PUTRAJAYA: Kepelbagaian dan perpaduan unik rakyat Malaysia telah membangkitkan perasaan kagum dalam kalangan warga asing yang hadir menyaksikan sambutan Hari Kebangsaan 2023 berlangsung di Dataran Putrajaya di sini hari ini.
Nathan Van Beers, 19, dari Belanda berkata beliau banyak mendengar mengenai perayaan itu dan teruja untuk menyaksikan sendiri sambutan itu yang dapat mengimbau kenangan indah negaranya.
"Saya kagum melihat rakyat Malaysia daripada pelbagai kaum boleh berkumpul dan meraikan sambutan ini bersama-sama.
"Saya amat teruja. Orang Malaysia sangat baik dan cantik, pakaian yang berwarna-warni, kereta dan semuanya adalah menyeronokkan... Saya suka dan saya lebih meminati kontinjen tentera dan formasi jet," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Berpakaian tradisional Melayu, pemuda Belanda itu yang ditemani dua rakannya, Leon Quist, 19, dan Luka Heijligers, 18, trio pelajar pertukaran Universiti Taylor itu mendapat perhatian warga tempatan untuk berswafoto dengan mereka.
Mengenai pemakaian baju Melayu, Beers berkata mereka mahu menampilkan kelainan dan bergabung dengan masyarakat tempatan sambil merasai sendiri pengalaman terbaik menyambut Hari Kebangsaan ala Malaysia.
Bagi Le Hang Ling, 30, warga Vietnam berkata beliau tiba pada 5.30 pagi di Dataran Putrajaya dengan harapan untuk mendapatkan kedudukan terbaik.
"Saya membuat keputusan untuk datang ke sini hari ini bukan hanya untuk menyaksikan sambutan ini tetapi juga untuk melawat ibu kota pentadbiran Malaysia. Teruja melihat kepelbagaian dan budaya Malaysia yang berwarna-warni," kata wanita itu.
Timbalan ketua misi Croatia, Ljiljana Vinkovic berkata sambutan Hari Kebangsaan pada tahun ini merupakan pengalaman kali kedua baginya.
"Ia lebih menarik pada tahun ini. Persembahan yang sangat mengagumkan serta budaya yang indah dan pelbagai," kata wanita itu kepada Bernama.
Hadir dengan memakai batik untuk menyemarakkan lagi sambutan itu beliau berkata: "Ia adalah sangat istimewa bagi saya berpeluang untuk meraikan bersama rakyat Malaysia sambutan yang penuh bermakna ini."
Pesuruhjaya Tinggi Sri Lanka ke Malaysia, Panglima Udara Marshal Sumangala Dias berkata beliau kagum dengan semangat perpaduan yang dipamerkan rakyat Malaysia daripada pelbagai lapisan masyarakat bersama-sama meraikan sambutan itu.
Duta Algeria ke Malaysia Abdelhafid Bounour berkata beliau berbesar hati dapat meraikan sambutan Hari Kebangsaan Malaysia yang turut meraikan hari jadinya hari ini.
"Saya gembira dapat meraikan sambutan Hari Kebangsaan bersama rakyat Malaysia dan mendoakan semoga anda semua mencapai kemajuan dan kemakmuran," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 31 2023
Ramai pelancong asing kagum melihat rakyat Malaysia daripada pelbagai kaum berkumpul dan meraikan sambutan bersama. - Bernama
Suruhanjaya Eropah saman Hungary atas dakwaan pelanggaran hak asasi
Budapest gagal hilangkan kebimbangan mengenai undang-undang baharu Hungary yang bertujuan mengehadkan pembiayaan asing bagi kempen politik.
PM Pakistan gembira atas perbincangan produktif dengan PM Malaysia
Bidang-bidang utama itu termasuk perdagangan, IT, tenaga, pertanian, eksport daging halal, pelancongan, pendidikan dan pertahanan.
Rwanda catat 7 lagi kes virus Marburg dan satu lagi kematian
Rwanda mencatatkan tujuh kes baharu penyakit virus Marburg dan satu lagi kematian.
Menurut angka terkini yang dikeluarkan lewat Rabu Kementerian Kesihatan Rwanda,
jumlah keseluruhan jangkitan virus Marburg sejak wabak bermula kini sebanyak 36 kes, dengan 11 kematian dilaporkan setakat ini.
Menurut angka terkini yang dikeluarkan lewat Rabu Kementerian Kesihatan Rwanda,
jumlah keseluruhan jangkitan virus Marburg sejak wabak bermula kini sebanyak 36 kes, dengan 11 kematian dilaporkan setakat ini.
Lebih 140 sekolah UNRWA diserang sejak 7 Oktober
Lebih 140 sekolah UNRWA diserang sejak 7 Oktober dalam keadaan dimana penduduk Gaza berlindung di bawah naungan PBB.
Perkara itu dimaklumkan Pesuruhjaya Agung Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA) Philippe Lazzarini dalam satu hantaran di X.
