Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) bakal menyaksikan pertandingan sengit bagi semua jawatan pentingnya bagi penggal 2016 hingga 2019 pada persidangan perwakilan tiga tahun sekali kongres itu bulan depan.
Tumpuan pastinya diberikan kepada perebutan jawatan presiden di antara pemangku presiden Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid, bekas setiausaha agung Abdul Halim Mansor serta naib presiden Zainal Ismail daripada Lembaga Air Perak pada pemilihan 30 Nov itu.
Abdullah Sani, yang menerajui jawatan tertinggi kesatuan sekerja itu berikutan kematian presidennya Mohd Khalid Atan pada Januari lepas, mengesahkan bahawa beliau akan bertanding jawatan tertinggi itu.
Beliau memberitahu Bernama hari ini bahawa 54 individu akan bersaing merebut 13 jawatan penting pada pemilihan itu, yang akan disertai 600 anggota perwakilan daripada 132 kesatuan pada persidangan dua hari bermula 29 Nov depan di Dewan Sivik, Petaling Jaya.
Abdullah Sani berkata pencalonan bagi pemilihan MTUC, yang ditutup pada 4 Okt lepas, menunjukkan pertandingan bagi semua jawatan penting dan calon-calon boleh menarik diri seminggu sebelum pilihan raya.
Presiden Kesatuan Kebangsaan Pekerja Telekom Mohd Jafar Abd Majid dicalonkan untuk jawatan timbalan presiden bersama-sama dengan Abdul Razak Md Hassan dan Datuk Loke Yim Pheng masing-masing daripada Kesatuan Pekerja Keretapi Tanah Melayu dan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan.
Beliau berkata jawatan setiausaha agung pula dijangka menyaksikan pertandingan tiga penjuru melibatkan setiausaha agung MTUC N.Gopal Krishnam, J.Solomon daripada Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Bank (NUBE) dan Mohamed Dauzkaply Nor Ghazali daripada Kesatuan Amanah Ikthiar, masing-masing.
Penyandang Timbalan Setiausaha Agung A.Balasubramaniam pula dicabar A.Premkumar daripada Persatuan Eksekutif Maybank dan dua yang lain untuk mempertahankan jawatannya.
Seramai 23 anggota kesatuan dicalonkan untuk tiga jawatan naib presiden yang mewakili sektor awam, 13 dicalonkan bertanding tujuh jawatan naib presiden sektor swasta dan enam bertanding tiga jawatan naib presiden badan berkanun.
MTUC mempunyai kira-kira 620,000 anggota daripada 162 kesatuan gabungan sektor awam, swasta dan badan berkanun. --BERNAMA
Bernama
Mon Oct 17 2016
![Pertandingan sengit bagi semua jawatan MTUC November ini Pertandingan sengit bagi semua jawatan MTUC November ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-10/51476628797_AbdullahSani.jpg)
Abdullah Sani, yang menerajui jawatan tertinggi kesatuan sekerja itu berikutan kematian presidennya Mohd Khalid Atan pada Januari lepas, mengesahkan bahawa beliau akan bertanding jawatan tertinggi itu. - fotoBERNAMA / Fail
![Kerajaan lihat semula perjanjian penjualan air kepada Singapura - Fadillah Kerajaan lihat semula perjanjian penjualan air kepada Singapura - Fadillah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720085306_FadillahYusof.jpg)
Kerajaan lihat semula perjanjian penjualan air kepada Singapura - Fadillah
Fadillah berkata perkara itu sudah berlaku ketika zaman pentadbiran bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad lagi.
![Pelancong asing ditahan disyaki cabul pekerja spa di Pulau Perhentian Pelancong asing ditahan disyaki cabul pekerja spa di Pulau Perhentian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/51658407048_Cabul.jpg)
Pelancong asing ditahan disyaki cabul pekerja spa di Pulau Perhentian
Polis menahan seorang pelancong lelaki warga Maghribi kerana disyaki mencabul seorang juruterapi wanita rakyat tempatan di Pulau Perhentian.
Warga Thailand seludup diesel dihadapkan mahkamah
Seorang pemandu lori warga Thailand dihadapkan ke mahkamah atas menyeleweng 322 liter minyak diesel minggu lalu.
