Peruntukan besar untuk sekolah agama, tahfiz dan pondok dalam Bajet 2017 merupakan terjemahan komitmen Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan kerajaan menjaga agama Islam di negara ini, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Timbalan Perdana Menteri berkata berkata Islam sebagai agama yang progresif perlu dijaga, disuburkan dan dimajukan seterusnya dijadikan suatu cara hidup lengkap untuk masyarakat di negara ini, namun dalam masa yang sama tidak mengetepikan agama lain.
"Kita cari jalan maju ke hadapan dalam majukan Islam tetapi agama lain perlu kita hormati, dalam usaha supaya agama kita dihormati kita perlu menghormati agama yang lain.
"Tetapi dalam masa sama, saya risau jika umat Islam tidak bersatu bagai buih di lautan, (Islam) akan hilang akibat ombak melanda, perbezaan pendapat dibolehkan tetapi ada tertibnya, hormat pendapat orang lain, amalkan lemah lembut dan bijaksana walau berbeza pendapat," katanya di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Graduasi Hafaz Aqso, Tingkatan 5 dan Program Khas Asasi Ulul Albab 2016 Sekolah Menengah Imtiaz Ulul Albab di Masjid Tanah di sini.
Majlis itu disempurnakan Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob yang menyaksikan kumpulan pertama sekolah itu seramai 62 pelajar menerima sijil graduasi mereka.
Dalam Bajet 2017 yang dibentang Najib pada 21 Okt lepas, sebanyak RM30 juta diperuntukkan kepada sekolah tahfiz bagi melahirkan lebih ramai generasi Islam hebat, manakala sekolah agama bantuan kerajaan dan sekolah pondok berdaftar masing-masing diberi RM50 juta bagi penambahbaikkan dan penyelengaraan sekolah.
Ahmad Zahid berkata umat Islam perlu mengambil iktibar terhadap perpecahan yang terjadi di negara seperti Syria dan Yaman serta kejadian 'Arab Spring' bagi memastikan perpecahan itu tidak terjadi terutama di rantau nusantara ini.
Beliau berkata daripada 1.8 bilion umat Islam di seluruh dunia, 350 juta berada di rantau nusantara, justeru rantau ini merupakan tempat paling sesuai menjadi tempat kebangkitan semula Islam.
"Saya teringat hadis menyebut kebangkitan semula Islam tidak akan bermula di tanah Arab, disebutkan (dalam hadis) akan bangkit di timur jauh, dalam konteks ini nusantara mampu menjadi tempat itu.
"Justeru bumi Malaysia insya-Allah jadi tapak kebangkitan semula Islam. Malaysia menjadi antara negara Islam termaju yang menjadi rujukan kerana mampu membangun Islam secara progresif dan kesederhanaan di bawah masyarakat majmuk berbilang latar belakang," katanya.
Ahmad Zahid berkata pendidikan di negara ini perlu ada kombinasi antara pendidikan dunia dan akhirat kerana dengan itu, ia akan melahirkan insan yang luhur seterusnya mampu memperkukuh syiar Islam.
"Harus ada perimbangan dengan tuntutan duniawi dan akhirat agar nasib masa depan generasi akan datang tidak dilupakan dan dalam keadaan yang cemerlang," katanya.
Katanya sekolah agama seharusnya menggabungkan penghafalan dengan subjek-subjek akademik lain supaya mereka yang dilahirkan melalui sistem kombinasi itu dapat membina imej yang baharu untuk Islam.
"Supaya di mata dunia kita ada darjah yang tinggi, Aras Satu, dengan mengetahui perimbangannya dan menjadi manusia yang sempurna," katanya. -- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 29 2016
Yang Dipertua Negeri Tun Mohd Khalil Yaakob diiringi oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada Majlis Graduasi Sekolah Agama Imtiaz, Masjid Tanah, hari ini. -- fotoBERNAMA
Pasca Pemilu: 207 juta rakyat Indonesia kembali memilih dalam Pilkada serentak hari ini
Proses pasca Pemilihan Umum (Pemilu) dan Pemilihan Presiden (Pilpres) itu akan melibatkan 37 provinsi, 415 kabupaten dan 93 kota di seluruh Indonesia.
[ANALISIS] Jokowi lawan Megawati
Sepatutnya pertandingan merebut jawatan Gabenor Jateng adalah proses pemilihan biasa tetapi terdapat drama dan intrig politik tersendiri.
Penyokong Imran Khan tiba di Islamabad walaupun berlaku kematian dan pertempuran
Pertempuran penyokong Imran Khan dengan polis dan renjer separa tentera meragut beberapa nyawa memaksa kerajaan meminta bantuan tentera.
