KUALA LUMPUR: Persatuan bas sekolah memberi jaminan tidak akan membebankan ibu bapa berikutan tambang yang dijangka naik tidak lama lagi, kata Presiden Persekutuan Persatuan-persatuan Bas Sekolah Malaysia, Amali Munif Rahmat.
Beliau berkata jumlah peningkatan tambang bas sekolah adalah tidak sama kerana nilainya berpandukan mengikut kawasan dan status masyarakat setempat setelah pada 1 Jan 2015 kerajaan sudah tidak mengawal tambang bas sekolah menyebabkan jumlahnya terpulang kepada pasaran.
"Untuk kenaikan tambang ini, pihak persatuan hanya boleh memberi nasihat dan garis panduan kepada pengusaha yang biasanya semua itu bergantung terhadap kajian semula penyata untung rugi, juga kata sepakat operator bas sekolah bersama ibu bapa.
"Berdasarkan rekod yang kami ada, tambang bas sekolah pada masa ini adalah antara RM50 contohnya di Keramat, manakala bagi kawasan elit seperti Damansara dan Petaling Jaya boleh mencecah RM300 sebulan," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Terdahulu, media melaporkan berhubung ibu bapa perlu bersiap sedia dengan kenaikan tambang bas sekolah di sekitar Lembah Klang yang dijangka bermula minggu depan atau Julai berikutan kos penyelenggaraan serta alat ganti kenderaan meningkat secara mendadak.
Mengulas lanjut, Amali Munif berkata kos kenaikan tambang itu melibatkan kiraan 44 kali pelajar naik bas dalam sebulan iaitu 22 hari maksimum dengan dua kali naik sehari dan mengikut kadar itu, ia dikira masih di tahap tambang yang masih rendah.
Pengusaha bas sekolah sekitar Damansara, Mohd Zaid Zainuddin, 50, berkata kenaikan tambang secara purata RM15 hingga RM25 sebulan boleh dipertimbangkan memandangkan sudah ramai pengusaha bas sekolah yang gulung tikar dan beralih ke industri pekerjaan lain.
"Setakat ini kami sudah memberikan gambaran awal kepada ibu bapa. Perbincangan mengenai kenaikan tambang juga dilakukan supaya mereka tidak terkejut dengan perubahan ini. Ada dalam kalangan mereka memahami serta bersetuju dengan usaha ini, cuma meminta supaya kadar kenaikan tidak terlalu ketara (cadangan RM10 hingga RM15 sahaja kenaikan)," katanya.
Sementara itu bagi pengusaha van sekolah, Shahrul Aidit Ahmad, 48, yang menjalankan operasi mengambil anak-anak sekolah menggunakan van di sekitar Kelana Jaya, Selangor selama 20 tahun berkata tindakan itu wajar dilakukan berikutan kos penyelenggaraan dan servis kenderaan terlibat sudah meningkat berganda selepas pandemik baru-baru ini.
"Mahu atau tidak, pada masa ini kita berhadapan dengan semua barang naik harga termasuk juga kos penyelengaraan bas dan alat ganti kenderaan import terutama selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)," katanya.
Menurutnya pada masa sekarang, purata tambang adalah mengikut jarak dari rumah ke sekolah lebih kurang 2 kilometer (km) hingga 3km dengan nilai RM50 untuk sehala bagi setiap bulan, dengan kata lain kira-kira RM100 sebulan bagi seorang pelajar untuk pergi dan balik.
Prihatin terhadap permasalahan tersebut, Pengerusi Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata kerajaan perlu mempunyai formulasi dengan langkah memberikan subsidi kepada pengusaha bas sekolah untuk mengurangkan impak ke atas kenaikan tambang dalam pelbagai aspek.
"Kaedah memberikan subsidi tersebut boleh dilakukan dengan pelbagai cara antaranya tuntutan boleh dibuat daripada kerajaan atau memberikan faedah lain seperti simpanan premium atau kredit dapat ditukar kepada perkara lain yang sesuai untuk kegunaan pengusaha bas sekolah," katanya.
Kemelut kenaikan tambang bas sekolah juga mendapat perhatian Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN) Prof Madya Datuk Dr Mohamad Ali Hasan yang mencadangkan kerajaan menetapkan harga siling supaya dapat memastikan jumlah kenaikan tambang tidak dibuat sesuka hati sehingga memberi bebanan kepada ibu bapa.
"Kerajaan juga perlulah memikirkan mengenai subsidi terhadap kenderaan yang digunakan terutama dalam kalangan pengguna tetap bas sekolah yang kebanyakannya terdiri daripada kumpulan isi rumah B40 dan M40," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 29 2022
Ibu bapa perlu bersiap sedia dengan kenaikan tambang bas sekolah di sekitar Lembah Klang yang dijangka bermula minggu depan atau Julai. - Gambar fail/BERNAMA
Wanita 19 tahun korban keenam keracunan arak metanol
Pelancong wanita warga Australia yang dirawat akibat keracunan metanol di Vientiane, Laos, telah disahkan meninggal dunia pada Jumaat.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Pertabalan Raja Charles telan kos hampir RM424 juta
Pertabalan Raja Charles menelan belanja sebanyak 72 juta pound (hampir RM424 juta).
