BANTTING: Perpustakaan harus dijadikan pusat pengisian yang menyeluruh dengan fasiliti untuk semua, bukan sekadar tempat untuk golongan tertentu sahaja.
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, perpustakaan boleh berperanan sebagai sebuah pusat aktiviti yang mendedahkan potensi serta bakat anak muda, termasuk asas kepada Revolusi Industri 4.0 (IR4.0).
"Di perpustakaan di Gombak, ada studio rakaman, boleh rakam suara malah disediakan juga mixer. Kita lihat pada kesesuaian dan ini memberi peluang kepada anak muda untuk datang, boleh rakam suara dan muzik.
"Dengan perkembangan IR 4.0 kita sudah mulakan di Perpustakaan Raja Tun Muda, pembelajaran untuk IR 4.0, ada robotik, ada 3D printing. Semua ini membantu memperkenalkan asas awal IR4.0 yang berkait rapat dengan internet, automation dan sebagainya, kita sudah buat di peringkat negeri.
"Kerana itu saya ambil portfolio pendidikan, sebab saya lihat ada jurang tertentu dari mula sampai habis universiti, akhirnya ada masalah untuk memberi penawaran peluang pekerjaan yang seimbang.
"Ramai kata tak ada kerja tapi semasa saya jumpa pelabur, mereka kata kami ada banyak lagi ruang, jadi kenapa tak boleh diisi?
"Ini berpunca daripada jurang itu, kenapa ada jurang, kerana bidang pendidikan kita ada lompang tertentu. Kenapa lompang ini tidak diisi? Sebab (usaha pengisian) kita tidak buat dari awal," katanya ketika menyampaikan ucapan perasmian penjenamaan semula Perpustakaan Sultan Abdul Samad atau Perpustakaan Awam Selangor daerah Kuala Langat, pada Jumaat.
Jelasnya, konsep pendidikan sepanjang hayat bukan sahaja mengenai pembelajaran tanpa mengenal batas usia, tetapi juga memastikan keperluan dan keutamaan diisi.
Perpustakaan yang mula dibuka pada Mac 1973 ini telah dinaik taraf pada Mac 2019 bagi memberi keselesaan kepada lebih 300,000 penduduk setempat.
Antara kemudahan yang tersedia ialah play house untuk kanak-kanak, perkhidmatan multimedia termasuk dua unit iMac, serta beberapa dewan seminar dan bilik serba guna.
Tambah Amirudin, penjenamaan semula ini adalah salah satu contoh usaha kerajaan negeri membudayakan ilmu dalam kalangan masyarakat, dengan tumpuan diberi kepada bukan sahaja kepada infrastruktur tetapi juga pembangunan modal insan.
Madiha Abdullah
Fri Sep 02 2022
Kata Amirudin, konsep pendidikan sepanjang hayat bukan sahaja mengenai pembelajaran tanpa mengenal batas usia, tetapi juga memastikan keperluan dan keutamaan diisi. - Gambar fail/Bernama
Polis Filipina sahkan pemergiaan Malabed satu kehilangan
Polis Filipina pada Jumaat mengesahkan seorang pegawainya Kolonel Polis Pergentino Malabed berada dalam pesawat American Airlines yang terhempas ke Sungai Potomac selepas bertembung dengan helikopter Black Hawk Tentera pada Rabu.
Junta tentera lanjutkan darurat
Junta Tentera melanjutkan darurat selama enam bulan lagi, sehari sebelum ulang tahun keempat rampasan kuasa.
Hamas umum nama tiga tebusan bakal dilepaskan
Hamas pada Jumaat mengumumkan nama tiga tebusan yang bakal dilepaskan pada Sabtu.
Tiga individu itu ialah Ofer Calderon, Keith Siegel dan Yarden Bibas.
Tiga individu itu ialah Ofer Calderon, Keith Siegel dan Yarden Bibas.
Pemimpin pembangkang India ditahan atas dakwaan rogol, serangan
Seorang pemimpin parti pembangkang Kongres India ditangkap pada Khamis atas tuduhan rogol dan serangan.
FDA lulus ubat baharu berpotensi jadi alternatif opioid
Pil itu dinamakan Journavx, yang digunakan untuk merawat sakit akut jangka pendek yang sering berlaku selepas pembedahan atau kecederaan.
