Persatuan Alumni GPMS Universiti Teknologi Mara (UiTM) hari ini membuat laporan polis bagi membantah tuntutan Barisan Bertindak Hak Asasi Hindu (Hindraf) yang mahu kemasukan universiti itu dibuka kepada semua kaum.
Presiden persatuan itu Muhamad Akmal Mohd Dahalan berkata tuntutan Hindraf dilihat sebagai cubaan menghasut selain boleh mewujudkan ketegangan antara kaum di negara ini.
"Kami memandang serius tuntutan ini yang jelas bertentangan dengan artikel 153 Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang menjamin hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera serta menetapkan bahawa kemasukan UiTM adalah khusus untuk orang Melayu dan Bumiputera.
"Tuntutan ini menimbulkan rasa kurang senang kaum Melayu dan Bumiputera. Justeru itu, kami menggesa pihak polis mengambil tindakan terhadap kenyataan Hindraf itu yang mana dilihat boleh mewujudkan ketegangan kaum, sekali gus boleh menyebabkan perkara tidak diingini berlaku," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam di sini, pada Selasa.
Selain itu, enam lagi pertubuhan bukan kerajaan (NGO) turut hadir dan berhimpun secara aman di perkarangan IPD itu bagi menggesa pihak polis mengeluarkan arahan terhadap pihak berkenaan supaya tidak mengeluarkan lagi kenyataan berhubung isu tersebut.
Ia adalah Persatuan Alumni UiTM (PAUiTM), Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Alumni GPMS, Engineering Society UiTM, Persatuan Alumni MPP UiTM (PIMPIN) dan Alumni UiTM Perlis.
"Kami juga menyeru kerajaan Malaysia di bawah pimpinan Perdana menteri Tun Mahathir Mohamad agar tidak meluluskan tuntutan Hindraf itu," kata Muhamad Akmal.
Sementara itu,. Presiden GPMS Zamri Mohd Isa pula berkata kesemua wakil NGO itu bercadang menghadap Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V dalam waktu terdekat untuk memohon supaya UiTM diletakkan di bawah perlindungan Majlis Raja-raja Melayu.
Beliau berkata langkah itu perlu bagi mempertahankan institusi pendidikan bumiputera itu daripada diganggu-gugat pihak yang tidak bertanggungjawab.
"Dengan cara ini (meletakkan UiTM di bawah Majlis Raja-raja), kami berharap isu sebegini tidak berulang sekali gus mengekalkan peranan dan fungsi UiTM," katanya.
Semalam, Hindraf menyerahkan memorandum kepada Jawatankuasa Pembaharuan Institusi (IRC) dengan menyenaraikan 25 cadangan bagi menangani isu yang dihadapi golongan B75 masyarakat India termasuk pengambilan mandatori 15 peratus pelajar kaum itu ke universiti awam termasuk UiTM.
--BERNAMA
Bernama
Tue May 29 2018
![Persatuan Alumni GPMS UiTM buat laporan polis terhadap Hindraf Persatuan Alumni GPMS UiTM buat laporan polis terhadap Hindraf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-04/41523003049_UiTM.jpg)
Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang menjamin hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera serta menetapkan bahawa kemasukan UiTM adalah khusus untuk orang Melayu dan Bumiputera. - Gambar fail
![MARA diminta terus teroka potensi industri halal global - Ahmad Zahid MARA diminta terus teroka potensi industri halal global - Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721105894_AhmadZahidHamidi.jpg)
MARA diminta terus teroka potensi industri halal global - Ahmad Zahid
MARA diminta untuk terus meneroka potensi antarabangsa dalam industri halal yang mempunyai prospek besar menerusi program Gate to Global (GTG).
Kim Pan-gon letak jawatan berikutan komitmen peribadi
Pengurus pasukan kebangsaan Malaysia, Kim Pan-gon menyatakan perletakan jawatan tersebut kerana komitmen peribadi.
