SHAH ALAM: Persekutuan Persatuan-Persatuan Bas Sekolah Malaysia mengesahkan tambang bas sekolah bagi sesi persekolahan penggal baharu pada Mac ini dijangka meningkat.
Presidennya, Amali Munif Rahmat berkata, kenaikan itu berlaku berikutan pertambahan kos operasi dan penyelenggaraan jentera terutama di kawasan bandar khususnya Lembah Klang.
“Memang kemungkinan ada peningkatan harga untuk penggal baharu tetapi saya tidak pasti berapa jumlahnya kerana ia berbeza mengikut operator itu sendiri dengan mereka perlu mengambil kira margin perniagaan dan situasi semasa,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Ahad.
Menurutnya, antara faktor tambang terpaksa dinaikkan adalah kerana alat ganti kenderaan mahal dan lebih 80 peratus alat ganti diimport dari luar.
“Kalau dulu harga alat ganti RM100 tetapi sekarang dah naik RM120 hingga RM150, dan kos juga berdasarkan penyelenggaraan bulanan.
"Kami juga perlu menukar minyak hitam dan perlu juga melihat berapa jauh perjalanan bas itu setiap bulan sebab itu saya kata operasi setiap operator tidak sama, malah ada juga operator perlu membayar parkir kalau tidak akan disaman," jelasnya.
Amali berkata, kenaikan tambang itu berlaku berdasarkan kawasan dan kos operasi selepas kerajaan sudah tidak mengawal tambang bas sekolah dan ia mengikut kepada pasaran sejak Januari 2015.
“Pihak persatuan hanya boleh memberi nasihat dan garis panduan kepada operator yang akan mengambil kira dan bergantung terhadap kajian semula penyata untung rugi, selain kata sepakat pihak berkenaan bersama ibu bapa," katanya.
Mengulas lanjut mengenai kaedah agar ibu bapa tidak terbeban dengan kenaikan itu, Amali Munif mencadangkan supaya sistem bas sekolah percuma diperkenalkan oleh kerajaan seperti yang dilaksanakan di beberapa negara maju seperti Australia dan Britain.
"Satu sahaja cara untuk mengurangkan beban ibu bapa akibat daripada kenaikan ini ialah kerajaan perlu menanggung kos tambang sekolah seperti yang dibuat di Kuala Lumpur melibatkan kawasan Projek Perumahan Awam (PPA) dan juga Projek Perumahan Rakyat (PPR).
“Mereka yang tinggal dan memiliki rumah di PPA dan PPR, anak-anak mereka yang bersekolah kerajaan automatik akan berdaftar dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) layak mendapat perkhidmatan bas sekolah percuma untuk perjalanan pergi dan pulang setiap hari,” katanya
Difahamkan sistem ini sudah dimulakan sejak enam tahun yang lalu melibatkan lebih 100 operator bas sekolah di ibu negara.
“Malah di Miri dan Kuching Sarawak sudah dimulakan dengan kaedah ini yang diuruskan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) dengan kos tambang setiap pelajar ditanggung oleh PBT di kawasan berkenaan,” katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Jan 14 2024
Tambang bas sekolah bagi sesi persekolahan penggal baharu pada Mac ini dijangka meningkat berikutan pertambahan kos operasi dan penyelenggaraan kenderaan itu. Gambar kecil: Amali Munif. - Foto Sinar Harian
MySalam: RM1.1 bilion dibayar, memanfaatkan 54,000 pesakit kritikal
Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, MySalah pada asalnya dirancang untuk beroperasi lima tahun iaitu 2019 hingga 2023 dan telah dilanjutkan hingga 2025 .
Zoom dijenama semula sebagai syarikat perkhidmatan komunikasi AI
Penjenamaan semula ini adalah untuk orang ramai tidak lagi melabel Zoom sebagai syarikat yang menawarkan ciri panggilan video semata.
Saringan Minda Sihat mekanisme tangani gangguan emosi murid
Saringan Minda Sihat dilaksanakan setahun sekali kepada Tahun 5 hingga Tingkatan 6 bagi mengenal pasti murid yang mungkin mengalami masalah gangguan emosi.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
NWICE 2024: Platform penting pengurusan sumber air mampan negara
NWICE 2024 menjadi platform dalam memangkin kepada pembangunan teknologi hijau dalam sektor air, selaras dengan agenda kelestarian negara.
Bursa Malaysia dibuka tinggi, jejaki kenaikan di Wall Street
Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 2.33 mata atau 0.15 peratus kepada 1,599.78 daripada 1,597.45 ketika ditutup semalam.
AWANI Ringkas: Mangsa banjir meningkat di lima negeri pagi Selasa
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pemansuhan peperiksaan antara langkah mengurangkan tekanan murid
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata, KPM kini memberi tumpu kepada pembelajaran inkuari, eksplorasi, pengalaman dan pentaksiran bilik darjah yang dilihat lebih holistik untuk menilai murid.
Pihak berkuasa Gaza beri amaran wabak penyakit dalam kalangan penduduk
Pihak berkuasa Palestin pada Isnin memberi amaran mengenai kemungkinan tercetusnya wabak penyakit dalam kalangan orang awam.
#AWANIRingkas 26 November 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 26 November 2024
1️⃣ Isu pengurusan perumahan, kuarters kerajaan tumpuan hari ini
2️⃣ Suspek bunuh, sumbat ibu dalam peti sejuk didakwa hari ini
3️⃣ Mangsa banjir meningkat di lima negeri pagi Selasa
#awaniringkas
1️⃣ Isu pengurusan perumahan, kuarters kerajaan tumpuan hari ini
2️⃣ Suspek bunuh, sumbat ibu dalam peti sejuk didakwa hari ini
3️⃣ Mangsa banjir meningkat di lima negeri pagi Selasa
#awaniringkas
Siling pekerja asing di Malaysia bagi 2024 adalah 2.58 juta orang
Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail berkata angka siling bagi pekerja asing bekerja di Malaysia menjelang Disember 2024 adalah 2.58 juta orang.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Tambang bas sekolah dijangka naik
Presidennya, Amali Munif Rahmat berkata, kenaikan itu berlaku berikutan pertambahan kos operasi dan penyelenggaraan jentera.