KUALA LUMPUR: Semua jawatan dalam UMNO termasuk presiden dan timbalan presiden seharusnya dipertandingkan bagi terus menyuburkan amalan demokrasi dalam parti berkenaan.
Penganalisis politik dari Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Sivamurugan Pandian berkata, perkara itu kini menjadi lebih penting ketika ini bagi menampakkan proses perubahan yang cuba dibawa UMNO, selain mewujudkan keabsahan kepimpinan dan perpaduan dalam parti.
"Melalui keputusan selepas Perhimpunan Agung UMNO dan pemilihan parti, di situ kita akan lihat bagaimana bentuk keabasahan yang boleh diberikan terhadap keputusan yang dibuat sepanjang kempen pilihan raya umum dan selepas keputusan dikeluarkan, sama ada ia diterima ramai atas nama nilai yang perlu diangkat.
"Yang penting ialah rasional perundangan, bagaimana nak gunakan dan nak pastikan pemimpin yang dipilih ada keabsahan serta sokongan penuh. Kita tahu institusi kepresidenan selama ini, bagaimana soal kesetiaan diterjemah melalui sokongan secara kolektif yang kita lihat pada pasca-Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15)," katanya dalam Buletin AWANI, pada Ahad.
Tambahnya, sesiapa sahaja boleh bertanding tetapi mereka haruslah tahu perjuangan asal UMNO iaitu membabitkan perjuangan membawa penyatuan, kesetiaan dan perkhidmatan terhadap rakyat.
"Dalam soal ini apa sahaja percaturan, mereka yang mahu bertanding bukan sahaja mahu memanaskan kerusi itu tetapi bersedia mengggalas tanggungjawab besar untuk memulihkan parti dan membina kepercayaan dalam kalangan beberapa kelompok sasar yang sudah berubah sifat dan tingkah laku mereka," ujarnya.
Baru-baru ini, media melaporkan sesetengah ahli UMNO mengatakan bahawa sudah tiba masanya jawatan presiden dan timbalan presiden UMNO dipertandingkan dalam pemilihan parti tersebut.
Ketua UMNO Bahagian Padang Rengas Nazri Aziz dilapor berkata, UMNO dianggap tidak demokratik sekiranya tunduk kepada usaha pihak tertentu menghalang jawatan dalam parti dipertandingkan, pada pemilihan parti akan datang.
Mohamed Nazri juga menyifatkan pihak yang mencadangkan agar jawatan presiden dan timbalan presiden UMNO tidak dipertandingkan dalam pemilihan parti seolah-olah memandang rendah keupayaan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Mohamad Hasan.
Katanya, kedua-dua pemimpin itu telah membuktikan kehebatan masing-masing dengan memenangi pemilihan lalu tanpa sebarang jawatan dalam kerajaan.
Madiha Abdullah
Sun Dec 25 2022
Baru-baru ini, media melaporkan sesetengah ahli UMNO mengatakan bahawa sudah tiba masanya jawatan presiden dan timbalan presiden UMNO dipertandingkan dalam pemilihan parti tersebut. - Gambar hiasan
Pilkada 2024: Pertembungan dua 'titan', Jokowi lawan Megawati
207 juta rakyat Indonesia membuat pilihan di 37 provinsi, 415 kabupaten dan 93 kota dalam Pilkada serentak. Pertembungan kuasa politik besar Indonesia turut berlaku. Ulasan bersama Tan Sri Johan Jaafar.
Hezbollah akan kekal aktif selepas gencatan senjata
Hezbollah akan kekal aktif selepas perang dengan Israel berakhir, termasuk membantu penduduk Lubnan yang terjejas kembali ke kampung halaman mereka dan membangunkan semula kawasan yang musnah akibat serangan Israel.
A.S akan gesa juga gencatan senjata Hamas-Israel
Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden, menyifatkan perjanjian gencatan senjata antara Israel dan Hizbullah sebagai "berita baik".
Pengunduran Tentera Israel secara berperingkat dalam tempoh 60 Hari – Pegawai AS
Seorang pegawai kanan Amerika Syarikat mengesahkan pengunduran tentera Israel dari Lubnan tidak akan dilakukan serta-merta.
