Persepsi rakyat Malaysia terhadap gejala rasuah di negara ini tidak berubah sejak tahun 2005.
Itu adalah hasil kaji selidik yang dijalankan oleh Merdeka Center for Opinion Research dengan kerjasama BFM Radio, yang mendapati rakyat Malaysia rata-rata mendapati gejala ini serius, iaitu, persepsi yang sama seperti tahun-tahun sebelum ini.
Dalam kaji selidik yang dijalankan sempena Hari Anti Korupsi Sedunia yang jatuh pada 9 Disember setiap tahun, adalah didapati bahawa 77 peratus rakyat Malaysia menganggap gejala rasuah di negara ini serius.
Semasa kajian selidik yang dilakukan pada Ogos 2005 dan Jun 2012, jawapan yang hampir sama diberi dimana masing masing mencatatkan 76 peratus dan 78 peratus mendapati rasuah adalah lazim di negara ini.
Kajian itu juga mendapati rata-rata rakyat Malaysia berpendapat bahawa kadar rasuah di Malaysia telah meningkat, dimana 49 peratus bersetuju ia telah meningkat, 20 peratus berpendapat kadar rasuah tidak berubah dan 21 peratus merasakan tahap rasuah telah berkurangan jika dibandingkan dengan tahun lepas.
Kajian itu juga mendapati 56 peratus daripada rakyat Malaysia merasakan usaha kerajaan untuk membasmi rasuah tidak mencukupi, dimana pendapat ini majoritinya datang daripada golongan muda yang mempunyai kemudahan internet.
Sebanyak 51 peratus responden mendapati bahawa Laporan Ketua Audit Negara yang dikeluarkan baru-baru ini, tidak dipandang serius manakala 39 peratus lagi berpendapat ianya diambil secara serius.
Sejumlah 67 peratus rakyat Malaysia mendapati orang ramai boleh memainkan peranan di dalam usaha membasmi rasuah, dimana pandangan ini lebih menjurus di kalangan penduduk luar bandar dan golongan berpendapatan rendah.
Kajian terbabit dijalankan dari 26 November ke 5 Disember, di mana 1,019 pengundi berdaftar iaitu 61 peratus kaum Melayu, 30 peratus kaum Cina dan sembilan peratus kaum India ditemubual menerusi telefon.
T K Letchumy Tamboo
Wed Dec 10 2014
Persepsi rakyat Malaysia terhadap gejala rasuah di dalam negara ini tidak berubah sejak tahun 2005, kata kajian Merdeka Center for Opinion Research.
Unjuran pertumbuhan KDNK 2025 sebanyak 4.5-5.5 peratus adalah munasabah - Ahli ekonomi
Belanjawan 2025 adalah langkah terbaik untuk mengimbangi keutamaan ekonomi dengan realiti politik.
Semua negara wajib tamatkan pendudukan Israel ke atas wilayah Palestin - Suruhanjaya Siasatan PBB
Pendudukan Israel adalah punca utama kepada kitaran keganasan yang tidak berkesudahan dan konflik selama beberapa dekad.
Dijangka jana sebahagian besar pertumbuhan ekonomi global
BRICS memainkan peranan luar biasa dalam ekonomi global pada masa kini dan diyakini meningkat di masa depan.
Enam maut, 25 cedera bas terbabas di Turkiye
Enam terbunuh manakala 25 cedera apabila sebuah bas terbabas lalu terbalik di Aksaray wilayah tengah Turki, pada Jumaat.
Polis giat cari warga amerika yang disyaki diculik
Pihak berkuasa Filipina pada Jumaat melancarkan pencarian seorang warga Amerika Syarikat yang dipercayai diculik kumpulan bersenjata di selatan Filipina.
Singapura tahan remaja bawah ISA, rancang lakukan serangan
Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (ISD) dalam satu kenyataan berkata pelajar yang radikal diri itu merupakan penyokong tegar kumpulan Daesh, juga merancang pergi ke Syria, untuk terlibat dalam keganasan bersenjata.
Pasukan pengaman disasar secara sengaja - Jurucakap UNIFIL
Jurucakap itu berkata kedudukan mereka telah berulang kali diserang di Lubnan, sekali gus meletakkan pasukan pengaman dalam bahaya.
Dia rakyat beta, beri keadilan sekarang - Tengku Hassanal
Tengku Mahkota Pahang itu dalam kemas kini di Instagram Story hari ini menambah, keadilan bukan sahaja perlu perlu dilaksanakan, tetapi ia juga mesti dilihat dilaksanakan.
Empat lelaki didakwa rompak jongkong emas RM710,000
Empat lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, pada Jumaat, atas pertuduhan merompak jongkong emak bernilai RM710,000, awal bulan lalu.
Tiga penunggang motosikal maut dalam kemalangan berasingan di LPT2
Tiga lelaki dipercayai peserta program EX5 Members 4.0 maut dalam dua kemalangan berasingan di Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) di Kemaman hari ini.
Persepsi rakyat Malaysia terhadap rasuah tidak berubah sejak 2005 - Merdeka Center
Persepsi rakyat Malaysia terhadap gejala rasuah di dalam negara ini tidak berubah sejak tahun 2005, kata kaji selidik Merdeka Center for Opinion Research.