KUALA LUMPUR: Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Antony J. Blinken yang kali pertama melakukan lawatan rasmi ke Malaysia dan Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdulllah hari ini mengadakan mesyuarat dua hala yang membuahkan hasil.
"Perbincangan kami adalah secara terbuka meliputi pelbagai bidang dan hubungan antara kedua-negara negara telah pun kukuh," kata Saifuddin semasa sesi dialog bersama pemuzik cacat pendengaran Jeshurun Vincent yang telah melawat 102 negara dan banyak menyumbang kepada diplomasi budaya.
Blinken tiba di Kuala Lumpur pada malam Selasa untuk lawatan kerja dua hari. Beliau sebelum ini singgah di Jakarta, Indonesia dan akan meneruskan kunjungannya ke Bangkok, Thailand.
Terdahulu, Saifuddin dalam ucapan aluan pada mesyuarat dua hala dengan Blinken berkata, boleh dikatakan bahawa Perkongsian Komprehensif Malaysia-AS kukuh sejak sekian ama dan percaya hubungan itu akan menjadi semakin kukuh dan menyeluruh.
Antara topik perbincangan bersama Blinken termasuk mengukuhkan kerjasama pelbagai hala dalam sektor perdagangan dan pelaburan, ekonomi digital, keselamatan siber, pertahanan, kesihatan dan hubungan antara rakyat kedua-dua negara.
Pada pertemuan itu, kedua-dua pemimpin turut bersetuju menyambung semula Dialog Peringkat Pegawai Kanan Malaysia-AS bagi berbincang dan bertukar-tukar pandangan mengenai isu membabitkan kepentingan bersama.
Oleh kerana AS menjadi rakan kongsi penting ASEAN dalam bidang ekonomi digital serantau yang semakin maju, Saifuddin menggesa supaya benar-benar menimbang melabur dalam pembentukan syarikat pemula bernilai tinggi serta dalam inisiatif lain di bawah MyDIGITAL.
Mengenai keselamatan Siber, Saifuddin turut mengambil kesempatan untuk mendapatkan sokongan dan bantuan AS dalam pembangunan sebuah Pusat Perkongsian dan Analisis Maklumat (ISAC) di Malaysia, sama seperti entiti yang sudah dibentuk di AS.
Kedua-dua pemimpin turut menyentuh mengenai cabaran pandemik COVID-19 dan akses vaksin secara saksama di seluruh dunia.
Saifuddin turut meminta rakan sejawatannya untuk menyampaikan penghargaan kepada Presiden AS, Joe Biden dengan menyatakan bahawa Malaysia menghargai peranan AS dan sokongannya terhadap Kepusatan ASEAN serta amat mengalu-alukan penyertaan aktif AS di ASEAN.
AS adalah satu daripada rakan kongsi penting dalam pelaksanaan ASEAN Outlook mengenai Indo-Pasifik (AOIP).
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 15 2021
Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Antony J. Blinken yang kali pertama melakukan lawatan rasmi ke Malaysia dan Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdulllah hari ini mengadakan mesyuarat dua hala yang membuahkan hasil. - Foto BERNAMA
AWANI Pagi: Menjual Kuantan 188 untuk pembangunan pantai timur
Ikuti diskusi siaran luar Awani Pagi dari menara Kuantan 188 bersama Khalisa Azman, Pengurus Besar Kuantan 188 membincangkan mengenai perancangan dan inisiatif tahun depan untuk "menjual" Kuantan 188 bagi pembangunan di kawasan pantai timur.
Penumpang Azerbaijan Airlines pakai topeng oksigen sebelum terhempas
Penumpang pesawat Embraer EMBR3 Azerbaijan Airlines dilihat memakai topeng oksigen kabin sebelum pesawat itu terhempas di lapangan terbang Aktau, Kazakhstan pada Rabu.
Rusia kerah pesawat khas, bawa pulang warganya yang selamat
Pesawat IL-76 tersebut membawa pasukan doktor dan pakar psikologi, selain peralatan perubatan penting.
Gereja tertua Syria kembali raikan Krismas
Penganut Kristian di Syria kembali meraikan perayaan hari Krismas di Gereja Lady of Damascus, Damsyik.
Lelaki cuba terjun dari tingkat 9 berjaya diselamatkan
Polis berjaya menyelamatakan lelaki berusia 48 tahun yang cuba membunuh diri dengan terjun dari beranda tingkat sembilan sebuah kondominium di Bandar Tun Hussein Onn,
Pakar mata rawat Anwar ketika di penjara meninggal
Pakar mata, Datuk Dr Ahmad Shukri Mohamed yang merawat mata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa beliau berada dalam tahanan polis pada 1998 meninggal dunia.
Ribut salji: lebih 200,000 rumah putus bekalan elektrik di Bosnia dan Balkan
Lebih 200,000 rumah di seluruh Bosnia dan Herzegovina masih terputus bekalan elektrik untuk hari kedua pada Rabu selepas ribut salji menyebabkan gangguan meluas di beberapa negara Balkan.
Israel dakwa akan terus kawal keselamatan Gaza
IDF akan bertindak dengan apa cara sekalipun untuk menghapuskan sebarang cubaan yang berpotensi mengancam negara itu atau anggotanya.
Rusuhan penjara: 33 maut, 15 cedera di Mozambique
Rusuhan di sebuah penjara di ibu kota Mozambique, Maputo, telah meragut nyawa 33 orang dan mencederakan 15 yang lain.
Rusia kerah pesawat khas, bawa pulang warganya yang selamat
Kementerian Kecemasan Rusia pada Rabu mengumumkan penghantaran sebuah pesawat khas ke Kazakhstan untuk membawa pulang warganegara Rusia yang terselamat dalam nahas pesawat berhampiran bandar Aktau.
Menerusi kenyataan kementerian itu, pesawat IL-76 tersebut membawa pasukan doktor dan pakar psikologi, selainperalatan perubatan penting.
Menerusi kenyataan kementerian itu, pesawat IL-76 tersebut membawa pasukan doktor dan pakar psikologi, selainperalatan perubatan penting.
Blinken, Saifuddin bincang pertingkat keamanan dan kemakmuran di rantau Indo-Pasifik
Kedua-dua mereka turut berkongsi perspektif mengenai pembangunan Rangka Kerja Ekonomi Indo-Pasifik dan menyemak pendirian mereka mengenai perang Kremlin menentang Ukraine.
Blinken pendekkan lawatan ke Asia Tenggara
Ia berikutan seorang daripada wartawan yang mengikuti rombongan beliau disahkan positif COVID-19 selepas tiba di Malaysia.
AS bentuk kerangka ekonomi baharu, manfaatkan Malaysia
Amerika Syarikat bakal merangka kerangka baharu ekonomi khususnya buat rantau Indo-Pasifik yang turut akan memanfaatkan Malaysia.
AS komited tangani perubahan iklim, bantu negara lain - Blinken
AS komited dalam menerajui agenda perubahan iklim dan memenuhi ikrarnya pada Persidangan Ke-26 Konvensyen Rangka Kerja Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
Pertemuan antara Blinken dan Saifuddin berhasil
Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Antony J. Blinken yang kali pertama melakukan lawatan rasmi ke Malaysia dan Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdulllah hari ini mengadakan mesyuarat dua hala yang
Satu kes positif COVID-19 libatkan delegasi Blinken
Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Kuala Lumpur telah memaklumkan kepada kerajaan Malaysia mengenai kes positif COVID-19 membabitkan delegasi yang mengiringi Setiausaha Negara AS Antony J. Blinken.