ADUN Rembia sertai Pas: YB Kampar minta buka riben putih
Susulan pengumuman ADUN Rembia sertai Pas dalam sidang media, YB Kampar, Chong Zhemin kemuka Peraturan Mesyuarat dan menyifatkan satu penghinaan besar buat Parlimen.
#SisiTVParlimen
#AWANInews
#SisiTVParlimen
#AWANInews
![Malaysia, Brunei dalam proses rundingan muktamad sempadan darat negara - Mohamad Malaysia, Brunei dalam proses rundingan muktamad sempadan darat negara - Mohamad](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720590984_DatukSeriMohamadH.jpg)
Malaysia, Brunei dalam proses rundingan muktamad sempadan darat negara - Mohamad
Mohamad Hasan berkata buat masa ini, kerja-kerja penandaan dan pengukuran di lapangan telah meliputi 175.96 km atau 33.3 peratus daripada keseluruhan jarak sempadan.
Kim Pan Gon undur diri kesan kepada Harimau Malaya
Apa reaksi peminat Harimau Malaya dan penganalisis sukan mengenai peletakan jawatan Kim Pan-Gon?
Masuk Pas untuk sama-sama susah dengan rakyat - ADUN Rembia
Muhamad Jailani berkata, sebelum ini beliau pernah menghantar surat kepada Lembaga Disiplin UMNO memohon untuk memecat keahliannya daripada parti Melayu itu.
![Perang berlarutan antara punca kelewatan penghantaran Black Hawk Perang berlarutan antara punca kelewatan penghantaran Black Hawk](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51712121864_TBADLYZAHARIjp.jpg)
Perang berlarutan antara punca kelewatan penghantaran Black Hawk
Perkara itu dimaklumkan pihak Aerotree Defence and Services Sdn Bhd iaitu syarikat yang dipertanggungjawabkan dalam kontrak perolehan perkhidmatan sewaan helikopter berkenaan.
Keghairahan final Euro 2024 dibawakan ke restoran mamak
Kemeriahan dan keghairahan perlawanan final UEFA EURO 2024 antara Sepanyol dengan England di Berlin, Jerman dirasai di Malaysia, dibawakan oleh 'Astro BizOne Watch Party' di Restoran Hakim, Seksyen 7, Shah Alam.
![Polis kesan remaja lelaki hilang sejak enam hari lepas Polis kesan remaja lelaki hilang sejak enam hari lepas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721115027_MuhammadAdiLagik.jpg)
Polis kesan remaja lelaki hilang sejak enam hari lepas
Polis sedang berusaha mengesan seorang remaja lelaki yang dilaporkan hilang oleh keluarganya di Kuala Pilah sejak enam hari lepas.
![Selepas ‘pujukan’, Muhyiddin ubah pendirian tidak berundur Selepas ‘pujukan’, Muhyiddin ubah pendirian tidak berundur](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/51700895953_MuhyiddinYassin.jpg)
Selepas ‘pujukan’, Muhyiddin ubah pendirian tidak berundur
Tan Sri Muhyiddin Yassin membuat pusingan U apabila mengumumkan beliau akan menawarkan diri untuk mempertahankan jawatan presiden Bersatu bagi satu penggal lagi.
![Jawatan Presiden, Timbalan Presiden tidak akan dipertanding pada Pemilihan MIC 2024 Jawatan Presiden, Timbalan Presiden tidak akan dipertanding pada Pemilihan MIC 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/81700304122_MSaravanan.jpg)
Jawatan Presiden, Timbalan Presiden tidak akan dipertanding pada Pemilihan MIC 2024
Perhimpunan Agung MIC ke-77 hari ini sebulat suara meluluskan dua resolusi termasuk tiada pertandingan bagi jawatan Presiden dan Timbalan Presiden dalam pemilihan parti itu pada 2024.
