KUALA LUMPUR: Polis sedang mengesan dua wanita dan dua lelaki dipercayai terlibat dengan dua video berasingan mempersendakan golongan Orang Kurang Upaya (OKU) yang tular di media sosial sejak semalam.
Ketua Polis Daerah Sentul ACP Beh Eng Lai berkata ia susulan satu laporan polis dibuat seorang wanita berhubung tindakan mereka yang turut dipercayai menyalahgunakan kemudahan OKU di dalam video itu.
Beliau berkata video pertama dimuat naik, telah dilakonkan oleh dua lelaki yang berlagak sebagai OKU dan mempersendakan tempat letak kereta OKU di sebuah pusat beli belah di ibu kota.
"Mereka juga didapati mengajuk perbuatan OKU selepas berjaya meletakkan kenderaan mereka di tempat letak kereta di situ.
"Sementara satu lagi video memaparkan dua wanita telah menyalahgunakan tandas OKU di sebuah stesen minyak. Mereka juga bertindak mengajuk perbuatan seolah-olah mereka adalah OKU fizikal yang tempang," katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Beh berkata pengadu yang membuat laporan polis beranggapan kesemua individu tersebut telah menghina golongan OKU di negara ini serta secara terang-terangan dan tanpa rasa bersalah menggunakan warga OKU sebagai bahan bagi menarik perhatian pengguna di media sosial.
Beliau berkata kes terbabit diklasifikasikan di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia kerana kesalahan dengan sengaja mengaibkan dengan niat hendak membangkitkan pecah keamanan dan penggunaan media sosial secara tidak wajar.
BACA: Persenda OKU: Laporan polis untuk elak insiden berulang - Ras Adiba
BACA: Dua pemuda salah guna parkir OKU di pusat beli belah perlu mohon maaf
Terdahulu, Presiden OKU Sentral Senator Datuk Ras Adiba Radzi hari ini membuat laporan polis terhadap beberapa individu yang menyalahgunakan kemudahan yang dikhaskan untuk golongan OKU.
Beliau tiba di Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields, di sini pada kira-kira 1.20 tengah hari dan selesai membuat laporan berkenaan pada 2.40 petang.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 09 2021

BEH: Mereka didapati mengajuk perbuatan OKU selepas berjaya meletakkan kenderaan mereka di tempat letak kereta. - Gambar fail/BERNAMA
ASEAN 2025 | 13 Mac
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Pantau Agenda Reformasi: SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang
Bersama Jose Rizal, Ketua Aktivis, Gerakan E-Hailing Malaysia membincangkan tentang SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang.

Memorandum Jemaah Menteri akan dibentang berkaitan program undang-undang di Sabah, Sarawak
Menteri Pendidikan Tinggi akan membentangkan satu memorandum Jemaah Menteri bagi membolehkan penawaran program undang-undang sebagai bidang fakulti yang baharu di Sabah dan Sarawak.

Cuepacs mohon kerajaan pertimbang beri Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri
Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) memohon kerajaan mempertimbangkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri kepada penjawat awam.

PM Anwar arah KKDW segerakan, pantau rapi projek infrastruktur asas rakyat
Perdana Menteri mengarahkan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah supaya menyegerakan projek-projek infrastruktur asas yang melibatkan kepentingan rakyat.

Chong Wei sedia kongsi komitmen sebagai duta sukan Johor
Datuk Lee Chong Wei bersedia memikul tanggungjawab sebagai penasihat badminton dan duta sukan Johor seperti diumum Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Tiada bukti kaitkan bekas pakar patologi dengan pembunuhan Kevin Morais - Peguam
Mahkamah Persekutuan diberitahu tiada bukti yang mengaitkan Kolonel Dr R. Kunaseegaran dengan kes pembunuhan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Anthony Kevin Morais.

Pemastautin sementara dalang palsu MyKad - Saifuddin
Seorang pemastautin sementara dipenjara kerana didapati menjadi dalang aktiviti pemalsuan kad pengenalan (MyKad) di ibu negara.
Vietnam seru negara anggota perkukuh ekonomi
ASEAN perlu memastikan kebergantungan strategik dan keupayaan menyesuaikan diri dalam menghadapi cabaran yang semakin berkembang pesat di tengah persaingan strategik.
Vietnam cadang lanjut cuti bersalin ke 7 bulan
Vietnam bercadang membenarkan pekerja wanita melanjutkan cuti bersalin daripada enam bulan kepada tujuh bulan apabila melahirkan anak kedua.

Polis lengkapkan kertas siasatan Kak Long 7E
Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Asisten Komisioner R Supramaniam berkata, kes berkenaan masih dalam siasatan lanjut.

Persenda OKU: Pinda Akta 588 untuk beri hukuman lebih berat
Cadangan itu, bagi memastikan perbuatan mempersenda dan mendiskriminasi golongan Orang Kurang Upaya (OKU) tidak terus berleluasa, terutama di media sosial.

Persenda OKU: Polis ambil keterangan lima individu
Polis telah mengambil keterangan dua lelaki dan tiga wanita hari ini bagi membantu siasatan kes mempersendakan golongan Orang Kurang Upaya (OKU).

Persenda OKU: Dua lelaki, dua wanita dikesan polis
Ia susulan laporan polis dibuat seorang wanita berhubung tindakan mereka yang turut dipercayai menyalahguna kemudahan OKU.

Persenda OKU: Laporan polis untuk elak insiden berulang - Ras Adiba
Presiden OKU Sentral Senator Datuk Ras Adiba Radzi berkata beliau tetap membuat laporan polis ke atas individu yang mempersendakan Orang Kurang Upaya (OKU) walaupun mereka telah memohon maaf.