#AWANInews
#AWANInews
![Penggunaan dron tingkat keberkesanan pemantauan pencemaran - Nik Nazmi Penggunaan dron tingkat keberkesanan pemantauan pencemaran - Nik Nazmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721102997_SimposiumDronKeban.jpg)
Penggunaan dron tingkat keberkesanan pemantauan pencemaran - Nik Nazmi
Penggunaan dron membolehkan pemantauan pencemaran alam sekitar dan hidupan liar serta pencerobohan hutan dilaksanakan dengan lebih berkesan.
![Kim Pan-gon letak jawatan ketua jurulatih Harimau Malaya Kim Pan-gon letak jawatan ketua jurulatih Harimau Malaya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71718142997_KimPanGon.jpg)
Kim Pan-gon letak jawatan ketua jurulatih Harimau Malaya
Kim Pan-gon menjadi satu-satunya individu yang bakal meninggalkan pasukan manakala Pau Marti bersama staf sokongan yang lain kekal di Kelana Jaya.
![Bekas pengawal peribadi Wan Azizah cedera kemalangan Bekas pengawal peribadi Wan Azizah cedera kemalangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721109015_bekaspengawalperib.jpg)
Bekas pengawal peribadi Wan Azizah cedera kemalangan
Bekas anggota polis wanita yang kini bekerja sebagai pengawal peribadi cedera setelah motosikal ditunggangnya melanggar sebuah SUV di lebuh raya PLUS.
![Rang Undang-undang Kebebasan Maklumat dijangka dibentang akhir tahun ini - Kulasegaran Rang Undang-undang Kebebasan Maklumat dijangka dibentang akhir tahun ini - Kulasegaran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81719996195_MKulasegaran.jpg)
Rang Undang-undang Kebebasan Maklumat dijangka dibentang akhir tahun ini - Kulasegaran
RUU Kebebasan Maklumat dijangka dibentangkan di Parlimen pada akhir tahun ini selepas cadangan ketetapan bagi penggubalan Akta Kebebasan Maklumat dibawa ke Jemaah Menteri untuk kelulusan.
![Azizi dilantik Ketua Polis Perak baharu Azizi dilantik Ketua Polis Perak baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721108438_azizi.jpg)
Azizi dilantik Ketua Polis Perak baharu
Timbalan Ketua Polis Perak Datuk Azizi Mat Aris dilantik sebagai Ketua Polis Perak yang baharu hari ini.
![ADUN Rembia sertai Pas, tak 'lompat parti' - Takiyuddin ADUN Rembia sertai Pas, tak 'lompat parti' - Takiyuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721108165_ADUNRembiaPN.jpg)
ADUN Rembia sertai Pas, tak 'lompat parti' - Takiyuddin
Menurut Takiyuddin, keahlian Muhamad Jailani yang juga wakil rakyat UMNO diterima pada 10 Jun tahun lalu, namun diumumkan secara rasmi hari ini.
Kita perlu belajar hidup dengan COVID-19 - Pakar
Itu kata Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Dr Aznida Mohamad Zaki yang berkata pihaknya akan berusaha semampu mungkin dalam menggalakkan praktis kendiri dikalangan orang awam bagi mencegah penularan wabak seperti mana yang pernah dilakukan sebelum ini.
LHDN lulus 141,406 permohonan PKPS 2.0
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) telah meluluskan sebanyak 141,406 permohonan program khas pengakuan sukarela (PKPS) 2.0 yang melibatkan 102,572 bilangan kes pembayar cukai individu, 27,707 bilangan kes syarikat dan selebihnya melibatkan lain kategori seperti pertubuhan.
![Hina B40: Isu pensyarah, pelajar boleh selesai cara baik - GPMS Hina B40: Isu pensyarah, pelajar boleh selesai cara baik - GPMS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/81648615895_MohdAlifAnas.jpg)
Hina B40: Isu pensyarah, pelajar boleh selesai cara baik - GPMS
GPMS menyeru agar semua pihak kekal bertenang untuk menyelesaikan isu berkenaan dengan baik.
