KUALA LUMPUR: Akibat virus COVID-19, separuh daripada paru-parunya kini sudah tidak boleh berfungsi, malah keadaan itu dijangka kekal buat selamanya dan hampir mustahil untuk pulih seperti sedia kala.
Itu kesan yang perlu dihadapi Eksekutif Pentadbiran Amira Ruslan, 29, bekas pesakit COVID-19 tahap lima, yang sebelum ini terpaksa bertarung nyawa selama 33 hari termasuk sembilan hari 'ditidurkan' di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Sungai Buloh selepas disahkan positif pada 7 Jan lepas.
"Paru-paru saya sekarang berfungsi (sekitar) 48 peratus sahaja, kira macam separuh daripada paru-paru tu macam dah 'mati'. Menurut doktor ia sudah tidak boleh kembali normal dan saya juga tidak boleh bergerak cergas macam dulu.
"Ia adalah sindrom 'Long Covid' yang memberi kesan pada rutin harian saya, bercakap pun rasa penat, buat aktiviti mudah macam jemur kain pun penat," katanya kepada Bernama baru-baru ini.
Amira yang tidak pernah menghidap sebarang penyakit serius, tidak menyangka virus pembunuh yang dikatakan hanya cerita dongeng oleh segelintir pihak, meninggalkan impak begitu besar menyebabkannya terpaksa berulang alik ke hospital bagi menjalani rawatan fisioterapi pernafasan.
Bukan itu sahaja, katanya kesan rawatan yang diterima di ICU juga, masih meninggalkan rasa sakit pada saluran kerongkong dan dada, akibat pernah dimasukkan tiub ke paru-paru selain daya ingatan yang lemah kesan daripada ubat.
"Saya masih terbayang lagi kesakitan apabila tiub dimasukkan menerusi saluran kerongkong ke paru-paru, ada satu kejadian apabila petugas kesihatan perlu mengalihkan saya ke katil lain dan tiub tersebut berganjak dan bergerak dalam badan, sakitnya seperti 'minta nyawa'," katanya.
Mengimbau kembali saat sebelum dikomakan, anak kedua daripada tiga beradik itu berkata beliau diberi peluang untuk bercakap dengan ibunya menerusi panggilan video.
"Doktor beritahu, jika jadi apa-apa pada saya, inilah yang terakhir saya bercakap dengan ibu. Saya sempat mohon maaf dan ibu saya terus menjerit, adik (nama panggilan Amira) kena kuat, mak tunggu adik di luar ni.
"Ketika itu ada dua perkara yang bermain difikiran, pertama ibu, yang kedua ketika saya bangun nanti sama ada masih berada di dunia ini atau dunia lain," katanya yang sedar daripada koma sepenuhnya pada 28 Jan lepas.
Pengalaman berada dalam keadaan koma selama sembilan hari memberi pengajaran serta keinsafan buat dirinya dan peluang untuk terus hidup disifatkan seperti 'keajaiban' selepas melalui fasa kritikal sewaktu masih koma.
"Memang tidur, tapi mimpi di alam lain, berjalan di satu tempat asing yang mana badan kita sahaja yang bercahaya, kiri kanan depan belakang semua gelap, berada di jalan asing dan saya terus-menerus cari jalan keluar dan kadang-kadang berlari," katanya.
Katanya mengikut cerita keluarganya, semasa berada dalam keadaan koma, paras oksigen di dalam badannya turun sehingga tahap 60 peratus menyebabkan doktor yang merawatnya menghubungi ibunya bagi memaklumkan keadaan itu dan meminta supaya berdoa agar berlaku keajaiban dengan izin Allah SWT.
Berkat doa seorang ibu dan keluarganya, anak kelahiran Johor itu bersyukur kerana masih diberikan peluang kedua untuk meneruskan kehidupan bersama insan tersayang walaupun perlu menyesuaikan dengan keadaan kesihatan terkini.
Katanya jika dahulu beliau aktif berniaga, bergerak ke sana sini, dan mampu mengangkat barang walaupun berat, namun kini segala pergerakannya terbatas kerana masih terasa sakit terutama di bahagian dada selain cepat penat.
Berikutan itu, Amira menasihatkan masyarakat agar sentiasa berwaspada dan tidak lalai untuk mengelakkan diri daripada dijangkiti wabak yang telah meragut jutaan nyawa di seluruh dunia ketika ini.
"COVID-19 is real (benar-benar wujud) dan daripada apa yang saya lihat kesan kepada setiap individu tidak sama dan tidak boleh dijangka," katanya yang turut menasihatkan masyarakat segera mengambil vaksin untuk membolehkan negara bebas daripada pandemik itu.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 28 2021
Amira bertarung nyawa 33 hari termasuk sembilan hari 'ditidurkan' di ICU Hospital Sungai Buloh selepas disahkan positif pada 7 Jan lepas. - Gambar hiasan
Ibu bapa jadi sasaran along selepas anak meninggal dunia
Sepasang suami isteri warga emas menjadi mangsa buruan along yang dipercayai tidak berpuas hati dengan tunggakan hutang yang ditinggalkan mendiang anak mereka, yang meninggal dunia di Johor pada Disember lalu.
