IPOH: Persepsi golongan belia terhadap bidang pertanian perlu diubah bagi meningkatkan lagi penglibatan mereka, sekali gus berupaya untuk "meremajakan" sektor berkenaan, kata Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Chan Foong Hin.
Beliau berkata perkembangan industri pertanian negara menunjukkan kurangnya penglibatan golongan belia di negara ini dalam sektor pertanian menyebabkan kerjaya dalam bidang itu diambil alih oleh tenaga kerja warga asing.
"Sekiranya negara masih bergantung kepada tenaga kerja asing dan peladang yang berusia dalam bidang pertanian, dikhuatiri ketiadaan pelapis dalam bidang berkenaan dan akan membawa kesan negatif kepada kelangsungan sektor agromakanan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Sesi Townhall Pemimpin Bersama Warga Agro MADANI bersempena dengan Sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) 2023 di sini hari ini.
Sebanyak 500 belia agro yang berminat atau sedang menceburi sektor agromakanan dan keusahawanan serta kira-kira 1,000 pengunjung yang terdiri daripada peladang, penternak dan nelayan hadir pada sesi itu.
Dalam pada itu, Chan berkata warga Agro MADANI merupakan penyumbang penting dalam memajukan sektor pertanian dan perikanan negara serta membantu memastikan bekalan makanan di dalam negara sentiasa mencukupi.
Beliau berkata penganjuran sesi dialog awam berkenaan merupakan satu daripada medium libat urus dan perkongsian informasi, teknologi dan inovasi serta pengalaman pemimpin terlibat dalam sektor agromakanan bersama warga belia Agro MADANI.
Program berkonsepkan santai ilmiah itu diadakan khas bersempena dengan sambutan HPPNK 2023 bertujuan mencari penyelesaian di samping memupuk minat belia negara menceburi sektor pertanian dengan pengenalan dan penggunaan teknologi yang mampu mengurangkan kos dalam pelaksanaan projek.
Selain itu, beliau berharap penganjuran sesi seumpama itu dapat memberi panduan, ruang dan peluang kepada mereka yang berminat terutamanya golongan belia untuk bersama-sama dalam sektor berkenaan kerana pertanian mampu memberikan pulangan lumayan sekiranya dilakukan dengan betul.
"Kerajaan sentiasa memandang serius dan menawarkan pelbagai bantuan untuk memberi dorongan kepada golongan belia agar boleh merealisasikan matlamat yang telah ditetapkan negara dalam industri pertanian termasuk mengeksport produk agromakanan," katanya.
CHAN-PERTANIAN 3 (AKHIR) IPOH
Beliau berkata program seperti itu diharap mampu menarik minat golongan belia seterusnya menyumbang kepada kelestarian sumber agromakanan dalam negara.
Sementara itu, Chan berkata pelbagai aktiviti dan acara diadakan pada HPPNK 2023 di Bulatan Sultan Azlan Shah di sini selama tiga hari bermula hari ini.
Beliau berkata aktiviti yang diatur sepanjang HPPNK 2023 berinspirasikan Konsep Malaysia MADANI dan memberi tumpuan kepada empat fokus utama iaitu Agro Millenia, Agro Teknologi dan lnovasi, Sejahtera MADANI dan Agro MADANI.
"Dari sudut kementerian, program yang dianjurkan menunjukkan betapa komitednya kerajaan menghargai peladang, penternak dan nelayan seterusnya menangani isu kos sara hidup rakyat dan mengambil peranan memastikan keterjaminan bekalan makan sentiasa mencukupi dan tersedia buat seluruh rakyat," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 10 2023
Datuk Chan Foong Hin (kiri) menyerahkan telur kepada pelanggan ketika melawat ruang jualan sempena Sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) 2023 di Bulatan Sultan Azlan Shah hari ini. - Bernama
MTL: Kerajaan Kelantan minta orang ramai elak lakukan aktiviti luar
Kerajaan Kelantan mengingatkan orang ramai agar tidak melakukan sebarang aktiviti-aktiviti luar susulan musim Monsun Timur Laut (MTL) ini.
