PUTRAJAYA: Tahun 2024 akan tertumpu kepada pelaksanaan Kerangka Ekonomi MADANI dan semua dasar yang diumumkan oleh kerajaan pada tahun lepas, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
Beliau berkata kerajaan telah meletakkan garis panduan yang jelas bagi kemajuan ekonomi.
"Kami yakin kami akan berupaya mengharungi perjalanan untuk melaksanakan kerangka Ekonomi MADANI tahun ini dan semua dasar yang kita umumkan pada tahun lepas," katanya kepada Bernama dalam temu bual pertamanya sejak dilantik sebagai Menteri Kewangan II pada Disember tahun lepas.
Beliau berkata terdapat isyarat bahawa persekitaran inflasi global menjadi lebih stabil, yang akan membantu meningkatkan pertumbuhan ekonomi global, termasuk Malaysia.
"Malaysia dijangka berada di landasan bagi meraih pertumbuhan dan Kementerian Kewangan yakin ekonomi Malaysia akan berkembang antara empat dan lima peratus pada 2024 meskipun berdepan cabaran global," kata Amir Hamzah.
Pertumbuhan ekonomi negara untuk tahun ini juga akan dipacu oleh pelaburan langsung asing (FDI) dan pelaburan langsung domestik (DDI) yang mampan, katanya.
Amir Hamzah berkata pada 2023, kerajaan telah menetapkan strategi yang berkesan dari segi bagaimana ia akan melaksanakan kemajuan, dan dengan itu memperkenalkan kerangka Ekonomi MADANI.
Di bawah kerangka itu, kerajaan telah mewujudkan dasar yang kukuh seperti Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara, Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 dan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia ke-12.
"Idea keseluruhannya adalah bagi mendapatkan hala tuju lebih jelas yang ingin dicapai supaya setiap orang yang berhasrat datang (dan melabur) di Malaysia jelas mengenai fokus negara ini," katanya.
Menyangkal dakwaan mengenai ketidakupayaan kerajaan MADANI untuk memulihkan ekonomi, Amir Hamzah berkata ekonomi Malaysia merupakan ekonomi terbuka yang banyak dipengaruhi oleh persekitaran luaran.
"Anda tidak boleh menggunakan satu ukuran sebagai isyarat sama ada ia lebih baik atau lebih buruk. Anda memerlukan sedikit masa untuk melihat sama ada terdapat penambahbaikan dalam keseluruhan aspek.
"Anda perlu memberikan masa kepada strategi Ekonomi MADANI untuk dilaksanakan dan pada masa sama, keutamaan segera untuk diselesaikan," katanya.
Amir Hamzah berkata, rakyat Malaysia perlu menghargai kepentingan struktur tadbir urus yang lebih baik untuk negara.
"Perjuangan menentang rasuah dan dorongan untuk meningkatkan kecekapan bertujuan untuk menawarkan perkhidmatan dan mekanisme penyampaian yang lebih baik kepada masyarakat," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 19 2024

Amir Hamzah berkata terdapat isyarat bahawa persekitaran inflasi global menjadi lebih stabil, yang akan membantu meningkatkan pertumbuhan ekonomi global, termasuk Malaysia. --fotoBERNAMA
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.

Tuduhan KWSP rugi jual saham MAHB tidak berasas, catat pendapatan pelaburan RM63.48b
Tuduhan bahawa Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengalami kerugian daripada penjualan saham Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) disifatkan sebagai tidak berasas.

KWSP tidak rugi, raih RM102 juta daripada penjualan saham MAHB - Amir Hamzah
Beliau berkata prestasi saham MAHB yang mengatasi KLCI sebanyak 11.47 peratus pada 2023 turut menjadi faktor utama strategi penjualan saham.

MOF jangka peruntukan Kampung Angkat MADANI dibelanjakan sepenuhnya tahun ini
Peruntukan itu, yang diumumkan dalam Belanjawan 2024, bertujuan merapatkan jurang antara desa dan bandar dengan menyediakan kemudahan diperlukan.

Sumbangan asas Rahmah bantu rancak ekonomi setempat - Amir Hamzah
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) bukan hanya membantu penerima yang layak menangani kos sara hidup tetapi juga turut merancakkan ekonomi setempat.

Parlimen: Peningkatan inflasi perubatan punca tuntutan insurans kesihatan naik
Peningkatan berterusan inflasi kos perubatan menyebabkan kadar tuntutan insurans dan takaful perubatan dan kesihatan (MHIT) semakin meningkat.

Parlimen: Lebih RM50 juta dibelanjakan oleh 700,000 penerima SARA setakat semalam
Lebih RM50 juta telah dibelanjakan oleh 700,000 penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) kategori miskin dan miskin tegar setakat semalam (5 Feb).

JS-SEZ akan lonjak kemajuan ekonomi Malaysia-Singapura
Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) adalah bukti visi bersama Malaysia dan Singapura dalam usaha saling melengkapi kelebihan negara untuk memacu kemajuan ekonomi.

Ekonomi Malaysia dijangka tumbuh lebih 5.0 peratus pada 2025 - Amir Hamzah
Ekonomi Malaysia dijangka mengekalkan pertumbuhan yang stabil melebihi 5.0 peratus pada 2025, disokong oleh pelaburan strategik, pengurusan fiskal yang kukuh dan daya tahan ekonomi.

Nilai ringgit kukuh, inflasi terkawal petanda positif lonjakan pertumbuhan negara
Nilai Ringgit yang kembali pulih, inflasi kekal terkawal serta kadar pengangguran kekal rendah merupakan antara petanda positif yang akan melonjakkan keyakinan terhadap pertumbuhan ekonomi negara.

BNM umum langkah atasi kenaikan kadar premium insurans minggu depan - Amir Hamzah
Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengumumkan butiran lanjut mengenai langkah-langkah interim bagi mengatasi kenaikan kadar premium insurans pada minggu hadapan.