Ibu bapa Zayn Rayyan failkan notis usul batal pertuduhan
Ibu bapa kepada kanak-kanak autistik Zayn Rayyan Abdul Matin telah memfailkan permohonan bagi membatalkan pertuduhan mengabaikan kanak-kanak itu dengan cara kemungkinan menyebabkan kecederaan fizikal terhadapnya.
Iswardy Morni didenda RM5,000 kerana kenyataan menghasut
Pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak, Iswardy Morni didenda RM5,000 atas satu pertuduhan mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan dan menghina Yang di-Pertuan Agong, empat tahun lalu.
Kejadian pukul OKU bukan di pasar tani seliaan FAMA
FAMA Terengganu menjelaskan bahawa kejadian pukul seorang lelaki OKU yang tular baru-baru ini, tidak berlaku di pasar tani seliaan agensi itu.
Cadangan jadikan pembeli tunggal dibentangkan di kabinet
Cadangan untuk menjadikan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) sebagai pembeli tunggal hasil getah negara akan dibentangkan dalam mesyuarat Kabinet untuk mendapat persetujuan.
WEF 2025: Israel mahu jadikan Gaza seperti Dubai
Israel bersedia membolehkan UAE, Arab Saudi, dan pihak lain membina semula Gaza dengan syarat ia tidak mengancam Israel.
Tanah runtuh Jawa Tengah: Angka kematian meningkat kepada 21
Menurut agensi pencarian dan penyelamat, Basarnas, sekurang-kurangnya 13 individu turut cedera dalam kejadian tersebut.
Legenda rock Ireland 'The Script' kembali gegarkan KL
Peminat dapat menyaksikan persembahan mereka yang penuh tenaga pada Ahad, 9 Februari 2025, jam 8 malam di Mega Star Arena KL.
Pemindahan autonomi MA63 mudahkan Sarawak urus alam sekitar
Pemindahan autonomi MA63 telah mengukuhkan tadbir urus alam sekitar Sarawak, sekaligus meletakkan wilayah itu pada kedudukan yang baik untuk menerajui usaha memerangi perubahan iklim.
19 entiti perniagaan di Sarawak berdaftar dengan NREB
19 entiti perniagaan kini telah berdaftar dengan Lembaga Alam sekitar dan Sumber Asli Sarawak (NREB) sebagai mematuhi syarat ordinan alam sekitar (pengurangan kesan rumah hijau) yang mula berkuat kuasa pada Mac lalu.
Lelaki sedar dari koma selepas 10 tahun
Sun Hongxia enggan berputus asa menjaga suaminya yang mengalami kondisi sedemikian selepas terkena serangan jantung.
Madonna dedah koma 48 jam selepas jatuh, dakwa terdengar suara
Madonna berkongsi pengalaman insiden dirinya jatuh sakit sehingga koma selama dua hari atau 48 jam yang sempat mengejutkan peminatnya.
Mangsa kedua lemas meninggal dunia selepas enam hari dirawat di hospital
Seorang lagi pelajar lelaki mangsa lemas di Pantai Mutiara, Kem Terendak meninggal dunia malam tadi.
Bayi koma: Tiga wanita direman enam hari
Perintah reman dikeluarkan mahkamah terhadap wanita berkenaan bagi membolehkan siasatan lanjut kes dilakukan.
Wanita koma dibelasah suami bakal lahirkan bayi
Walaupun koma namun kandungannya masih bertahan sehingga kini, sudah masuk 9 bulan.
Perintis pemain keturunan Afrika meninggal dunia selepas 39 tahun koma akibat pembedahan lutut
Jean-Pierre Adams berada dalam koma selama 39 tahun berikutan pembedahan lututnya pada 17 Mac 1982.
Penunjuk perasaan koma terkena tembakan ketika sertai bantahan di Bangkok
Seorang lelaki dilaporkan koma selepas disyaki terkena tembakan di kepala semasa menyertai tunjuk perasaan antikerajaan di Bangkok pada Isnin.
'Saya tak kuat dah! Ibu dan abang meninggal kerana COVID-19, kakak pula koma'
Maklum Ayien, seluruh ahli keluarganya di kampung dekat Kampung Dusun Muda, Tapah positif COVID-19.
Pesakit COVID, kongsi kisah 'perjalanan' ketika koma
Amira tidak sangka virus pembunuh yang dikatakan hanya cerita dongeng oleh segelintir pihak, meninggalkan impak begitu besar terhadapnya.
Wanita hamil koma dipukul suami kini di bawah jagaan keluarga
Wanita hamil 12 minggu yang koma akibat dipukul suami kini dijaga oleh adiknya Fazariah Nordin yang berasal dari Bandar Sri Sendayan.