Parlimen: Usaha hasilkan kenderaan elektrik, isu GISBH tumpuan hari ini
Langkah kerajaan menggalakkan pemain industri tempatan untuk mempertingkatkan usaha mengeluarkan kenderaan elektrik bagi memenuhi permintaan tempatan antara yang dibincangkan pada mesyuarat Dewan Rakyat hari ini.
[TERKINI] Israel - Hezbollah setuju gencatan senjata dikuatkuasa pada Rabu
Gencatan senjata antara Israel dan Hezbollah dijadualkan bermula jam 4 pagi waktu tempatan, pada Rabu.
Piala AFF Wanita: Malayan Tigress buka kempen dengan langkah kiri
Skuad kendalian Soleen Al-Zoubi itu akan meneruskan cabaran menentang Kemboja pada Jumaat ini di Padang Simpanan KM16, Vientiane.
[TERKINI] Banjir di Kelantan makin buruk, tiga negeri lain tiada perubahan
Mangsa banjir di empat negeri meningkat kepada 1,332 daripada 387 keluarga, setakat jam 6 pagi, pada Rabu.
Hezbollah akan kekal aktif berjuang selepas gencatan senjata
Seorang pegawai kanan Hezbollah mengesahkan peranan kumpulan itu akan kekal meneruskan perjuangannya.
Gencatan senjata di Lubnan: Tentera Israel berundur secara berperingkat dalam 60 hari
Amerika juga akan bekerjasama dengan tentera Lubnan untuk memastikan sebarang kemungkinan pelanggaran perjanjian dapat dicegah.
UMNO Selangor ambil alih proses pemilihan sayap wanita Tanjong Karang
Sulaiman berkata, pemilihan yang diadakan pada 27 Julai ini diharap berjalan lancar dan dalam keadaan terkawal.
Pemilihan UMNO Bahagian Johor Bahru 27 Mei ini - Khaled
Mohamed Khaled berkata setakat ini tiada pindaan tarikh dan lokasi pemilihan yang telah ditetapkan.
Pemilihan UMNO Bahagian Johor Bahru diadakan 27 Mei ini
Abdul Halim berkata, lokasi pemilihan masih belum dimuktamadkan kerana ia tertakluk kepada Shahrir Samad.
Pemilihan UMNO Bahagian Johor Bahru diambil alih UMNO Johor - Mohamed Khaled
Mohamed Khaled berkata, Setiausaha Badan Perhubungan Datuk Abdul Halim Suleiman akan dipertanggungjawab mengendalikan pemilihan.
Pemilihan UMNO: 'Saya tetap bersama membantu parti' - Hishammuddin
Ahli Parlimen Sembrong itu berkata beliau berpegang teguh bahawa perkara yang penting adalah parti.
UMNO Sabah terima laporan insiden kekecohan dalam pemilihan - Bung Moktar
UMNO Sabah telah menerima laporan beberapa insiden kekecohan yang berlaku pada Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian di negeri ini, Sabtu lepas.
"Saya ibarat boneka" - Pengerusi Tetap UMNO Kubang Pasu umum letak jawatan
Pengerusi Tetap UMNO Bahagian Kubang Pasu, Zulkifli Md Isa membuat kejutan apabila mengumumkan meletak jawatan secara serta-merta, hari ini.
Pemilihan UMNO: Ini senarai barisan kepimpinan sesi 2023-2026
Keputusan penuh bagi jawatan yang dipertandingkan dalam pada Pemilihan UMNO sesi 2023-2026 telah disahkan, kata Tan Sri Shahrir Abdul Samad.
Nazifuddin harap tiada perbalahan selepas menang Ketua UMNO Bahagian Langkawi
Datuk Mohd Nazifuddin Najib berharap mereka yang tewas pada pemilihan bahagian tersebut terus bersama bagi persediaan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN).
Pemilihan UMNO: 54 muka baharu terpilih jadi ketua bahagian
Hampir 30 peratus atau 54 muka baharu yang terpilih sebagai Ketua UMNO Bahagian dalam pemilihan kali ini.