 juta diperdaya skim pelaburan tidak wujud
Mangsa mula menyertai pelaburan berkenaan pada September lepas selepas tertarik dengan iklan pelaburan menerusi Facebook.