![Perak sedia bantu mahasiswa terjejas penangguhan pendaftaran Perak sedia bantu mahasiswa terjejas penangguhan pendaftaran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-10/41601728772_TBRazmanZakaria.jpg)
Perak sedia bantu mahasiswa terjejas penangguhan pendaftaran
Razman Zakaria berkata, kerajaan negeri amat prihatin dengan permasalahan yang dihadapi oleh ibu bapa pelajar berkaitan dengan arahan baharu Kementerian Penggajian Tinggi (KPT) itu.
![Titah penuh Sultan Nazrin Shah yang perlu dihayati oleh orang Melayu Titah penuh Sultan Nazrin Shah yang perlu dihayati oleh orang Melayu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-04/71523098269_950x600.jpg)
Titah penuh Sultan Nazrin Shah yang perlu dihayati oleh orang Melayu
Orang Melayu yang gagal melakukan pengubahsuaian minda untuk menghadapi senario baru, dibimbangkan akan menghadapi nasib pupus seperti dinosaur.
![Persatuan Alumni GPMS UiTM buat laporan polis terhadap Hindraf Persatuan Alumni GPMS UiTM buat laporan polis terhadap Hindraf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-04/41523003049_UiTM.jpg)
Persatuan Alumni GPMS UiTM buat laporan polis terhadap Hindraf
Persatuan Alumni GPMS Universiti Teknologi Mara (UiTM) membuat laporan polis bagi membantah tuntutan Hindraf.
!['Fun With English' bantu pelajar kuasai bahasa Inggeris 'Fun With English' bantu pelajar kuasai bahasa Inggeris](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-04/81491908637_AzlanMan.jpg)
'Fun With English' bantu pelajar kuasai bahasa Inggeris
Kerajaan Perlis akan menganjurkan program "Fun With English" (FWI) bagi membantu pelajar meningkatkan penguasaan dalam bahasa Inggeris bermula tahun depan.
![TPM sokong cadangan penubuhan Suruhanjaya Pendidikan TPM sokong cadangan penubuhan Suruhanjaya Pendidikan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-11/81511607841_DSZahidHamidi.jpg)
TPM sokong cadangan penubuhan Suruhanjaya Pendidikan
Timbalan Perdana Menteri menyokong cadangan GPMS supaya Suruhanjaya Pendidikan diwujudkan bagi memastikan pemerkasaan dan kesinambungan pelaksanaan dasar pendidikan negara.
![Tiada tawaran baharu untuk penajaan pengajian ke Mesir - Idris Tiada tawaran baharu untuk penajaan pengajian ke Mesir - Idris](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-02/51486375530_idrisjusoh.jpg)
Tiada tawaran baharu untuk penajaan pengajian ke Mesir - Idris
Tiada penajaan baharu daripada mana-mana agensi kerajaan untuk pelajar tempatan menyambung pelajaran ke Mesir memandangkan keadaan di negara itu masih belum stabil, kata Datuk Seri Idris Jusoh.
![GPMS desak PM tolak gesaan pihak mahu UEC diiktiraf GPMS desak PM tolak gesaan pihak mahu UEC diiktiraf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-11/71480234694_ZambriMohdIsa.jpg)
GPMS desak PM tolak gesaan pihak mahu UEC diiktiraf
GPMS turut meragui ketelusan UEC kerana ia tidak dikendalikan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia tetapi badan persendirian Cina.
![Melayu perlu terus memperkasa pendidikan - PM Najib Melayu perlu terus memperkasa pendidikan - PM Najib](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-11/61480233022_NajibTunRazakGPMS.jpg)
Melayu perlu terus memperkasa pendidikan - PM Najib
Menerusi Dasar Pendidikan Negara serta komitmen Kerajaan dalam meningkatkan sistem pendidikan negara, ia kekal menjadi teras utama dalam agenda pembangunan negara.
![Hasrat Muhyiddin tubuh parti baharu tidak beri saingan pada UMNO Hasrat Muhyiddin tubuh parti baharu tidak beri saingan pada UMNO](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-06/81466949078_SidangMedia.jpg)
Hasrat Muhyiddin tubuh parti baharu tidak beri saingan pada UMNO
Rancangan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mahu meneruskan perjuangan politiknya dengan menyertai parti politik lain atau menubuhkan parti baharu tidak akan memberi saingan kepada UMNO, katanya.