KUALA LUMPUR: Data terkini pertumbuhan ekonomi negara, keadaan fiskal, hutang kerajaan serta kaedah mengurangkan defisit dan hutang itu antara persoalan yang akan dibangkitkan pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Menurut Aturan Urusan Mesyuarat dalam laman sesawang Parlimen, perkara itu terkandung semasa sesi soal jawab yang akan diajukan Datuk Seri Ahmad Maslan (BN-Pontian) kepada Menteri Kewangan.
Turut terkandung dalam sesi itu adalah soalan Dr Maszlee Malik (PH-Simpang Renggam) kepada Menteri Komunikasi dan Multimedia mengenai usaha dan inisiatif kementerian untuk membantu para pelakon serta artis menyimpan di Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) demi masa depan dan saraan hari tua mereka.
Ahmad Fadhli Shaari (PAS-Pasir Mas) pula meminta Menteri Kanan Pendidikan menyatakan usaha kementerian bagi menangani isu bebanan beg sekolah berat yang ditanggung oleh pelajar khususnya di sekolah rendah.
Selain itu, pertanyaan mengenai status terkini projek-projek solar di bawah Projek Solar Berskala Besar Pusingan Ketiga (LSS3) dan Program Solar Berskala Besar Bagi Menarik Pelaburan Tenaga Boleh Diperbaharui (LSS@MenTARI) akan dibangkitkan oleh Yeo Bee Yin (PH-Bakri) kepada Menteri Tenaga dan Sumber Asli.
Turut ditanya adalah mengenai usaha dan perancangan kementerian untuk mengurangkan bilangan gelandangan di seluruh negara yang diajukan oleh Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof (Bersatu-Alor Gajah) kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
Selesai sesi tersebut, bacaan kali pertama Rang Undang-undang Perlembagaan (Pindaan) 2022 serta Rang Undang-undang Kawalan Padi dan Beras (Pindaan) 2022 masing-masing dijangka dikemukakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertanian dan Industri Makanan.
Turut dijangka menjadi tumpuan adalah sesi bacaan kali kedua Rang Undang-undang Kerja (Pindaan) 2021, Rang Undang-undang Kawalan Bekalan (Pindaan) 2021 dan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2021) 2022.
Dewan Rakyat bersidang hingga 24 Mac ini.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 21 2022

Menurut Aturan Urusan Mesyuarat dalam laman sesawang Parlimen, perkara itu terkandung semasa sesi soal jawab yang akan diajukan Datuk Seri Ahmad Maslan (BN-Pontian) kepada Menteri Kewangan. - Foto fail
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Tel Aviv
Hamas mendakwa mereka menyerahkan mayat Shiri Bibas pada Jumaat, selepas kesilapan dalam penyerahan sebelum ini.

Bendang berselut tebal, beberapa lokasi aktiviti PAT 2025 berubah
Majlis perasmian PAT 2025 yang dijadualkan disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada petang ini dibatalkan.

UiTM sedia bantu kerajaan bangun ekosistem perkasa STEM
Bagi memastikan aspirasi itu direalisasikan, aspek inovasi dan penyelidikan perlu diberikan tumpuan.

2024, tahun untuk laksana kerangka Ekonomi MADANI - Amir Hamzah
Amir Hamzah berkata kerajaan telah meletakkan garis panduan yang jelas bagi kemajuan ekonomi.

Cadangan kekal MB Selangor, perlu diterjemah kemenangan dalam PRN - Amirudin
Amirudin berterima kasih atas cadangan Anwar untuk mengekalkan beliau sebagai Menteri Besar Selangor namun gabungan Kerajaan Perpaduan perlu bersungguh-sungguh menterjemahkan kemenangan pada PRN.

Kita perlu berubah kepada model gaji progresif - Pakar ekonomi
Pertumbuhan ekonomi negara sudah semakin baik dan pembaharuan boleh dilaksanakan bermula dengan menyemak semula kadar gaji minimum.

Ketepikan perbezaan politik, tumpu usaha pacu ekonomi negara
Setiap parti politik seharusnya berusaha keras untuk menterjemahkan manifesto yang telah dinyatakan semasa PRU15.

Pertumbuhan ekonomi negara, hutang kerajaan antara fokus Dewan Rakyat hari ini
Perkara itu terkandung semasa sesi soal jawab yang akan diajukan Datuk Seri Ahmad Maslan (BN-Pontian) kepada Menteri Kewangan.