Lelaki Orang Asli ditemukan lemas di Sungai Tumboh
Mayat mangsa ditemukan oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dengan berpakaian lengkap dan dipercayai tersangkut pada pokok liar.
AWANI Ringkas: Salah laku | RUU Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
10 Berita Pilihan - (22 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: 1MDB | Mahkamah | Bahan api
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pelajar ditemukan lemas selepas tergelincir ke dalam tali air di Kota Bharu
Muhamad Faris Mohd Nor berusia 14 tahun ditemukan di dasar tali air berkenaan pada kedalaman kira-kira lapan meter.
Tumpuan Sabtu – 23 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
It's About YOUth: Project EXIT uncovers mental health struggles
Astro Shaw’s Project EXIT shines a stark light on suicide and mental health. Director Zulaikha Zakaria and producer Syakir “Mo” Zakii discuss how the series delves into the realities of mental health, friendship, and the search for hope. #ItsAboutYOUth
AWANI Tonight: PM’s travels funded by govt, not private companies - Minister
Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s overseas trips to five countries were funded by the government, while corporate executives covered their own costs.
AWANI Tonight: What are the implications of ICC’s arrest warrant for Israel & Hamas?
Aisya Abdul Rahman from University Malaya discusses the significance of the International Criminal Court’s recent arrest warrant for Israel’s Prime Minister and former Defence Minister, as well as the military commander of Hamas.
Pengundi muda di AS keliru pilihan Presiden 2024
Landskap politik AS kini berubah menyebabkan sesetengah belia yang sebelum ini setia kepada parti Demokrat tidak lagi pasti tentang pilihan mereka.
Senator wakili belia bakal dilantik di Dewan Negara - Ismail Sabri
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan seorang senator dalam kalangan be;ia bakal dilantik di Dewan Negara bagi mewakili suara golongan itu.
PRN Johor: Peratusan keluar undi golongan belia dijangka kurang
Menurut data Indeks Belia Malaysia, sosilisasi politik dalam kalangan belia memang rendah malah menurun setiap tahun.
Keluarga muda Malaysia, mutu sukan dan isu belia fokus saya - Ahmad Faizal
Isu pengangguran, graduan kehilangan pekerja, meningkatkan kemahiran belia dan pembangunan sukan antara yang akan diberikan perhatian oleh Menteri Belia dan Sukan yang baharu, Ahmad Faizal Azumu.
'Kami yakin belia mampu bantu kerajaan sebaiknya' - MPPK
Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan menyambut baik komitmen kerajaan dalam mendengar dan memberi tumpuan suara anak muda dalam memulihkan negara.
PRU15: Pastikan kes rendah, kadar vaksinasi tinggi sebelum laksana
Kes harian COVID-19 perlu berada pada angka yang rendah, jika mahu mengadakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dalam masa terdekat.
Harapan Hari Belia Antarabangsa 2021, generasi muda mahu...
KETIKA 'perang' menentang pandemik COVID-19 masih berterusan, kestabilan politik perlu terus diberi perhatian bagi memastikan kejayaan langkah-langkah yang sedang dilaksanakan.
Kenyataan Syed Saddiq tuduhan liar, tidak matang dan ada agenda tersendiri - Pemuda PN
Kenyataan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman terhadap Kerajaan Perikatan Nasional (PN) disifatkan sebagai tuduhan tidak berasas.
Beban liabiliti antara punca golongan muda sukar menyimpan
Pendapatan yang tidak mencukupi disebabkan terpaksa menanggung liabiliti dan hutang mempengaruhi trend perbelanjaan golongan muda sehingga mendorong mereka menggunakan kad kredit.
Mohammad Natsir tokoh pemikir Islam disegani - Anwar Ibrahim
Ketokohan Perdana Menteri kelima Indonesia, Dr Mohammad Natsir dalam penulisannya mengenai Islam dan modernisasi memberi kesan yang mendalam.