KUALA LUMPUR : Malaysia perlu beralih dari 'zaman penafian' kepada 'zaman pemulihan' bagi menyelesaikan isu pertembungan secara langsung dan tidak langsung antara manusia dan hidupan liar.
Penyelidik Utama Kumpulan Integrasi Oasis (OIG), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Muhammad Abdul Latiff Abu Bakar berkata, setiap masyarakat perlu ada sikap bertanggungjawab bagi memulihkan ekosistem flora dan fauna di Malaysia, sekali gus mengelak pertembungan dengan haiwan liar.
"Kita perlu terima hari ini yang pertama ialah keluar dari zaman penafian. Kita menafikan... (kita kata) perlombongan tidak menyebabkan pencemaran, atau memusnahkan habitat, pembalakan tidak mengancam kepupusan, pembukaan penempatan penerokaan ladang itu tidak menyebabkan gangguan.
"Kita kena keluar dari zaman penafian ini kerana ini fakta. Apabila kita melakukan perkara itu secara tidak lestari, itu akan menyebabkan pertembungan. Itu yang pertama. Kita harus bergerak ke arah zaman pemulihan bukan lagi penafian," katanya kepada Astro AWANI pada Khamis.
BACA: Hari Hidupan Liar Sedunia: Meraikan spesies ikonik Borneo
Mengulas lanjut, beliau berkata, contoh pertembungan manusia dan hidupan liar secara langsung ialah apabila binatang masuk ke kawasan penempatan, melakukan serangan dan memusnahkan harta benda, selain manusia memperdagangkan haiwan liar secara haram.
Katanya, pertembungan secara tidak langsung pula tidak berlaku pada ruang dan masa yang sama.
"Sebagai contoh, apabila keputusan dibuat pemegang taruh yang menyebabkan kemusnahan kepada hidupan liar susulan aktiviti perlombongan, pembalakan, pembukaan tanah sebagai kawasan industri, pembinaan lebuh raya dan sebagainya," jelasnya.
Ketika ini hanya agensi terpencil sahaja yang melakukan usaha menyelamatkan hidupan liar termasuk Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan).
Namun, katanya Malaysia tidak seharusnya mengharapkan kepada penguatkuasaan undang-undang semata-mata untuk menghukum mereka yang merosakkan ekosistem flora dan fauna, sebaliknya perlu juga kembali kepada usaha mendidik dan memberi kesedaran.
Ia berikutan, undang-undang dan hukuman adalah benteng terakhir kepada penyelesaian pemuliharaan alam sekitar.
Justeru katanya, rakyat Malaysia perlu menambah baik nilai murni dan etika terhadap alam semula jadi serta memupuk sikap berkenaan di awal usia lagi.
Malah katanya, langkah jangka panjang itu dilihat lebih berkesan berbanding kesedaran sementara yang lahir hanya apabila sesuatu isu alam sekitar itu tular di media sosial.
BACA: Pendidikan alam semula jadi harapan pemulihan hidupan liar Malaysia
BACA : Pengecilan habitat antara cabaran konservasi hidupan liar - Perhilitan
Rahimah Abdullah
Thu Mar 03 2022

Setiap masyarakat perlu ada sikap bertanggungjawab bagi memulihkan ekosistem flora dan fauna di Malaysia, sekali gus mengelak pertembungan dengan haiwan liar. - Gambar fail/ Ihsan pembaca
#AWANIRingkas 12 Mac 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 12 Mac 2025
1️⃣ Pengarah syarikat terbabit pengubahan wang haram direman
2️⃣ Dana RM1.1 bilion bukan 'bailout'
3️⃣ Tujuh lelaki ditahan berkaitan dadah di bazar Ramadan
#awaniringkas
1️⃣ Pengarah syarikat terbabit pengubahan wang haram direman
2️⃣ Dana RM1.1 bilion bukan 'bailout'
3️⃣ Tujuh lelaki ditahan berkaitan dadah di bazar Ramadan
#awaniringkas

