DOHA: Pertemuan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan rakan sejawat Sheikh Mohammed bin Abdulrahman Al Thani pada Isnin ini, dijangka menjadi medan terbaik untuk Malaysia memahami perkembangan terkini di Gaza yang disifatkan semakin meruncing susulan kekejaman berterusan rejim Zionis.
Kali terakhir kedua-duanya bertemu adalah ketika lawatan rasmi Anwar ke Riyadh, Arab Saudi bulan lepas, yang turut berkisar mengenai konflik berkenaan.
Duta Besar Malaysia ke Qatar, Zamshari Shaharan berkata, Malaysia melihat peranan Qatar sangat signifikan dalam konflik terbabit memandangkan negara Asia Barat itu merupakan ‘orang penting’ dalam rundingan antara Palestin dan Israel.
"Mereka (Qatar) cuba memainkan peranan sebagai mediator, mungkin tanggapan (sesetengah pihak), sibuk sahaja, di mana ada krisis, di situlah mereka (Qatar), tetapi mereka percaya pada dialog. Mereka cuba mengadakan dialog, bercakap dan mencari ke arah jalan penyelesaian yang kekal iaitu genjatan senjata kekal.
"Dasar mereka ialah untuk berdialog dan diplomasi pencegahan...," katanya sambil menekankan bahawa Malaysia mahu melihat satu jalan penyelesaian (dalam isu konflik Palestin-Israel) terutama menerusi rundingan tersebut.
Zamshari berkata, pertemuan kali ini juga dilihat sebagai kemungkinan untuk Malaysia bersama-sama dengan Qatar menyalurkan bantuan terutama dengan pihak Qatar menjadi harapan dalam rundingan berkenaan.
"Qatar sendiri menyediakan air bridge iaitu mengadakan saluran bantuan secara langsung daripada Doha ke (Pelabuhan) Al-Arish (Mesir) untuk menyelaras bantuan mereka dan dalam perbincangan saya dengan pegawai-pegawai kanan di sini, mereka bersedia untuk membantu Malaysia bersama-sama menyalurkan bantuan kemanusiaan melalui saluran yang telah mereka sediakan dan terbina selama beberapa bulan sejak krisis berlaku," katanya kepada pemberita di Kedutaan Malaysia, di sini.
Perdana Menteri yang dijangka tiba di Doha malam ini, akan memulakan lawatan rasmi selama tiga hari ke negara Asia Barat itu atas jemputan Amir Qatar Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani selain menghadiri Forum Ekonomi Qatar.
Terdahulu, Anwar menzahirkan kesediaan Malaysia untuk bekerjasama dengan Qatar dan negara lain di rantau Asia Barat bagi memberikan rawatan kepada rakyat Palestin yang cedera akibat keganasan rejim Zionis, ketika pertemuan beliau dengan Sheikh Mohammed yang juga Menteri Luar Qatar itu di Riyadh.
Pada pertemuan itu, Anwar turut menyatakan sokongan terhadap peranan Qatar sebagai pengantara dalam isu Palestin, selain memaklumkan penghantaran bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Setakat bulan lepas, Malaysia telah menerbangkan 100 tan barangan bantuan ke kawasan dilanda konflik itu, 20 tan lagi dihantar menerusi jalan laut manakala 1,500 tan diagih melalui badan bukan kerajaan.
Terkini, Malaysia menerusi satu kenyataan dikeluarkan Wisma Putra pada Sabtu (11 Mei), mengalu-alukan Resolusi Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) yang menggesa Majlis Keselamatan PBB mempertimbangkan semula permohonan Palestin sebagai Anggota Penuh PBB, selepas permohonan tersebut digagalkan oleh satu undi veto pada bulan lepas.
Resolusi berkenaan diluluskan semasa Sesi Kecemasan Khas Ke-10 di Perhimpunan Agong PBB pada 10 Mei tahun ini telah disokong oleh 143 negara, sembilan menentang dan 25 berkecuali.
Justeru, Wisma Putra berkata Malaysia akan meneruskan usaha ke arah penubuhan negara Palestin yang merdeka dan berdaulat berdasarkan sempadan pra-1967 dengan Baitulmuqaddis Timur sebagai ibu negara serta kemasukan Palestin sebagai anggota penuh PBB.
