KUALA LUMPUR: Seramai 140 Ketua Bahagian UMNO seluruh negara hari ini menyatakan solidariti agar jawatan presiden yang kini disandang Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tidak dipertandingkan pada pemilihan Perhimpunan Agung UMNO yang dijangka Mei nanti.
Mewakili kumpulan itu, Ketua UMNO Bahagian Wangsa Maju Datuk Seri Dr Mohd Shafie Abdullah berkata ketua-ketua bahagian itu turut bersepakat jawatan timbalan presiden juga tidak dipertandingkan.
Beliau berkata tumpuan UMNO ketika ini perlu terarah kepada memperkukuh parti daripada pelbagai peringkat untuk berdepan enam pilihan raya negeri (PRN) yang dijangka diadakan tahun ini.
"Seramai 126 Ketua UMNO Bahagian hadir malam ini meskipun ada lagi 14 tidak hadir kerana menghadiri Perhimpunan Agung UMNO 2022 (malam ini), tetapi semua sepakat jawatan-jawatan (presiden dan timbalan presiden) tidak dipertandingkan.
"Untuk berdepan enam lagi PRN tahun ini, kita perlu parti UMNO yang kuat, justeru kami berharap presiden (Ahmad Zahid) mengambil kira pandangan ini dan tiada jawatan tertinggi dipertandingkan," katanya pada sidang media di sini, malam ini.
Terdahulu, pertemuan 126 ketua-ketua bahagian itu diadakan secara tertutup di sebuah hotel terkemuka di ibu negara, ketika perhimpunan sedang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur, malam ini.
Perhimpunan Agung UMNO 2022 yang berlangsung hari ini hingga Sabtu, dimulakan dengan perasmian Perhimpunan Agung Pergerakan Sayap Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO oleh Timbalan Presiden Datuk Seri Mohamad Hasan malam ini.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 11 2023
Ketua UMNO Bahagian Wangsa Maju Datuk Seri Dr Mohd Shafei Abdullah (tengah) bercakap pada sidang media bagi mewakili 140 Ketua Bahagian Umno malam ini. - Foto BERNAMA
Gemini akan tiba ke Google TV untuk rumus berita siaran langsung
Ciri AI baharu yang dijana Gemini, News Brief, akan mengumpulkan maklumat daripada pelbagai sumber berita sahih.
[TERKINI] PM anwar lancar kempen Visit Malaysia 2026 (VM2026)
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini melancarkan kempen Visit Malaysia 2026 (VM2026) dengan pengenalan logo, maskot, lagu tema dan reka bentuk pesawat khas VM2026
JS-SEZ adalah kerjasama sangat istimewa dan unik - PM Anwar
Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) merupakan inisiatif yang sangat istimewa dan unik. Jarang untuk melihat inisiatif seperti ini dilaksanakan mana-mana negara lain, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
#AWANInews
#AWANInews
WFP kecam serangan Israel terhadap konvoi di Gaza
Agensi itu berkata, konvoi yang terdiri daripada tiga kenderaan yang membawa lapan kakitangannya dari Gaza tengah ke Bandar Gaza di utara itu ditembak dengan 16 peluru berhampiran pos kawalan Wadi Gaza pada Ahad.
Lonjakan ekonomi tapi pastikan tidak jejas penduduk tempatan
Potensi Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) akan memacu pertumbuhan ekonomi serantau, termasuk sektor utama yang bakal dibangunkan. Namun, cabaran sosial dan ekonomi yang menyusul perlu diatasi, terutama kesan terhadap komuniti tempatan di Johor.
Kongres AS sahkan kemenangan Trump
Kongres Amerika Syarikat secara rasmi mengesahkan kemenangan Presiden Pilihan Republikan, Donald Trump, dalam sesi yang dipengerusikan oleh Naib Presiden Demokrat, Kamala Harris, yang tewas pada pilihan raya November lalu.
Proses empat tahun sekali ini membuka jalan untuk perlantikan Trump dalam tempoh dua minggu.
Proses empat tahun sekali ini membuka jalan untuk perlantikan Trump dalam tempoh dua minggu.
Malaysia dan Singapura tandatangani perjanjian JS-SEZ
Perjanjian Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) yang ditandatangani pada 7 Januari dijangka memacu transformasi ekonomi serantau. 50 projek utama akan dilaksanakan dalam tempoh lima tahun pertama, dengan tumpuan kepada 11 sektor penting termasuk semikonduktor, bioperubatan, dan peralihan tenaga. Bagaimana Malaysia boleh manfaatkan perjanjian ini pada masa akan datang? Kupasan lanjut bersama Felo Bersekutu Kanan Institut Dasar Ekonomi dan Kewangan (ECOFI), Universiti Utara Malaysia, Prof. Madya Dr. Irwan Shah Zainal Abidin.
Kejayaan KESUMA bukan syok sendiri - Steven Sim
Banyak kejayaan berjaya dilakar Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) di bawah pimpinan Kerajaan Madani termasuk Pindaan Ordinan Buruh Sarawak (Pindaan 2024) yang diluluskan di Dewan Rakyat.
Brazil umum Indonesia sertai BRICS sebagai anggota penuh
Kementerian Luar Brazil pada Isnin dalam satu kenyataan menjelaskan penyertaan Indonesia secara rasmi dalam BRICS sebagai anggota penuh, menjadikan kumpulan ekonomi pesat membangun itu sebagai anggota keenamnya.
Isu maritim, air dan ruang udara merupakan isu yang kompleks - PM Wong
Isu maritim, air dan ruang udara merupakan isu yang kompleks. Namun, dengan kerjasama di antara dua buah negara sudah tentu ia boleh mencapai suatu kesefahaman, kata Perdana Menteri Singapura, Lawrence Wong.
#AWANInews
#AWANInews
Ahli perlu berdiri bersama Presiden - Ketua Bahagian UMNO
Pemimpin UMNO yang dilihat gagal bersama-sama presiden parti wajar mengundurkan diri. Rata-rata ketua bahagian bersetuju dengan saranan berkenaan agar parti terus maju.