TAIPING:Seorang pesara swasta mendakwa kerugian lebih RM1.1 juta selepas diperdaya skim pelaburan emas yang tidak wujud.
Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Osman Mamat berkata mangsa lelaki berumur 60 tahun itu mendakwa berurusan dengan seorang wanita dari negara jiran yang dikenali melalui satu aplikasi ‘dating’.
Menurutnya, wanita berkenaan menawarkan mangsa untuk melabur dalam pelaburan emas yang kononnya menawarkan pulangan lebih RM11 juta.
“Pengadu telah memasukkan wang secara berperingkat ke dalam lapan akaun yang diberikan oleh suspek bagi tujuan pelaburan emas,” katanya dalam kenyataan malam tadi.
Osman berkata mangsa yang ingin menunaikan wang keuntungan tersebut telah diberikan satu resit transaksi kemasukan wang ke dalam akaunnya.
Bagaimanapun, setelah semakan dibuat, mangsa mendapati tiada kemasukan wang dan semakan dengan pihak bank juga mendapati resit transaksi yang diberikan adalah palsu.
Menurutnya, pihak polis masih menjalankan siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
Abd Razak Mohd Ali
Wed Nov 04 2020

Seorang pesara swasta mendakwa kerugian lebih RM1.1 juta selepas diperdaya skim pelaburan emas yang tidak wujud. -Gambar hiasan/Pixabay

Manchester United bangkit ketinggalan dua gol ikat Everton di Goodison Park
Keputusan itu meneruskan persembahan tidak konsisten Manchester United nyaris dijinakkan Everton yang tampil lebih dominan.

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.

Pesara dakwa ditipu pelaburan emas tidak wujud lebih RM1.1 juta
Mangsa lelaki berumur 60 tahun itu mendakwa berurusan dengan seorang wanita dari negara jiran yang dikenali melalui satu aplikasi dating.