Imigresen, MPAJ gempur apartmen Pandan Mewah, 119 pendatang tanpa izin ditahan
Jabatan Imigresen tahan 119 pendatang dalam operasi bersepadu bersama MPAJ, PDRM dan Jabatan Pendaftaran Negara di Apartmen Pandan Mewah.
Piala Remaja Asia Lelaki: Young Tigers bermula garang, belasah China 5-2
Skuad remaja negara memulakan kempen Kejohanan Hoki Piala Remaja Asia (Lelaki) 2024 dengan cemerlang apabila membelasah China 5-2 dalam aksi pembukaan.
31 diselamatkan, 4 mayat ditemukan selepas bot pelancong karam di Laut Merah
Bot berkenaan yang membawa 44 orang, karam berhampiran bandar pesisir pantai Marsa Alam pada awal pagi Isnin.
Negara EU perlu patuhi waran tangkap ICC terhadap Netanyahu - Ketua Dasar Luar EU
Josep Borell berkata bahawa dwi-standard seperti ini akan membawa kepada kritikan teruk terhadap EU.
PKS perlu segera sepadukan amalan ESG dalam operasi perniagaan - BNM
Penguatkuasaan global dalam peraturan ESG oleh negara tertentu beri kesan kepada pengeksport Malaysia yang terlibat dalam rantaian bekalan.
China akan kuatkuasakan tindakan lebih tegas terhadap penipuan telekomunikasi
Garis panduan ini bertujuan untuk memperkuat penguatkuasaan undang-undang antipenipuan telekomunikasi dan dalam talian negara.
Eksport beras Vietnam melebihi lapan juta tan
Eksport beras Vietnam mencecah 8.05 juta tan setakat 15 Nov, menjana pendapatan sebanyak AS$5.05 bilion.
Semua kementerian, agensi pelancongan diseru kukuhkan kerjasama bersama MOTAC - Ahmad Zahid
Semua kementerian serta agensi yang berkaitan pelancongan diseru mengukuhkan kerjasama khususnya dengan MOTAC bagi menjadikan sektor itu sebagai agenda nasional yang strategik.
Ahmad Zahid puas hati prestasi menteri, timbalan menteri BN dalam Kerajaan Perpaduan
Ahmad Zahid berkata keutuhan BN menerusi hubungan pemimpin dalam kalangan parti komponen juga amat baik dengan kesemuanya mendukung perjuangan gabungan itu.
TPM Zahid tiba di Abu Dhabi, lawatan rasmi pertama ke UAE
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi selamat tiba di Abu Dhabi, bagi memulakan kerja ke Emiriah Arab Bersatu (UAE).
Politeknik Port Dickson diiktiraf institusi TVET terbaik Asia Pasifik - Ahmad Zahid
Politeknik Port Dickson diiktiraf sebagai institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) terbaik di Asia Pasifik.
Ahmad Zahid saran APM pelajari amalan terbaik, tingkat keupayaan
Ahmad Zahid menyarankan agar Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) mempelajari amalan terbaik dari negara lain bagi meningkatkan keupayaan pertahanan awam negara.
Pelan Pemerkasaan Sosioekonomi Belia 2030 perkukuh ekosistem pembangunan belia - Ahmad Zahid
Pelan Pemerkasaan Sosioekonomi Belia 2030 yang dilancarkan hari ini dijangka memperkukuhkan ekosistem pembangunan belia Malaysia menjelang 2030.
Johor negeri pertama miliki majlis pembangunan bakat melalui penubuhan JTDC - TPM
Johor menjadi negeri pertama di Malaysia memiliki majlis pembangunan bakatnya sendiri melalui penubuhan Majlis Pembangunan Bakat Johor (JTDC) yang dilancarkan hari ini.
Belanjawan 2025: RM10 juta untuk bina stadium e-sukan baharu - Ahmad Zahid
Sebanyak RM10 juta daripada keseluruhan RM20 juta yang diperuntukan bagi pembangunan ekosistem e-sukan menerusi Belanjawan 2025, akan digunakan untuk pembinaan stadium e-sukan baharu.
Tragedi tsunami perkukuh komitmen ASEAN mengenai keperluan kurangkan risiko bencana
Tragedi tsunami memperkukuh komitmen antara negara ASEAN tentang keperluan mendesak agar setiap usaha berterusan diselaraskan bagi mengurangkan risiko bencana.
Ahmad Zahid hadiri Mesyuarat Menteri-Menteri ASEAN mengenai pengurusan bencana
Mesyuarat berkenaan membabitkan wakil dari negara-negara angota ASEAN yang terlibat secara langsung dalam pengurusan risiko bencana.