KUALA LUMPUR: Individu yang didiagnosis jangkitan pertussis atau batuk kokol perlu diisolasi atau dikuarantin bagi mengelak penyakit berkenaan merebak dalam kalangan masyarakat terutama kanak-kanak.
Pakar epidemiologi Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Malina Osman berkata, kumpulan berisiko dijangkiti penyakit tersebut adalah kanak-kanak berusia kurang 12 tahun manakala gejala lebih teruk berlaku dalam kalangan bayi dan kanak-kanak berumur bawah lima tahun.
"Penyakit ini lebih tinggi risiko sekiranya dijangkiti dalam kalangan kanak-kanak yang belum atau tidak mengambil vaksin pertussis. Kanak-kanak yang belum divaksin (masih sihat) disyorkan tidak terdedah kepada persekitaran berisiko untuk tempoh lima hari hingga maksimum 21 hari.
"Batuk kokol ini kebiasaannya mengambil masa satu atau dua minggu (untuk muncul) selepas seseorang itu terdedah kepada punca jangkitan dan ada tiga fasa. Pada permulaan pesakit akan mengalami demam, selesema biasa berlarutan, selepas itu batuk teruk, berulang dan susah bernafas seterusnya bunyi batuk yang nyaring," katanya ketika dihubungi Bernama.
Beliau berkata, sekiranya batuk kokol menjangkiti bayi berusia kurang setahun, bayi tidak akan mengalami batuk, namun kebiasaannya akan menunjukkan gejala kurang bermaya dan tiba-tiba menjadi biru disebabkan mengalami masalah pernafasan.
"Apa berlaku, pertussis ini ada bakteria penyebab (Bordetella pertussis) yang mengeluarkan toksin mengakibatkan kerosakan sel pada saluran pernafasan, jadi apabila berlaku jangkitan biasanya ada kahak yang ingin dikeluarkan tetapi tidak boleh disebabkan sel tersebut rosak.
"Oleh itu, badan kita akan beralih kepada batuk dan cuba keluarkan kahak dengan begitu sukar sehingga menyebabkan seseorang itu boleh muntah. Kanak-kanak pula akan mendapat apnea iaitu pernafasan tiba-tiba terhenti dan sekiranya berlaku dengan kerap boleh menyebabkan kematian," katanya.
Beliau berkata, penyakit berkenaan ditularkan melalui titis rembesan batuk dan bersin melalui udara atau kontak langsung cecair nasal (hingus), air liur atau air mata manakala toksin dikeluarkan bakteria tersebut merosakkan sel paru-paru dan menyebabkan kahak atau rembesan daripada paru-paru gagal dikeluarkan.
Sementara itu, Pakar Pengurusan Risiko Keselamatan dan Kesihatan Universiti Malaysia Sabah (UMS), Prof Madya Dr Shamsul Bahari Shamsudin berkata, selain kaedah kuarantin, usaha mencegah kadar penyebaran batuk kokol adalah menerusi pendekatan bekerja dari rumah.
Beliau berkata, kaedah itu perlu diadaptasi di peringkat industri apabila terdapat pekerja mengalami gejala melibatkan saluran respiratori dan demam bagi mencegah penularan penyakit tersebut terutama kepada individu mempunyai imunisasi lemah.
"Apa-apa penyakit berkaitan saluran pernafasan perlu diberi perhatian. Apabila merasakan diri tidak sihat, demam, batuk, selesema atau ada gejala seperti batuk kokol yang dinyatakan, maka elakkan diri daripada mempunyai hubungan langsung dengan individu lain," katanya.
Menurutnya, penjaga pesakit terutamanya bagi kanak-kanak yang dijangkiti perlu diberi layanan sama seperti perlu dikuarantin atau bekerja dari rumah kerana telah ada kontak secara langsung dengan pendedahan bakteria tersebut.
Beliau turut mencadangkan Kementerian Kesihatan (KKM) untuk mengoptimumkan aplikasi MySejahtera dalam usaha berkongsikan maklumat tentang penyakit tersebut dengan rakyat.
"Perkongsian maklumat kes jangkitan semasa, risiko penularan jangkitan, kawasan berisiko, status vaksinasi pertussis serta maklumat berkaitan harus dilakukan dengan berterusan. Aktifkan semua kaedah pemantauan dan pelaksanaan SOP (prosedur operasi standard) di kawasan jangkitan," katanya.
Pada Sabtu lepas, Jabatan Kesihatan Pahang mengesahkan satu kes jangkitan pertussis melibatkan seorang ibu serta dua anaknya di Kampung Bahagia, Rompin dan keadaan adalah terkawal. - BERNAMA
Bernama
Tue Aug 22 2023

Individu yang didiagnosis jangkitan pertussis atau batuk kokol perlu diisolasi atau dikuarantin bagi mengelak penyakit berkenaan merebak dalam kalangan masyarakat terutama kanak-kanak. - Gambar hiasan

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

New Zealand isytihar wabak batuk kokol peringkat awal
Pegawai kesihatan New Zealand giat mengkaji trend terkini kebangsaan dan antarabangsa mengenai batuk kokol atau pertusis, di seluruh negara.

Korea Selatan catat kes pertama kematian akibat batuk kokol
Ini merupakan kematian pertama dilaporkan akibat penyakit ini sejak KDCA mula mengumpul data berkaitan pada 2011.

Misteri lonjakan kes batuk kokol di Eropah
Lonjakan kes itu juga dikaitkan dengan penurunan imuniti dalam kalangan penduduk sejak pandemik COVID-19 melanda dunia pada awal 2020.

Vaksin: Kes batuk kokol dalam kalangan bayi membimbangkan
Kes batuk kokol atau pertussis dalam kalangan bayi berada di tahap membimbangkan, kata Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Program Immunise4life, Profesor Datuk Dr Zulkifli Ismail.

Bayi dua bulan meninggal dunia dijangkiti batuk kokol di Kelantan
Tiga kawasan wabak juga telah diisytiharkan di Kelantan iatu di Tanah Merah, Pasir Puteh dan yang terbaru di Kota Bharu pada 14 Mac lepas.

Batuk Kokol: "Jangkitan bertoksin, boleh sebabkan antibiotik kurang berkesan" - Pakar Kesihatan Awam
Jangkitan batuk kokol berbeza dengan jangkitan lain memandangkan bakteria punca penyakit tersebut mengeluarkan toksin pada sel saluran pernafasan.

Batuk Kokol: "Jangan cium bayi, elakkan jangkitan kepada si kecil" - Pakar Kesihatan Awam
Orang ramai tidak boleh mencium bayi bagi mengelakkan wabak batuk kokol menjangkiti si kecil.

Tanya AI: Memahami penyakit batuk kokol, acaman dan langkah penjagaan
Batuk kokol, yang dikenali juga sebagai Pertussis menyebabkan batuk yang teruk di mana biasanya pesakit dikenali menerusi kerana corak batuknya.

Batuk kokol: Bayi kurang enam bulan berisiko tinggi dijangkiti - Pakar
Pakar kesihatan awam KKM berkata, jangkitan terhadap bayi boleh menyebabkan komplikasi buruk, termasuk sawan dan kematian.

Pesakit batuk kokol dinasihat jalani kuarantin - Pakar
Individu yang didiagnosis jangkitan pertussis atau batuk kokol perlu dikuarantin bagi mengelak penyakit berkenaan merebak dalam kalangan masyarakat terutama kanak-kanak.