SAYA baru saja berbual dengan Kat Yat, seorang penjual kuih bahulu di Desa Rejang yang akhirnya tergerak untuk berjinak-jinak menggunakan WhatsApp bagi mencari rezeki tambahan.
Banyak juga soalan yang ditanya termasuk setakat mana pelanggan baru di Whatsapp yang boleh dipercayai? Kos penghantaran sepatutnya ditanggung siapa? Cara mengesah pembayaran serta cara paling efisien untuk menjejak pesanan supaya tiada yang tertinggal dan pelbagai lagi.
Terfikir akan perbualan kami, baru saya sedar yang bukan sahaja platform WhatsApp Bisnes yang akan diguna tetapi juga pelbagai aplikasi dalam talian lain yang membantu melancarkan perniagaan kecilan Kak Yat.
Namun, perlu dijelaskan di sini yang cubaan saya untuk Kak Yat mencuba WhatsApp Bisnes sebenarnya sudah memakan masa empat bulan.
Memang saya sedar yang walaupun teknologi itu secara dasarnya difahami ramai sebagai alat untuk melanjut dan menyebar kecekapan, tetapi mereka yang benar-benar mengangkat teknologi untuk menjadikan kehidupan seharian lebih produktif hanya sekumpulan kecil sahaja.
Pada dasarnya, ramai terutamanya mereka dengan pendekatan yang perniagaan mereka adalah untuk membantu meningkatkan sumber pendapatan keluarga dan langsung tidak terfikir akan potensi perniagaan mereka untuk berkembang.
Tambahan pula, segmen ini juga tidak terfikir yang perniagaan kecilan mereka itu mempunyai tempat di dunia inovasi.
Tidak juga terbayang yang perniagaan mereka itu sudah pun menjadi tradisional terutama dari cara mereka mencapai dan sampai pada pelanggan serta perubahan cara hidup yang memerlukan perniagaan untuk mencuba dan menerima cara pembayaran elektronik dan sebagainya.
Yang malang adalah sekiranya ini dibenarkan untuk berterusan tanpa intervensi, ianya akan melambatkan masyarakat kita secara keseluruhan untuk menyahut perubahan yang mampu digerakkan teknologi.
Sambil kerajaan mencuba untuk membantu penerimaan hakikat revolusi industri yang keempat di antara perusahaan perkilangan, jangan pula peniaga kecilan yang lain setakat selesa dengan yang seadanya dan tidak membuat sesuatu untuk memajukan diri.
Saya sarankan di sini satu langkah mudah kepada peniaga kecil sebagai cubaan untuk mencabar zon selesa perniagaan mereka: sertailah kumpulan yang berkaitan bisnes sendiri di Facebook untuk membesarkan rangkaian dalam talian seperti Kelab Usahawan Hidup Ringkas, Group Suri Rumah Bisnes Online dan banyak lagi.
Ini adalah resam yang paling cepat untuk mempelajari cara dan taktik yang sedang digunakan peniaga yang lain terutamanya cara untuk memasarkan produk mereka. Mungkin di permulaan, belajar melalui pemerhatian dan kemudiannya belajar melalui pertanyaan – ramai yang tidak kedekut untuk berkongsi tips dan juga penting, jangan kecilkan kemampuan bisnes sendiri.
Belajar untuk berkenalan dengan fungsi carian (search function) di platform Instagram, Twitter dan Facebook untuk melihat contoh-contoh dari model perniagaan, cara operasi, system pengedaran produk kepada pelanggan, pembangunan produk untuk menepati citarasa yang dikemaskini serta peniaga dari negara lain untuk mendapat idea baru untuk dicuba di bisnes sendiri.
Perubahan pada bisnes hanya mula berlaku sekiranya ada perubahan pada pemilik bisnes. Sejujurnya, dunia sedang pesat berkembang dan pemilik bisnes patutnya menjadi pemain dan penggerak dan bukannya sekadar yang menuruti. Hanya mereka yang sentiasa mencuba akan mempelajari yang inovasi bukanlah hak perniagaan yang besar sahaja.
(Minggu depan: Kenali Pelanggan Untuk Luaskan Pasaran)
* Low Ngai Yuen merupakan Ketua Pegawai Eksekutif di GEMA iaitu sebuah NGO berdaftar dan antara usaha GEMA adalah membolehkan pemindahan teknologi dengan para usahawan kecil.
** Artikel ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan sidang pengarang Astro AWANI.
Low Ngai Yuen
Thu Jan 03 2019
![[PERSPEKTIF] Inovasi dalam segmen perniagaan kecil [PERSPEKTIF] Inovasi dalam segmen perniagaan kecil](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-01/61546490566_WANITABERNIAGA.jpg)
Golongan usahawan terutamanya peniaga kecil harus bijak menggunakan perubahan teknologi untuk meluaskan empayar perniagaan mereka. - Gambar hiasan REUTERS

'Gummy' dilarang jual di semua platform, tidak patuh pelabelan
Tindakan penguatkuasaan termasuk rampasan produk ini akan dibuat berdasarkan peraturan.

Rusia denda Google beberapa kali kerana langgar syarat kandungan
Denda itu dikenakan kerana kegagalan Google menghapuskan kandungan berunsur ekstremisme, berita palsu serta bahan yang menghasut rusuhan.
[TERKINI] 'Gummy' dilarang jual, tidak patuh pelabelan
Produk gummy berbentuk mata yang dipercayai menjadi punca kematian kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun di Pulau Pinang dilarang dijual di mana-mana platform termasuk dalam talian dan pasaran domestik.

Pengurusan masjid, surau perlu tingkatkan kawalan keselamatan - Mohd Na'im
Insiden kanak-kanak dipercayai dicabul ketika berada di dalam sebuah masjid di Selangor adalah satu perkara yang perlu diambil iktibar.

Jojo sedia kongsi ilmu di Wilayah Pahlawan 2025
Jojo berkata beliau memikul tanggungjawab besar untuk menjadi lebih matang dan berdisiplin, demi menjadi inspirasi baik buat anak muda.
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.

MARDI lancar Kit Book MYSavefood Ramadan
Ia bagi melaksanakan program MYSavefood di bazar Ramadan dengan lebih sistematik mengikut SOP yang telah ditetapkan.

Kenali pelanggan untuk luaskan pasaran
Pertanyaan saya hanya dibalas dengan senyuman yang sangat tawar. Saya tidak berpuas hati lalu meneruskan pertanyaan dalam bentuk cadangan.
![[PERSPEKTIF] Inovasi dalam segmen perniagaan kecil [PERSPEKTIF] Inovasi dalam segmen perniagaan kecil](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-01/61546490566_WANITABERNIAGA.jpg)
[PERSPEKTIF] Inovasi dalam segmen perniagaan kecil
Tidak ramai peniaga yang menyedari potensi perniagaan mereka untuk berkembang pesat melalui inovasi.

Mahasiswa UIAM IPTA pertama sertai IBR
Zaleha berkata budaya memerangi rasuah harus dipupuk sejak dari awal seperti di universiti bagi mengekang gejala berkenaan daripada berleluasa.