Kastam rampas mercun, bunga api bernilai lebih RM200,000 di Pulau Pinang
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Pulau Pinang merampas 1,186 karton mercun dan bunga api pelbagai jenama bernilai lebih RM200,000, dalam dua serbuan di Seberang Jaya dan Simpang Ampat.
Agenda AWANI: Bina semula Gaza, tolak usir rakyat Palestin
Sejauh mana Pelan Pembangunan Semula Gaza oleh Mesir dan negara Arab yang dianggarkan bernilai kos AS$53 bilion dalam tiga fasa ini realistik untuk dilaksanakan dalam tempoh lima tahun? Diskusi 9 malam
LCS 1 diserah Ogos 2026, pembinaan LCS 2-5 ikut jadual
Kapal Tempur Pesisir (LCS) 1 bakal diserahkan kepada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) pada Ogos 2026, manakala LCS 2 hingga 5 sedang dalam pembinaan mengikut jadual yang telah ditetapkan.

MOTAC perkasa inap desa, tingkat kemahiran pengusaha
Kerajaan terus komited memperkasa komuniti inap desa dengan meningkatkan kemahiran pengusaha melalui bantuan pembangunan kapasiti khususnya dalam program Pengalaman Homestay Malaysia (PPHM).

Rasuah pendaftaran kelahiran: 12 individu direman, empat dibebaskan dengan jaminan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman 12 individu bagi membantu siasatan kes rasuah membabitkan pendaftaran lewat kelahiran.

Wartawan portal berita didakwa tuduhan rasuah Jumaat ini - Azam Baki
Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki ketika mengesahkan perkara itu berkata tindakan tersebut diambil selepas perkara itu dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya hari ini.

Wakil wanita dalam pengurusan kanan dijangka turun kepada 36.2 peratus pada 2025
Laporan bertajuk Women in Business oleh Grant Thornton mendedahkan berlaku penurunan yang membimbangkan melibatkan perwakilan wanita dalam jawatan pengurusan kanan di Malaysia.

1,821 veteran terima kenaikan kadar pencen hilang upaya
Sebanyak 1,821 veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang mengalami kecederaan semasa dalam perkhidmatan menerima Kenaikan Kadar Pencen Hilang Upaya (PHU) yang berkuat kuasa 1 Jan lepas.
AWANI Borneo [12/3/2025] – Peruntukan baik pulih| Balik kampung| Pendidikan Tinggi Percuma
AWANI Borneo bersama Assim Hassan
1. Sekolah terjejas banjir di Sabah akan terima peruntukan baik pulih
2. Lee Kim Shin beri jaminan penerbangan untuk Sarawak mencukupi untuk hari raya.
3. Senarai kursus terlibat Skim Pendidikan Tinggi Percuma Sarawak diumum November ini.
1. Sekolah terjejas banjir di Sabah akan terima peruntukan baik pulih
2. Lee Kim Shin beri jaminan penerbangan untuk Sarawak mencukupi untuk hari raya.
3. Senarai kursus terlibat Skim Pendidikan Tinggi Percuma Sarawak diumum November ini.

Pertembungan manusia-hidupan liar: Malaysia perlu keluar dari 'zaman penafian'
Malaysia perlu beralih dari 'zaman penafian' kepada 'zaman pemulihan' bagi menyelesaikan isu pertembungan secara langsung dan tidak langsung antara manusia dan hidupan liar.

Pendidikan alam semula jadi harapan pemulihan hidupan liar Malaysia
Hari Hidupan Liar Dunia ini diwujudkan adalah untuk meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap hidupan liar termasuk flora dan fauna.

Penemuan spesies kongkang baharu di Pulau Langkawi: Kebanggaan atau kebimbangan?
Kongkang merupakan satu-satunya primat dan satu dari tujuh spesies mamalia yang boleh mengeluarkan racun yang boleh menyebabkan kejutan anafilaksis dan kematian kepada organisma yang mengancamnya.

Orang Asli benteng hadapan pemuliharaan biodiversiti
Di Semenanjung Malaysia, terdapat tiga kumpulan utama Orang Asli iaitu Negrito, Senoi dan Melayu Proto

Larian semangat konservasi alam sekitar
Larian ini diinspirasikan dari program sama yang dianjurkan oleh World Conservation Society (WCS) Malaysia