KUALA LUMPUR: Pertahanan negara perlu dikukuhkan bagi menghadapi situasi keselamatan dunia yang dinamik dan sentiasa berubah, dalam masa singkat serta sukar diramal seperti berlaku di beberapa negara luar baru-baru ini.
Panglima Tentera Laut Laksamana Tan Sri Mohd Reza Mohd Sany berkata situasi tersebut yang dikenali sebagai VUCA (pergolakan, ketidakpastian, kompleks, kekaburan/kesamaran).
"Seperti kita semua tahu, sempadan maritim negara berhadapan dengan isu tuntutan bertindih, pencerobohan perairan oleh kapal atau bot asing, serta kegiatan pelanunan dan rompakan di laut.
"Aktiviti itu boleh mengganggu gugat aktiviti ekonomi maritim sekali gus menjejaskan keamanan perairan maritim negara, dan menuntut Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) memberi tindak balas sewajarnya bagi mengatasi ancaman tersebut," katanya pada Wawancara Khas bersama media sempena Sambutan Hari Ulang Tahun PASKAL Ke-40.
Katanya, sektor pertahanan adalah 'insurans' dan kerajaan harus melakukan pelaburan pertahanan supaya apabila berlaku perkara yang tidak diingini, negara mampu bertahan daripada ancaman dan impak kepada risiko keselamatan negara dan rakyat adalah minimum.
Mohd Reza turut menyuarakan kerisauannya mengenai aset Angkatan Tentera Malaysia terutamanya TLDM yang usang, dengan bajet selenggaraan aset sedia ada sentiasa terhad bagi mempertahankan kedaulatan negara.
Beliau berkata, TLDM sebelum ini pernah memiliki 16 buah kapal perang pelbagai saiz, namun bilangan ini berkurangan dengan signifikan, apabila majoriti kapal itu hilang keupayaan kombatan akibat faktor keusangan peralatan dan sistem persenjataan.
"Penggantian kepada kapal-kapal ini dirancang melalui perolehan kapal tempur pesisir (LCS), namun kelewatan projek LCS ini telah menjejaskan perancangan TLDM...keperluan perolehan kapal-kapal kombatan (perang) tambahan perlu turut diberi perhatian serius oleh kerajaan," katanya.
Bagaimanapun Mohd Reza berkata meskipun berdepan dengan cabaran dan ancaman itu, beliau menegaskan TLDM tetap fokus dengan misinya, iaitu mempertahankan kedaulatan dan melindungi kepentingan maritim negara.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 02 2022

Mohd Reza turut menyuarakan kerisauannya mengenai aset Angkatan Tentera Malaysia terutamanya TLDM yang usang. - Gambar/ Bernama

Sarawak capai kejayaan dalam elektrifikasi luar bandar dengan peluasan grid RES di Daro
Julaihi berkata projek itu akan membekalkan tenaga elektrik kepada 186 isi rumah di lapan kampung.

2 kanak-kanak maut dalam insiden letupan di Kemboja
Peluru 66mm (B-63) yang dipercayai peninggalan perang itu meletup pada Sabtu di Kampung Kranhong, Komun Ta Siem, Daerah Svay Leu.

Kerajaan peruntuk RM16.21 juta bagi pembangunan Orang Asli di Johor
Peruntukan menerusi JAKOA itu meliputi pelaksanaan pelbagai program ekonomi, keusahawanan, bantuan perumahan, pembangunan infrastruktur.

ATC 2025: Skuad Malaysia capai sasaran pingat
Sebelum ini, Mohd Harnizam meletakkan sasaran tiga pingat tanpa mengira warna bagi kejohanan itu.

Persatuan Pandu Puteri lahirkan pemimpin bermoral tinggi - Tunku Azizah
Baginda bertitah, pengadaptasian sahsiah nilai murni tidak boleh dipandang mudah kerana ia melengkapkan kriteria sebagai seorang pemimpin.

Ibu tiga anak maut, dipercayai dibunuh kekasih
Dalam kejadian itu, mangsa yang menyewa di rumah dua tingkat itu bersama kekasihnya sejak lima bulan lalu, ditemukan terbaring atas katil.

ATC 2025: Sawda pecah rekod remaja Asia, raih emas ujian masa 1km
Sawda mencatatkan satu minit 10.818s untuk memperbaharui rekod yang dicipta atlet Taiwan Liu Shang Ying (1:12.722s) pada pusingan kelayakan.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
Abdul Rashid berkata masalah kekurangan bekalan kelapa bukan hanya berlaku di Malaysia, malah di seluruh dunia berikutan musim melawas.

KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

Landskap penyiaran Pakistan berdepan cabaran getir
Untuk menangani isu itu, penyiar mesti mengutamakan ketepatan dan pengesahan sebelum menyiarkan sebarang maklumat kepada khalayak.

Dua helikopter TLDM terlibat nahas tidak boleh dibaik pulih
Dua Helikopter Operasi Maritim (HOM-AW139) dan AS 555 SN Fennec disahkan tidak boleh dibaik pulih untuk digunakan dalam operasi Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Kapal LCS pertama akan berada di permukaan air Mei atau Jun depan
LCS yang pertama akan berada di permukaan air pada Mei atau Jun depan sebelum ia ditauliahkan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) pada penghujung 2026.

Lawatan Panglima TLDM ke Singapura gariskan 'hubungan pertahanan yang lama terjalin'
Lawatan sulung Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Laksamana Datuk Abdul Rahman Ayob ke Singapura menggariskan hubungan pertahanan dua hala yang mesra dan terjalin sejak sekian lama.

Abdul Rahman dilantik Panglima TLDM yang baharu
Datuk Abdul Rahman Ayob menggantikan Laksamana Tan Sri Mohd Reza Mohd Sany yang bersara wajib.

Pertahanan negara 'insurans', pelaburan kerajaan hadapi situasi VUCA - TLDM
Pertahanan negara perlu dikukuhkan bagi menghadapi situasi keselamatan dunia yang dinamik dan sentiasa berubah.

Bekas Panglima TLDM tiba di Mahkamah Jalan Duta, dipercayai berkaitan pendakwaan kes LCS
Media sebelum ini difahamkan seorang bekas pengarah urusan syarikat berkaitan perolehan enam kapal tersebut akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pagi ini.

Peruntukan pertahanan negara perlu dikaji semula - Panglima Tentera Laut
Panglima Tentera Laut Laksamana Tan Sri Mohd Reza Mohd Sany berkata peruntukan untuk pertahanan Malaysia perlu dikaji semula agar ia sentiasa selaras dengan landskap keselamatan negara.

Meskipun berusia puluhan tahun, aset TLDM masih mampu beroperasi- Panglima
Aset pertahanan milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) masih lagi mampu berfungsi melaksanakan operasi ketenteraan meskipun berusia puluhan tahun.

82 tahun penubuhan: TLDM kini tentera laut lepas bertaraf dunia
Panglima TLDM Laksamana Datuk Seri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin berkata pencapaian yang dinikmati TLDM hari ini adalah hasil kesungguhan dan komitmen berterusan semua warga agensi itu.