Persepsi pengundi dilihat banyak mempengaruhi mereka ketika membuat keputusan untuk memilih calon pilihan raya mereka.

Malah lambang parti tidak lagi dilihat sebagai faktor utama untuk memilih calon tetapi kredibiliti seseorang calon itu yang sangat dititikberatkan para pengundi.

Pandangan itu disuarakan oleh Profesor Ulong negara, Datuk Dr Amri Baharuddin.

Menurut beliau, pengantara memainkan peranan penting dalam pembentukan persepsi.

“Masyarakat umumnya banyak bergantung kepada persepsi dan perlu ada “orang tengah” yang memberikan pengisian kepada persepsi itu seperti media,” kata Amri.

Menurut beliau lagi, selain persepsi calon yang berjiwa rakyat dan sentiasa turun padang akan sentiasa menjadi pilihan.

Tambahnya lagi, rakyat semakin matang dan bijak membuat pilihan.

Dr Amri berkata demikian semasa menjadi tetamu dalam program Analisis Awani.

Lihat rakaman penuh