Pertempuran antara Palestin dan Israel, yang kini memasuki tempoh lebih tujuh bulan sejak 7 Okt tahun lepas, telah meragut lebih 34,000 nyawa rakyat Palestin. - Bernama
Bernama
Sun May 12 2024
Zamshari berkata, Malaysia melihat peranan Qatar sangat signifikan dalam konflik terbabit memandangkan negara Asia Barat itu merupakan ‘orang penting’ dalam rundingan antara Palestin dan Israel. - Gambar Bernama
#AWANIRingkas 28 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 28 Disember 2024
1️⃣ TPM sahkan tiada pengumuman setakat ini
2️⃣ Tingkat penguatkuasaan secara digital
3️⃣ Menteri Kanan dakwa pesawat terkena serangan senjata
#awaniringkas
1️⃣ TPM sahkan tiada pengumuman setakat ini
2️⃣ Tingkat penguatkuasaan secara digital
3️⃣ Menteri Kanan dakwa pesawat terkena serangan senjata
#awaniringkas
AWANI Ringkas: Isu kenaikan tarif TNB
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Pagi: Dua Dekad - Wak Kolak manifestasi wanita Aceh pasca tsunami
Dua dekad lalu, Ibu Bundiyah atau Wak Kolak dan 57 individu lain terselamat daripada bencana tsunami terburuk dalam sejarah. Ikuti kisah manifestasi wanita cekal ini, bangkit semula pasca tragedi dalam Awani Pagi 7.30 pagi Sabtu.
Melaka umum dua bantuan khas kewangan minimum RM 2,600
Penjawat awam Negeri Melaka akan menerima dua bantuan khas kewangan bagi menghargai khidmat mereka sepanjang 2024.
Festival Light and Motion Putrajaya sasar kehadiran sejuta pengunjung
Mempromosi Putrajaya sebagai destinasi pelancongan bertaraf antarabangsa melalui penganjuran festival seni cahaya dan teknologi yang unik.
China kenakan sekatan terhadap syarikat tentera AS
China umum sekatan terhadap tujuh syarikat tentera AS berikutan penjualan senjata ke Taiwan, menegaskan sokongan AS akan membahayakan keamanan serantau.
China lancar Sichuan, kapal amfibia generasi baharu
China melancarkan kapal amphibia generasi baharu, Type 0-7-6, dinamakan Sichuan, untuk memperkukuh tentera laut dengan teknologi inovatif seperti katapel elektromagnetik dan sistem penangkap.
Korea Utara alami korban besar – AS
Tentera Korea Utara dilaporkan mengalami korban besar di medan perang Rusia-Ukraine.
Menurut jurucakap White House, John Kirby, seribu anggota dilaporkan terbunuh atau cedera minggu lalu di wilayah Kursk, Rusia.
Menurut jurucakap White House, John Kirby, seribu anggota dilaporkan terbunuh atau cedera minggu lalu di wilayah Kursk, Rusia.
Iran tarik balik larangan ke atas WhatsApp & Google Play
Iran kurangkan sekatan internet dengan menarik balik larangan WhatsApp dan Google Play. Langkah ini mencetuskan perbincangan tentang penapisan dan akses media sosial global.
Presiden Jerman bubarkan Parlimen untuk pilihan raya
Steinmeier arahkan pilihan raya awal susulan kejatuhan gabungan kerajaan Scholz. Tinjauan menunjukkan parti Scholz ketinggalan di belakang blok konservatif pembangkang.
Pertemuan Anwar, Sheikh Mohammed medan terbaik Malaysia faham situasi terkini di Gaza
Malaysia melihat peranan Qatar sangat signifikan memandangkan negara itu merupakan orang penting dalam rundingan antara Palestin dan Israel.
Malaysia dan Qatar komited perkukuh hubungan dua hala - Azmin
Mohamed Azmin berkata beliau telah mengadakan pertemuan yang sangat bermakna dengan Perdana Menteri Qatar Sheikh Khalid.