PASIR GUDANG: Seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun berdepan detik cemas apabila dilarikan seorang lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) mental di hadapan restoran makanan segera di Taman Kota Masai di sini pagi tadi.
Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, Balai Polis Taman Scientex menerima panggilan berhubung kejadian daripada orang awam pada jam 11.30 pagi.
Katanya hasil siasatan mendapati kejadian berlaku ketika kanak-kanak lelaki itu berjalan untuk pulang ke rumah dari Sekolah Agama (SA) Taman Scientex di sini.
"Suspek mempelawa mangsa menumpang motosikal untuk dihantar pulang ke rumah mangsa.
"Suspek berusia pertengahan 20-an merupakan pemegang kad OKU mental dan hasil saringan air kencing mendapati suspek positif dadah jenis Methaphetamine.
"Suspek juga dikehendaki polis bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Menurut Kamarul Zaman, polis merampas sebuah motosikal jenis Honda Dash yang digunakan suspek ketika kejadian untuk siasatan lanjut.
Kes disiasat mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan dan jika disabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun atau denda.
"Polis menasihati ibu bapa, penjaga dan pelajar sekolah agar lebih peka dan prihatin terhadap keadaan sekeliling agar perkara umpama ini tidak berulang," katanya.
Terdahulu tular di media sosial, beberapa video berdurasi kurang seminit memaparkan seorang lelaki yang memakai kemeja-T lengan panjang melarikan kanak-kanak berkenaan di Taman Kota Masai di sini.
Siti Nur Aqilla Omar
Wed May 11 2022
Kejadian dipercayai berlaku ketika kanak-kanak lelaki itu berjalan untuk pulang ke rumah dari Sekolah Agama (SA) Taman Scientex di sini. - Gambar/ Media sosial
Bangkai pesawat MH17 tanpa sayap imbau kekejaman tragedi menyayat hati
Keadaan serpihan pesawat MH17 Malaysia Airlines (MAS) yang cuba dibina semula tanpa sayap, tayar, ekor dan tempat duduk penumpang cukup menggerunkan sekali gus mengingatkan pada kekejaman yang meragut
VOP akan diselesaikan dalam tempoh sebulan - Ahmad
Pelaksanaan Syarat Perubahan Harga (VOP) susulan penyasaran subsidi diesel dijangka diselesaikan dalam tempoh sebulan lagi, kata Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan.
Industri minyak sawit disaran guna semula sisa untuk bahan api penerbangan mampan - Liew
Industri minyak sawit perlu mengkaji penggunaan semula sisa sebagai stok suapan penting untuk bahan api penerbangan mampan (SAF), di luar penggunaan tradisional minyak sawit.
SDG: UTP lahir pelajar berkemahiran, tinggi tanggungjawab sosial
UTP berhasrat mendidik pelajar bukan sahaja untuk mahir dalam aspek teknikal tetapi juga untuk menjadi warganegara yang bertanggungjawab.
MAA semak semula unjuran jualan kenderaan 2024 kepada 765,000 unit
Persatuan Automotif Malaysia (MAA) telah menyemak semula unjuran jualan kenderaan bermotor baharu bagi 2024 kepada 765,000 unit daripada anggaran sebelumnya sebanyak 740,000 unit.
RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan
Apa sahaja pindaan terhadap akta itu perlu berjalan selari dengan persediaan mereka yang bertanggungjawab melaksanakannya.
Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA
SAMENTA menjangkakan rasionalisasi RON95 akan memberi impak yang lebih besar kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berbanding pelarasan subsidi diesel.
Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030
Malaysia menyasarkan pengeluaran 40 peratus hasil sektor akuakultur menjelang 2030 dalam usaha membantu mengimbangi keperluan perikanan negara.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Empat lelaki termasuk remaja bawah umur ditahan berkaitan kes culik
Polis menahan empat lelaki warga tempatan berumur dalam lingkungan 15 hingga 20 tahun berkaitan kes tiga remaja lelaki dilarikan sekumpulan lelaki dari sebuah pasar raya di Skudai di sini pada 15 Jun.
Polis tahan empat lelaki disyaki terlibat kes samun, cubaan culik
Anggota unit D9 IPK Johor dan Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kulai melakukan serbuan kira-kira pukul 10.50 pagi hingga 4.50 petang.
Lebih 200 pelajar diculik di Nigeria, kes terbesar sejak 2021
Insiden penculikan ratusan murid di utara Nigeria disifatkan sebagai kes penculikan terbesar yang mensasarkan sebuah sekolah sejak 2021.
Tiga sahabat terlepas tali gantung, penjara 35 tahun kerana culik, bunuh ahli perniagaan
Seorang bekas kerani wanita dan dua rakannya terlepas tali gantung selepas Mahkamah Rayuan hari ini menggantikan hukuman mati mandatori itu kepada 35 tahun penjara.
Dakwaan cubaan culik di Pantai Kemayang hanya salah faham - Polis
Semua yang terlibat telah dipanggil ke Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bachok untuk siasatan.
Culik ahli perniagaan wanita untuk tebusan RM2 juta: Dua lelaki dihukum penjara 30 tahun
Panel tiga hakim menolak rayuan Lew Ngee Chin dan Chin Yoon Tack@Chin Yoon Tock berhubung sabitan terhadap mereka.
3 remaja didakwa culik kanak-kanak
Ketiga-tiga tertuduh mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dibacakan dalam bahasa Mandarin.
Video tular kes culik di Sepang tidak benar - Polis
Polis Daerah Sepang terima laporan pada 9.30 pagi 31 Okt, berkaitan sebuah kereta mencurigakan di depan kedai dobi di Sepang Putra.
Polis siasat kes curi kereta, culik pelajar di Ranau
Beberapa video tular di media sosial menunjukkan sebuah kereta dihalang sebuah kenderaan polis dan juga orang awam, sebelum anggota polis itu bertindak menahan suspek yang berada dalam kereta tersebut
Culik: Ibu pemain bintang Liverpool berjaya diselamatkan
PRESIDEN Colombia, Gustavo Petro mengesahkan ibu kepada pemain bola sepak Liverpool, Luis Diaz telah diselamatkan selepas diculik di utara Colombia, namun pegawai masih mencari bapanya yang hilang.