IPOH: Keputusan kerajaan dalam mengurangkan peruntukan pembangunan Ahli Parlimen dikhuatiri akan memberi kesan kepada pembangunan dan kebajikan rakyat termiskin di kawasan-kawasan yang diwakili.
Ahli Parlimen Ipoh Timur, Howard Lee Chuan How berkata, peruntukan berkenaan amat diperlukan terutama bagi keperluan mendesak dalam menaik taraf infrastruktur yang daif seperti jalan raya, sekolah, rumah dan sebagainya.
Bercakap kepada Astro AWANI, beliau berharap perkara itu dapat dibawa ke persidangan Parlimen yang akan datang agar ia dibincang dan dilihat semula, demi kepentingan rakyat di peringkat akar umbi.
Selain itu katanya lagi, walaupun kerajaan memberi jaminan untuk mempertimbang penyaluran peruntukan segera bagi projek-projek mendesak, namun ujarnya, ia dikhuatiri akan memakan masa untuk diluluskan.
“Saya khuatir sekiranya ia (peruntukan) bukan melalui institusi yang paling dekat dengan rakyat iaitu wakil rakyat, perkara itu mungkin akan melengahkan atau melambatkan proses pelaksanaan dan penyampaian.
“Walau bagaimanapun, Parlimen bakal bersidang. Suara, hujah dan mesej yang saya sampaikan tadi pastinya akan berulang-ulang dalam Parlimen. Harap-harap kita akan mencapai satu keadaan yang boleh membantu mengawal keadaan kewangan negara seperti yang dicanangkan oleh Perdana Menteri.
“… dan juga tidak membawa kegusaran atau kesusahan di peringkat akar umbi, baik untuk maksud kebajikan rakyat yang termiskin, mahupun bagi menaikkan taraf infrastruktur, misalnya pendidikan, balai polis, jambatan, longkang dan taman-taman seperti ini,” ujar beliau.
Howard Lee berkata demikian ketika ditemui pada majlis sambutan Tahun Baharu Cina di Taman Pinggir Sungai Pinji, pada Sabtu.
Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan mengesahkan peruntukan pembangunan kepada Ahli Parlimen akan dikurangkan tahun ini sebagai langkah mengawal perbelanjaan negara.
Menurut Anwar, peruntukan itu akan diselaraskan dengan pejabat daerah dan pegawai kemajuan negeri dan disalurkan secara berperingkat dan mengikut keperluan.
Ahli Parlimen Tambun itu sebelum ini mengulas laporan media yang menyatakan peruntukan kawasan untuk Ahli Parlimen dikurangkan lebih 65 peratus iaitu daripada RM3.8 juta kepada RM1.3 juta pada tahun ini.
Amirrul Rabbani
Sat Feb 04 2023
Howard Lee berkata, peruntukan berkenaan amat diperlukan terutama bagi keperluan mendesak dalam menaik taraf infrastruktur yang daif. - Gambar fail
Liga Super: KDNFC turunkan harga tiket perlawanan pertama
Kelantan Darul Naim FC (KNDFC) menurunkan harga tiket bagi perlawanan pertama pada Liga Super 2024/25 menentang Sabah di Stadium Sultan Muhammad IV.
Lori tangki bawa minyak masak terpakai terbabas di Lebuhraya Karak
Lori tangki jenis Volvo itu dalam perjalanan dari Kuantan menuju Pelabuhan Klang.
Monsun Barat Daya dijangka bermula Jumaat, taburan hujan lebih rendah - MetMalaysia
Monsun Barat Daya dijangka bermula Jumaat ini dan akan berterusan hingga September, menyebabkan kebanyakan tempat di seluruh negara mengalami bilangan hari tanpa hujan lebih banyak.
Keluarga harap proses hantar pulang jasad kru kapal ke Malaysia dipercepat
Keluarga Muhammad Isa Muhammad Veeramohan, 31, kru kapal warga Malaysia yang maut di Bangladesh Rabu lepas, berharap kerajaan membantu percepat penghantaran pulang jenazah.
Pantau Belanjawan 2023: Menjamin kelestarian bandar, dan keselamatan orang ramai
Secara umumnya, statistik kes pokok tumbang menunjukkan peningkatan di seluruh negara. Pada 2021, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) melaporkan 3,081 kes dan meningkat kepada 3,358 kejadian pada tahun berikutnya. Bagi tahun 2023 pula, sebanyak 499 kes dilaporkan hanya dalam tempoh Januari hingga Februari.
Perhilitan tangkap gajah liar ganggu penduduk di Dabong
Perhilitan Kelantan menangkap seekor gajah jantan liar yang mengganggu kehidupan penduduk sekali gus memberikan kelegaan di Kampung Kemubu, Dabong di sini pada Isnin.
AWANI Ringkas: Mohon dibicarakan kes bunuh | Lambakan graduan kejuruteraan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Pasukan Manchester United paling teruk saya pernah lihat'
Alan Shearer berpendapat pasukan Manchester United ketika ini adalah pasukan paling teruk pernah dilihatnya.
14 maut, 70 cedera akibat papan iklan runtuh di India
Sekurang-kurangnya 14 orang maut dan lebih 70 lagi cedera selepas papan iklan tumbang semasa ribut kuat di ibu negara kewangan India, Mumbai pada Isnin.
Menurut pihak berkuasa, sebuah jengkaut sedang digunakan bagi menggali serpihan ketika penyelamat berusaha mencari mangsa yang terselamat selepas papan tanda itu runtuh di sebuah stesen minyak di timur bandar itu, memerangkap berpuluh-puluh orang di bawahnya.
Menurut pihak berkuasa, sebuah jengkaut sedang digunakan bagi menggali serpihan ketika penyelamat berusaha mencari mangsa yang terselamat selepas papan tanda itu runtuh di sebuah stesen minyak di timur bandar itu, memerangkap berpuluh-puluh orang di bawahnya.
[TERKINI] Monsun Barat Daya mula 17 Mei hingga September, taburan hujan lebih rendah
Jabatan Meteorologi Malaysia maklumkan Monsun Barat Daya dijangka bermula pada 17 Mei ini dan berterusan hingga September depan.
Sokong PM: Ahli Parlimen Kuala Kangsar dedah sudah terima peruntukan
Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid mengakui beliau sudah mula menerima peruntukan daripada Kerajaan Perpaduan.
'Siapa berani lompat, silakan' - Sanusi
Muhammad Sanusi mencabar mana-mana wakil rakyat pembangkang yang berhasrat untuk beralih arah dan berada sebaris dengan kepimpinan blok kerajaan.
Muhyiddin mohon peruntukan RM300,000 kepada Ahli Parlimen bantu mangsa banjir
Ahli Parlimen Pagoh itu turut mencadangkan supaya jumlah bantuan berkenaan dinaikkan.
Peruntukan Ahli Parlimen dipotong: Khuatir beri kesan kepada pembangunan, kebajikan rakyat - Howard Lee
Howard Lee berkata, peruntukan berkenaan amat diperlukan terutama bagi keperluan mendesak dalam menaik taraf infrastruktur yang daif.
'Ahli Parlimen pembangkang dapat peruntukan, tapi kuranglah' - PM
Ahli Parlimen pembangkang hanya akan dapat RM100,000 bagi setiap kawasan, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.