KUALA LUMPUR: Timbalan Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Laksamana Madya Datuk Abdul Rahman Ayob dilantik sebagai Panglima TLDM ke-18 berkuat kuasa hari ini.
Pelantikan Abdul Rahman disempurnakan oleh Panglima Angkatan Tentera, Jen Tan Sri Affendi Buang pada majlis serah terima tugas di Wisma Pertahanan, di sini.
Abdul Rahman menggantikan Laksamana Tan Sri Mohd Reza Mohd Sany yang bersara wajib.
Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Seri Muez Abd Aziz dan barisan pengurusan tertinggi Kementerian Pertahanan dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Pelantikan Abdul Rahman sebagai Panglima Tentera Laut menjadikan beliau sebagai pegawai submariner pertama yang memegang tampuk pemerintahan TLDM.
Abdul Rahman yang dilahirkan di Johor Bahru, Johor pada 2 Dis 1964 telah menyertai TLDM pada 2 Julai 1982 serta ditauliahkan pada 13 Jun 1984.
Antara jawatan yang pernah disandang sepanjang perkhidmatan beliau ialah Komander Angkatan Kapal Selam TLDM, Timbalan Ketua Misi Tim Pemantau Antarabangsa Mindanao Filipina, Panglima Wilayah Laut 2, Panglima Armada Timur dan Timbalan Panglima Tentera Laut pada 2019.
Kerjaya beliau sebagai seorang Submariner bermula pada 1993 apabila memperoleh lencana kepakaran kapal selam setelah menamatkan latihan kapal selam di HMAS Platypus, Australia.
Abdul Rahman seterusnya menjalani Latihan Pengenalan Kapal Selam di Sweden pada 1995 dan di Perancis pada 1999 serta berjaya menamatkan Kursus Asas Kapal Selam Kelas Agosta pada 2006 di Perancis.
Dalam bidang sukan, Abdul Rahman aktif dalam tenis dan golf serta pernah mewakili TLDM dalam Sukan Antara Perkhidmatan pada 2022 dengan pasukan tenis TLDM muncul juara pada kejohanan tersebut.
Sementara itu, TLDM dalam satu kenyataan hari ini merakamkan penghargaan kepada Mohd Reza sepanjang 42 tahun perkhidmatan beliau terutama ketika memegang jawatan Panglima TLDM sejak 30 Nov 2018.
"Beliau telah meneruskan usaha memodenkan armada TLDM walaupun terpaksa menempuh pelbagai cabaran terutama ketika negara dilanda pandemik COVID-19 dan cekal mencari penyelesaian agar tahap kesiapsiagaan TLDM terus berada di tahap yang optimum," menurut kenyataan itu.
Dalam perkembangan sama, Markas TLDM dalam kenyataan hari ini memaklumkan, Laksamana Madya Datuk Sabri Zali dilantik Timbalan Panglima TLDM yang baharu menggantikan Abdul Rahman dalam satu majlis serah terima tugas di KD Sri Gombak, Jalan Padang Tembak, di sini hari ini.
Majlis disaksikan Mohd Reza bersama Ahli Jawatankuasa Laksamana TLDM dan warga 'navy people' sekitar Lembah Klang.
"Sabri yang dilahirkan pada 4 Mac 1967 di Rawang, Selangor dan berkhidmat lebih 38 tahun sebelum ini memegang jawatan Panglima Armada Timur sejak 24 Dis 2020.
"Beliau memasuki TLDM sebagai Pegawai Kadet pada 15 Dis 1984 dan dipilih untuk menjalani kursus Midshipman Antarabangsa di Jerman Barat selama tiga tahun serta ditauliahkan pada 21 Dis 1987 setelah kembali dari Jerman," menurut kenyataan itu.
Menurut kenyataan itu, antara jawatan penting yang pernah disandang beliau adalah Pegawai Memerintah KD Jebat merangkap Pegawai Kanan Armada, Asisten Ketua Staf Sumber Manusia di Markas Tentera Laut, Komandan Maktab Pertahanan Angkatan Tentera dan Panglima Wilayah Laut 2.
Dalam majlis sama sebelum itu, Mohd Reza menyempurnakan pemakaian pangkat Pegawai Kanan TLDM dan Pegawai Kehormat PSSTLDM (Pasukan Simpanan Sukarela TLDM).
"Panglima Armada Timur Laksamana Muda Datuk Muhammad Ruzelme Ahmad Fahimy dinaikkan pangkat ke Laksamana Madya manakala Asisten Ketua Staf Sumber Manusia Markas Tentera Laut Laksamana Pertama Baharudin Wan Md Nor dinaikkan ke pangkat Laksamana Muda.
"Leftenan Komander Norzamzam Minirin TLDM dinaikkan ke pangkat Komander TLDM dan Leftenan Mohd Noorfaridzuan Adnan TLDM dinaikkan ke pangkat Leftenan Komander TLDM. Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni Universiti Sains Malaysia Prof Dr Azlinda Azman pula dianugerahkan pangkat Komander Kehormat PSSTLDM," menurut kenyataan itu. - BERNAMA
Bernama
Fri Jan 27 2023