Aktivis tuang baja di Pejabat Kementerian Dalam Negeri Itali
Di Rom...pejuang iklim diketuai extinction rebellion pada Jumaat ada cara tersendiri untuk memperjuangkan kesihatan planet bumi khusus dengan perubahan iklim global yang semakin merosot.
Kualiti udara di New Delhi menjunam ke paras berbahaya
Kualiti udara di New Delhi India terus menjunam ke tahap berbahaya setakat Jumaat mengakibatkan rutin harian penduduknya terjejas selain risiko kesihatan yang terus meningkat. Berdasarkan angka indeks kualiti udara (AQI) oleh agensi pemantau kesihatan udara berpangkalan di Switzerland IQAir, kualiti udara di bandar itu terus merosot pada angka 545.
AS8.5 bilion komitmen diperoleh daripada syarikat UK
Indonesia meraih komitmen pelaburan sebanyak 8.5 bilion dolar Amerika daripada 19 syarikat terkemuka United Kingdom (UK) semasa lawatan Presiden Prabowo Subianto ke negara itu.
Polis UK laksana 'letupan terkawal' pada bungkusan misteri
Polis United Kingdom (UK) pada Jumaat bergegas ke Kedutaan Amerika Syarikat untuk melaksanakan prosedur letupan terkawal susulan penemuan bungkusan mencurigakan di perkarangan pejabat itu. Polis Metropolitan London menerusi laman media sosial X pada Jumaat mengesahkan bunyi letupan kuat yang didengari di kawasan itu adalah merupakan hasil dari proses letupan terkawal yang dilaksanakan anggota-anggotanya.
Bangunan di Lubnan runtuh akibat ledakan tepat misil Israel
Tentera rejim Zionis Israel pada Jumaat meletopkan sebuah bangunan yang terletak di Chiyah, di selatan Beirut dalam siri keganasan terbaharunya di Lubnan. Dalam visual menggerikan yang dikongsikan oleh Reuters menyaksikan orang ramai menjerit ketakutan serta terkejut dengan ledakan misil yang berlaku amat pantas.
Makaf sasar sembilan pingat emas Sukan SEA 2027
Skuad karate negara sedang mengatur strategi sebagai persediaan Malaysia menjadi tuan rumah temasya Sukan SEA 2027 dengan sasaran sembilan pingat emas.
Presiden Persekutuan Karate Malaysia (Makaf), Datuk Nur Azmi Ahmad berkata, pencapaian pada 2001 di Kuala Lumpur perlu dijadikan sandaran berbanding kutipan enam pingat emas ketika temasya 2017.
Presiden Persekutuan Karate Malaysia (Makaf), Datuk Nur Azmi Ahmad berkata, pencapaian pada 2001 di Kuala Lumpur perlu dijadikan sandaran berbanding kutipan enam pingat emas ketika temasya 2017.
KTMB sediakan 2 ETS tambahan KL Sentral-Padang Besar
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menyediakan dua perkhidmatan tren elektrik (ETS) tambahan bagi laluan pergi balik KL Sentral-Padang Besar, sempena sambutan Hari Natal dan cuti sekolah penggal ketiga tahun ini.
Subsidi: Wajar diteruskan, ambil langkah banteras penyelewengan
Dr Barjoyai berkata, subsidi harus diteruskan namun perlu memberi penekanan terhadap usaha membanteras penyelewengan.
Tambang bas sekolah dijangka naik
Presidennya, Amali Munif Rahmat berkata, kenaikan itu berlaku berikutan pertambahan kos operasi dan penyelenggaraan jentera.
Tambang bas sekolah: Pengusaha, ibu bapa perlu bincang, wujudkan situasi menang-menang
Harga alat ganti yang lebih tinggi, kenaikan gaji pemandu dan persaingan daripada pengusaha tidak berlesen antara faktor utama kenaikan itu.
Persatuan bas sekolah jamin tambang tidak beban ibu bapa
Persatuan bas sekolah memberi jaminan tidak akan membebankan ibu bapa berikutan tambang yang dijangka naik tidak lama lagi.
Ibu bapa jangan cemas, tambang bas sekolah tidak naik - GPBSM
Sekiranya ibu bapa merasakan tambang terlalu mahal, mereka masih mempunyai pilihan untuk menggunakan perkhidmatan bas sekolah dengan kadar tambang yang lebih setimpal.
Tambang bas sekolah terpaksa dinaikkan - GPBSM
Presidennya, Mohd Rofik Mohd Yusof berkata kenaikan yang bakal berlaku dijangka tidak melebihi RM10 bagi setiap pelajar dan setiap bulan.
Sudah ada pengusaha naikkan tambang bas sekolah
Persetujuan SPAD dan PPBSM bahawa tiada surcaj atau kenaikan tambang sehingga pengumuman skim baru pada Mac 2014 seolah-olah tidak bermakna.