Malaysia bantu permudah Timor-Leste sertai perjanjian ekonomi ASEAN
ASEAN menantikan kesediaan daripada Timor-Leste untuk menyertai perjanjian-perjanjian dan bersedia memberikan sokongan pembinaan kapasiti.
Sekitar Masjid Umawi sempena solat Jumaat pertama selepas pembentukan kerajaan sementara
Hari Jumaat di Syria merupakan hari hujung minggu. Hujung minggu kali ni sedikit berbeza kerana rakyat Syria dilihat keluar beramai-ramai solat Jumaat di Masjid Umawi di Damsyik dan Hilal Azmi yang berada di lokasi sempat bertemu dengan pelajar Malaysia di sana.
Kertas siasatan kes guru pukul murid telah lengkap
Polis telah melengkapkan kertas siasatan berhubung dakwaan seorang murid sebuah sekolah rendah di Bagan Serai mengalami kecederaan akibat dipukul guru seperti yang tular di media sosial.
Bantuan RM25 juta amat diperlukan - Hajiji
Menyambut baik dan berterima kasih atas bantuan itu, Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata bantuan segera merangkumi RM1,000 untuk semua keluarga yang terkesan juga amat penting dalam usaha membantu mangsa banjir.
Amaran hujan berterusan tahap waspada di tujuh kawasan di Sarawak
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada hingga Sabtu di tujuh kawasan di Sarawak.
Ketua Pengarahnya Dr Mohd Hisham Mohd Anip berkata analisis model ramalan cuaca terkini menunjukkan luruan monsun yang sedang berlaku dijangka berterusan hingga Sabtu.
Ketua Pengarahnya Dr Mohd Hisham Mohd Anip berkata analisis model ramalan cuaca terkini menunjukkan luruan monsun yang sedang berlaku dijangka berterusan hingga Sabtu.
Isu pindah tanah: Selangor mungkin laksana audit, siasatan dalaman semua agensi
Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari berkata langkah tersebut bagi menangani isu pindah milik tanah berkenaan secara menyeluruh.
Kerajaan pastikan harga terus terkawal menjelang Tahun Baharu Cina - MB Selangor
Orang ramai digesa untuk membuat laporan sekiranya terdapat peniaga yang masih ingkar, atau sengaja tidak mempamerkan harga jualan.
Ada peguam subahat bantu sindiket pindah milik tanah di Selangor - MB Amirudin
Siasatan menunjukkan mereka mengambil kesempatan membuat kegiatan tersebut sewaktu peralihan sistem manual data ke komputer, dan sewaktu tempoh penyelenggaraan sistem.
SHP Batang Kali bukti usaha Kerajaan Selangor kurangkan jejak karbon - Amirudin
Amirudin berkata, pembinaan loji hidrokuasa kecil ini membuktikan kemampuan negeri memimpin usaha menghasilkan penyelesaian tenaga yang lebih bersih dan hijau.
Kes tipu pindah milik tanah: Kerajaan Selangor tanggung kerugian tinggi - Amirudin
Amirudin Shari menegaskan pertindihan ini menyebabkan kerajaan negeri terpaksa membayar ganti rugi kepada pihak terbabit.
Selangor jadi negeri contoh kembang sektor berasaskan teknologi dan inovasi
Program AI Trailblazers antara langkah strategik kerajaan negeri dalam mendukung Malaysia menjadi pesaing dalam ekonomi global.
Selangor peruntuk lebih RM3 juta pelaksanaan Festival Turath Islami 2025
Pelaksanaan berterusan festival merupakan antara usaha kerajaan negeri menyuburkan agama Islam di samping membangunkan sisi rohani rakyat.
'Lebih baik Tengku Zafrul sertai PKR daripada pilih pembangkang' - MB Selangor
Reaksi Tengku Zafrul yang didakwa menunjukkan minat untuk menyertai PKR disifatkan lebih baik berbanding beliau memilih untuk menyertai pembangkang.
Tengku Zafrul akan perjelas spekulasi sertai PKR dalam masa terdekat
Tengku Zafrul akan membuat kenyataan berhubung khabar angin penyertaannya ke PKR dalam masa terdekat.
Kebersihan Bandaraya Diraja Klang: Selangor terima teguran Sultan Sharafuddin
Kerajaan Selangor menerima dengan hati terbuka teguran Sultan Sharafuddin yang menzahirkan keprihatinan berhubung tahap kebersihan di Bandaraya Diraja Klang.