![MIC Pahang usul tiada pertandingan jawatan Presiden, Timbalan pada pemilihan 2024 MIC Pahang usul tiada pertandingan jawatan Presiden, Timbalan pada pemilihan 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2019-06/81559632361_MIC.jpg)
MIC Pahang usul tiada pertandingan jawatan Presiden, Timbalan pada pemilihan 2024
Pengerusi MIC Pahang V. Arumugam berkata gandingan Presiden Tan Sri S.A. Vigneswaran dan Timbalannya Datuk Seri M. Saravanan cukup berwibawa dalam mengemudi parti.
![Bukan tidak dipertandingkan tapi calon menang tanpa bertanding Bukan tidak dipertandingkan tapi calon menang tanpa bertanding](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/61696069276_TBAmarNikAbdullah.jpg)
Bukan tidak dipertandingkan tapi calon menang tanpa bertanding
Pas menjelaskan jawatan naib presiden parti itu bukanlah tidak dipertandingkan pada pemilihan sempena muktamar tahunan Oktober ini, sebaliknya tiga calon menang tanpa bertanding.
![Muktamar Pas: Tiada calon cabar Abdul Hadi, Tuan Ibrahim - Sanusi Muktamar Pas: Tiada calon cabar Abdul Hadi, Tuan Ibrahim - Sanusi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/51695806889_MuhammadSanusiMdN.jpg)
Muktamar Pas: Tiada calon cabar Abdul Hadi, Tuan Ibrahim - Sanusi
Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menjangkakan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden Pas tidak akan dicabar dalam Muktamar Tahunan Pas yang akan diadakan bulan depan.
![PAU2022: 'Pengundi hantu? Mana boleh masuk tanpa kad akses' - Ahmad Zahid PAU2022: 'Pengundi hantu? Mana boleh masuk tanpa kad akses' - Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/81673696353_TBZAHIDUMNO.jpg)
PAU2022: 'Pengundi hantu? Mana boleh masuk tanpa kad akses' - Ahmad Zahid
UMNO menolak dakwaan wujud pengundi hantu yang dibawa masuk untuk meluluskan usul agar dua jawatan tertinggi dalam parti tidak dipertandingkan.
![140 Ketua Bahagian UMNO sokong jawatan presiden, timbalan presiden tidak dipertandingkan 140 Ketua Bahagian UMNO sokong jawatan presiden, timbalan presiden tidak dipertandingkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/71673453171_PerhimpunanAgungUM.jpg)
140 Ketua Bahagian UMNO sokong jawatan presiden, timbalan presiden tidak dipertandingkan
Seramai 140 Ketua Bahagian UMNO seluruh negara hari ini menyatakan solidariti agar jawatan presiden yang kini disandang Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tidak dipertandingkan.
![Bagai 'parti diktator' jika jawatan Presiden, Timbalan Presiden tidak dipertandingkan - Noor Hairi Bagai 'parti diktator' jika jawatan Presiden, Timbalan Presiden tidak dipertandingkan - Noor Hairi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/81671985495_NoorHairiNKPUMNO.jpg)
Bagai 'parti diktator' jika jawatan Presiden, Timbalan Presiden tidak dipertandingkan - Noor Hairi
Tegasnya, UMNO sejak dulu merupakan parti berteraskan demokrasi namun jika usul itu diluluskan, UMNO bukan lagi sebuah parti demokrasi.
![Semua jawatan dalam UMNO perlu dipertandingkan, tampil perubahan mahu dibawa - Penganalisis Semua jawatan dalam UMNO perlu dipertandingkan, tampil perubahan mahu dibawa - Penganalisis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/81670258783_PAU.jpg)
Semua jawatan dalam UMNO perlu dipertandingkan, tampil perubahan mahu dibawa - Penganalisis
Semua jawatan dalam UMNO termasuk presiden dan timbalan presiden seharusnya dipertandingkan bagi terus menyuburkan amalan demokrasi dalam parti berkenaan.
![Pemilihan UMNO: Khairy belum fikir untuk bertanding Pemilihan UMNO: Khairy belum fikir untuk bertanding](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-04/61617293718_Khairyvaksin.jpg)
Pemilihan UMNO: Khairy belum fikir untuk bertanding
Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaludin memaklumkan beliau belum membuat sebarang keputusan berhubung jawatan yang akan dipertandingkan pada pemilihan UMNO.