Affendi Buang (kanan) bersama Muez Abd Aziz (dua, kiri) memakaikan pangkat kepada Panglima Tentera Laut yang baharu Abdul Rahman Ayob (dua, kanan) di Wisma Pertahanan hari ini. Turut sama, Mohd Reza Mohd Sany (kiri). - Gambar BERNAMA
Memasuki tahun ke-3, bukan lagi membiasakan diri
Ketika kerajaan memasuki tahun ketiga pentadbiran, cabaran utama bukan lagi untuk membiasakan diri dengan peranan dalam kabinet, sebaliknya, Prof Datuk Dr Sivamurugan Pandian berpendapat, ia lebih kepada bagaimana setiap kementerian dan agensi dapat menonjolkan pencapaian yang boleh dirasai rakyat.
Thaksin Shinawatra lawat tiga wilayah selatan Thailand
Thaksin berkata, lawatan itu susulan perbincangan beliau dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.

Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Pasukan pendudukan Israel telah memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.

KPKT bentang 12 komitmen untuk kesejahteraan rakyat
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah membentangkan 12 komitmen untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat sempena Permukiman Jemaah Menteri Kerajaan MADANI yang berlangsung semalam.
AWANI Ringkas: Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PRK DUN Ayer Kuning: Ahmad Zahid harap SPR ambil kira Ramadan
Ahmad Zahid berkata pihaknya berpendapat tidak perlu tergesa-gesa mengadakan pilihan raya kecil itu memandangkan ketibaan Ramadan.

Turkiye di kedudukan ke-11 dunia dalam eksport industri pertahanan - Erdogan
Erdogan berkata negara itu berada di ambang transformasi besar dan kejayaan ekonomi yang memberangsangkan.

Polis Perak berkas 15 ahli sindiket tawar pekerjaan tidak wujud
Polis menahan 13 warga China terdiri daripada 12 lelaki dan seorang wanita berusia antara 26 hingga 41 tahun.

Laluan udara baharu hubungkan Xi'an dengan Malaysia
Perkhidmatan penerbangan harian baharu yang menghubungkan Xi'an, China dengan Kuala Lumpur dibuka secara rasmi pada Ahad.
AWANI 7:45 [23/2/2025] – Reman Tiga Dan Lima Hari | Tekanan Darah Turun Dan Naik | SPRM Bebas Ambil Tindakan | 48,329 Kematian
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Irfan Faruqi
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- SPRM tahan empat pegawai Ismail Sabri, termasuk dua bergelar Datuk
- Ismail Sabri masih dalam pemantauan rapi.
- PM nafi dakwaan dendam, tidak campur urusan SPRM
- Kematian penduduk Palestin meningkat walaupun tempoh gencatan senjata
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- SPRM tahan empat pegawai Ismail Sabri, termasuk dua bergelar Datuk
- Ismail Sabri masih dalam pemantauan rapi.
- PM nafi dakwaan dendam, tidak campur urusan SPRM
- Kematian penduduk Palestin meningkat walaupun tempoh gencatan senjata
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews

Pembawa pulang kapal selam pertama Malaysia kini Panglima Tentera Laut ke-19
Komander yang membawa pulang kapal selam pertama Malaysia KD Tunku Abdul Rahman dari Perancis pada 2009 Laksamana Datuk Zulhelmy Ithnain, dilantik sebagai Panglima Tentera Laut ke-19.

PTL Abdul Rahman terima anugerah Beret Kehormat PASKAL
Ia mengiktiraf kepimpinan, sumbangan, jasa yang dicurahkan beliau dalam pembangunan keupayaan operasi dan latihan, infrastruktur PASKAL.

Pembinaan LCS dijangka disambung semula bulan depan - Panglima TLDM
Pembinaan itu diteruskan selepas kontrak tambahan keenam projek tersebut ditandatangani pada Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2023 (LIMA 2023) di Langkawi, Mei lepas.

Pembinaan semula LCS selepas kontrak tambahan dimuktamad - Panglima Tentera Laut
Beliau berkata kontrak yang sedang disediakan Kementerian Pertahanan itu akan melibatkan beberapa pindaan termasuk tempoh masa dan kos.

Lawatan Panglima TLDM ke Singapura gariskan 'hubungan pertahanan yang lama terjalin'
Lawatan sulung Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Laksamana Datuk Abdul Rahman Ayob ke Singapura menggariskan hubungan pertahanan dua hala yang mesra dan terjalin sejak sekian lama.

Abdul Rahman dilantik Panglima TLDM yang baharu
Datuk Abdul Rahman Ayob menggantikan Laksamana Tan Sri Mohd Reza Mohd Sany yang bersara wajib.