Perkara itu dimaklumkan Pesuruhjaya Agung Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA) Philippe Lazzarini dalam satu hantaran di X.
28 petugas dilapor maut dalam tempoh 24 jam lalu di Lubnan
28 petugas kesihatan dilaporkan terbunuh dalam tempoh 24 jam lalu di Lubnan.
Perkara itu dimaklumkan Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Tedros Adhanom Ghebreyesus pada Khamis.
Perkara itu dimaklumkan Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Tedros Adhanom Ghebreyesus pada Khamis.
UNIFIL kekal pada posisi walaupun didesak berundur
Pasukan pengaman PBB di selatan Lubnan terus bertahan pada kedudukan mereka, di bawah mandat UNSC, walaupun diarah Israel untuk berundur.
G7 desak pemain serantau di Asia Barat bertindak cermat dalam krisis
Pemimpin Kumpulan Tujuh (G7) mengulangi kebimbangan mereka terhadap krisis di Asia Barat dan menyeru pemain serantau supaya bertindak dengan bertanggungjawab serta berhemah.
Mereka turut menegaskan sokongan penuh terhadap keselamatan Israel.
Mereka turut menegaskan sokongan penuh terhadap keselamatan Israel.
AS sokong operasi Israel di Lubnan meski risiko meluaskan konflik
Pentadbiran Joe Biden menyatakan bahawa adalah wajar untuk Israel meneruskan serangan darat dan udara terhadap Hezbollah buat masa ini, menurut jurucakap Jabatan Negara Amerika Syarikat, Matthew Miller.
Namun, beliau mengakui risiko operasi di Lubnan mungkin melangkaui matlamat semasa Israel.
Namun, beliau mengakui risiko operasi di Lubnan mungkin melangkaui matlamat semasa Israel.
Shamsul Iskandar dakwa kesepakatan parti dalam PN kian longgar
Shamsul Iskandar berkata, perpecahan dalaman PN itu dapat diukur melalui prestasi mereka pada PRK DUN Nenggiri dan DUN Mahkota.
Politik stabil, dasar kerajaan tarik minat syarikat global melabur di Malaysia - Gobind
Menurut Menteri Digital Gobind Singh Deo, pada masa ini terdapat banyak perbincangan, tidak hanya antara syarikat-syarikat di negara serantau malah dunia berhubung perkara itu.
Rakyat Malaysia di Iraq, Iran diminta mendaftar melalui E-Konsular - Wisma Putra
Semua rakyat Malaysia yang berada atau melancong ke Iraq dan Iran disarankan untuk segera mendaftar melalui E-Konsular.
Rakyat Malaysia di Taiwan dinasihatkan siap sedia hadapi Taufan Krathon
Rakyat Malaysia di Taiwan dinasihatkan supaya berwaspada dan mengikuti perkembangan mengenai Taufan Krathon yang dijangka melanda pantai barat daya pada Rabu.
Banjir: Rakyat Malaysia di Nepal selamat dipindahkan
Kesemua rakyat Malaysia yang terjejas akibat banjir dan tanah runtuh, disebabkan hujan lebat ibu negara Nepal, Kathmandu sudah dipindahkan.
Taufan Helene dan Ribut Tropika John: Rakyat Malaysia di AS dan Mexico diminta berwaspada
Dalam nasihat media pada Khamis, kementerian menggesa rakyat Malaysia di Florida dan Mexico untuk kekal berwaspada.
Dua rakyat Malaysia bebas selepas jalani hukuman penjara di Bangladesh
Kementerian Luar Negeri Malaysia mengesahkan dua warganegara Malaysia dibebaskan berikutan perintah Mahkamah Bangladesh selepas selesai menjalani hukuman kerana menyeludup emas ke Bangladesh.
Tiada laporan rakyat Malaysia terjejas gempa bumi di Bandung - Wisma Putra
Tiada rakyat Malaysia dilaporkan terkesan atau terjejas setakat ini akibat gempa bumi di Bandung, Indonesia yang berlaku pada Rabu.
Wisma Putra nasihatkan rakyat Malaysia di Poland, Republik Czech waspada susulan banjir
Rakyat Malaysia berkunjung ke kawasan terjejas banjir di Poland dan Republik Czech dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada dan mematuhi arahan keselamatan.
Lebih 23,000 rakyat Malaysia ke Thailand melalui pintu sempadan negara di Perlis
ICQS Padang Besar mencatatkan sejumlah 16,491 orang manakala 7,399 lagi keluar melalui ICQS Wang Kelian.
Sepasang suami isteri tempuh perjalanan 331km demi sambut Hari Malaysia
Anita menyifatkan keputusan mereka menyambut Hari Malaysia 2024 di lokasi acara amat berbaloi meskipun terpaksa menempuh perjalanan jauh.
Biar jauh beribu batu, rakyat Malaysia di Paris sambut Hari Malaysia
Biarpun jauh beribu batu dari dari tanah air tercinta, rakyat Malaysia di Paris membawa cita rasa Malaysia ke Kota Cahaya dengan sambutan meriah Hari Malaysia.