Enam persatuan utama di negara ini hari ini menyatakan bantahan mereka ke atas cadangan pelaksanaan lesen pengedaran tembakau dan keluaran tembakau.
Dalam satu kenyataan hari ini, Persatuan Pemilik Kedai Kopi Malaysia Singapura (MSCSPGA), berkata persatuan itu yang mewakili lebih 180,000 peruncit, telah mengemukakan petisyen bersama kepada kerajaan supaya menimbang semula cadangan itu.
"Walaupun Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi baru-baru ini mengeluarkan kenyataan bahawa keputusan belum dibuat mengenai perkara itu, MSCSPGA mengemukan petisyen itu memandangkan penguatkuasaan berkenaan akan memberi kesan kepada banyak perniagaan di negara ini.
"Selain itu, kami juga menyuarakan kebimbangan mengenai cadangan itu memandangkan keperluan pelesenan yang dicadangkan itu tidak termasuk peruncit di Sabah dan Sarawak," katanya.
BACA: Kerajaan belum putuskan laksana lesen edar tembakau dan keluaran tembakau - MPIC
Pada masa yang sama, persatuan juga menyuarakan kebimbangan mengenai proses permohonan yang didakwa akan membebankan peruncit memandangkan kehadiran Lembaga Kenaf dan Tembakau, agensi di bawah kementerian yang diamanahkan dengan pengeluaran lesen, hanya beroperasi di beberapa negeri sahaja.
"Ini mungkin memerlukan peruncit membuat perjalanan jauh ke negeri jiran untuk memohon lesen, kata MSCSPGA.
BACA: 'Jangan diskriminasi pengharaman vape dengan rokok' - Dr Najmil
Enam persatuan kebangsaan itu terdiri daripada MSCSPGA, Persatuan Pemilik Restoran India Malaysia, Persatuan Pemilik Restoran Islam Malaysia, Persekutuan Persatuan Saudagar Barangan Runcit Malaysia, Persatuan Pemborong dan Peruncit Islam Malaysia dan Gabungan Persatuan Penjaja-Penjaja Dan Peniaga-Peniaga Kecil Malaysia.
Bernama
Wed Jan 20 2016
Enam persatuan utama di negara ini hari ini menyatakan bantahan mereka ke atas cadangan pelaksanaan lesen pengedaran tembakau dan keluaran tembakau. -Gambar hiasan
ASEAN akan perkenal Visi Komuniti ASEAN 2045 di Malaysia tahun hadapan
Wawasan itu akan menggariskan hala tuju pembangunan bagi rantau ini untuk dua dekad akan datang.
Aplikasi TikTok jadi 'medan' promosi skim pelaburan palsu - Polis
Sejak 2021 hingga Oktober lepas, kes penipuan pelaburan melalui TikTok mencatatkan kenaikan lebih 90 peratus.
Krisis kemanusiaan semakin meruncing, ribut musim sejuk landa Gaza - UNRWA
Penduduk yang kehilangan tempat tinggal kini berdepan keadaan yang teruk ketika hujan lebat, angin kencang dan ombak besar.
Kerjasama ASEAN-APEC mesti adil, bukan negara besar paksa negara kecil - PM Anwar
Kerjasama antara negara melalui platform ASEAN, APEC atau lain-lain mesti bersifat adil untuk menangani isu-isu kepentingan bersama.
Fasa akhir pembinaan kapal LCS pertama siap akhir tahun ini
Fasa akhir pembinaan kapal tempur pesisir (LCS) pertama akan disiapkan pada penghujung tahun ini, menurut Kementerian Pertahanan.
Pekerja bank ditipu, jadi 'orang suruhan' sindiket penipuan telefon
Seorang mangsa sindiket membuat laporan polis pada 28 Oktober lalu kerana ditipu hingga kerugian RM138,000.
Kajian New Zealand menunjukkan kesan buruk internet terhadap kanak-kanak 8 tahun
Kanak-kanak yang mengalami masalah tingkah laku atau memiliki lebih banyak peranti peribadi berisiko lebih tinggi terdedah kepada bahaya dalam talian.
Rasuah: Mahkamah Rayuan kekalkan hukuman penjara 30 bulan bekas polis
Bekas inspektor polis berusia 42 tahun itu akan memulakan hukuman penjara hari ini.
IPTA, IPTS diminta pastikan pelajar tidak laksana aktiviti luar ketika MTL
Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini berlaku membabitkan pelajar.
Festival Idea Putrajaya sasar 25,000 pengunjung, tawar peluang pekerjaan
Karnival Kerjaya MADANI yang diadakan sempena festival itu turut tawarkan 10,000 peluang pekerjaan kepada pencari kerja daripada pelbagai peringkat.
Persatuan kebangsaan bantah syarat lesen untuk jual rokok
Enam persatuan utama di negara ini hari ini menyatakan bantahan mereka ke atas cadangan pelaksanaan lesen pengedaran tembakau dan keluaran tembakau.