TAIPING: Perolehan pesawat tempur F/A-18D Hornet akan diputuskan selepas Kementerian Pertahanan memperoleh laporan lengkap daripada pasukan teknikal Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang ke Kuwait pada Jun lepas.
Timbalan Menteri Pertahanan Adly Zahari berkata pihaknya sedang menunggu laporan itu dan akan membuat keputusan berdasarkan laporan terbabit serta keperluan negara terutama dari aspek keperluan TUDM sendiri.
"Setakat ini kumpulan teknikal ada perkembangan dari Kuwait, cuma nanti akan buat keputusan berdasarkan (laporan) kumpulan teknikal yang telah pergi membuat penilaian dan kita sedang tunggu laporan secara keseluruhan.
"Selepas itu baru buat keputusan dari segi strategi perolehan sama ada bagaimana cara dan keputusan kita untuk membuat pembelian... jadi keputusan kita sama ada ada nak membuat perolehan dan sebagainya (perlu) ambil kira pelbagai faktor lagi," katanya pada sidang media pada Program Pemerkasaan Usahawan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PUVET) 2024 di sini hari ini.
Pada Jun lepas pasukan teknikal TUDM telah mengadakan lawatan ke Kuwait bagi mengadakan rundingan berkaitan perolehan pesawat tempur itu.
Mengulas mengenai Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) berhubung prestasi perolehan dan penerimaan kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Adly berkata ia akan dibahaskan di Parlimen minggu depan.
"Kita (Kementerian Pertahanan) akan memberikan penjelasan dan pelan perancangan kita menjelang 2050 sepertimana perancangan asal. Kita tahu ada banyak perkara yang dibangkitkan dalam laporan audit itu dan bagi kita memang kena ada penyelesaian dan akan dijawab di Parlimen minggu hadapan," katanya.
Sementara itu, Adly berkata sebanyak 54 usahawan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah menerima geran keseluruhan berjumlah RM270,000 menerusi Program Pemerkasaan Usahawan Veteran ATM (PUVET ATM) setakat tahun ini.
Beliau berkata kementeriannya melalui Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (Perhebat) menyalurkan bantuan geran berjumlah RM170,000 kepada 34 usahawan veteran ATM di Perak hari ini.
"Program ini dari 2023 dan kita bawa ke 2024 dengan kerjasama Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah kerana kita tahu dalam kalangan golongan veteran berpencen dan tidak berpencen terlibat dengan bidang keusahawanan.
"Terdapat pelbagai bidang yang mereka ceburi, jadi satu daripada cara untuk pastikan veteran kita terutama yang berpencen ini kekal dalam golongan M40 ialah dengan memastikan kerjaya kedua mereka (usahawan) dapat dilaksanakan dengan baik," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 06 2024

Adly mengutarakan pandangannya bersama usahawan pada Program Pemerkasaan Keusahawanan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PUVET-ATM) di Kamunting hari ini. - Foto Bernama

Dewan Negara lulus usul Junjung Kasih Diraja
Dewan Negara hari ini meluluskan usul Menjunjung Kasih Titah Diraja.

USD700 juta dipindah kepada syarikat Jho Low tanpa kelulusan Lembaga Pengarah - Saksi
Bekas pegawai penyiasat kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) R. Rajagopal berkata tiada kelulusan Lembaga Pengarah diperoleh bagi memindahkan USD700 juta dana syarikat itu kepada Good Star Limited.

Pelaporan korporat yang berkualiti dorong keyakinan pelabur - Abdul Wahid
Pelaporan korporat yang berkualiti memberi impak ketara terhadap keyakinan pelabur, memudah cara pertumbuhan perniagaan dan sekali gus menyumbang kepada kemajuan ekonomi secara keseluruhannya.
Bina Semula Gaza: Pelaksanaan pelan Negara Arab berdepan pelbagai ketidaktentuan - Penganalisis
Profesor Adjung Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (UM), Prof. Dr. Kamaruzaman Yusoff dan Penasihat Kehormat Humanitarian Care Malaysia (MyCARE), Prof. Madya Dr. Hafidzi Mohd Noor menegaskan pelaksanaan pelan pembangunan Gaza oleh Negara Arab berdepan ketidaktentuan sumber dana. Bahkan, Pensyarah Kolej PERMATA Insan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Dr. Abdel Rahman Ibrahim menjelaskan Mesir sendiri tidak akan menerukan pelan terbabit tanpa restu Amerika Syarikat #DialogTigaPenjuru

MA63: Kerajaan MADANI selesai tunai sembilan tuntutan setakat ini - Fadillah
Kerajaan MADANI berjaya menyelesaikan sembilan tuntutan berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) setakat ini, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.

Pasaran getah ditutup rendah susulan prestasi lemah niaga hadapan serantau
Pasaran getah tempatan ditutup rendah hari ini susulan petunjuk lemah daripada pasaran serantau dan kemerosotan harga minyak, kata seorang peniaga.
Dialog Tiga Penjuru: Pelan Pembangunan Semula Gaza: ‘Liga Arab Vs Trump
Apa cabaran dalam merealisasikan Pelan Pembangunan Semula Gaza oleh Mesir dan negara Arab sebagai penolakan terhadap rancangan awal Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump untuk mengusir penduduk Palestin melalui projek ‘Riviera Timur Tengah’? Dialog Tiga Penjuru, Khamis 8.30 malam.

FBM KLCI ditutup tinggi melantun semula daripada penurunan 5 hari
FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) muncul sebagai indeks yang mencatatkan prestasi tertinggi di rantau ini hari ini, meningkat 1.69 peratus apabila melantun semula daripada penurunan lima hari.
Malaysia ada tempat istimewa di hati penduduk Gaza - Mahasiswa Palestin
Pelajar Gaza di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Asim S. M. Alamssi, berkongsi perasaan mendalam terhadap Malaysia yang dihargai oleh penduduk Gaza.
EdgeWood Residences tawar konsep ‘Healthy Home’
Pembangun hartanah terkemuka, SkyWorld Development Berhad, memperkenalkan SkyWorld Healthy Home – prinsip reka bentuk inovatif yang menggabungkan strategi pasif, teknologi pintar dan ciri mesra alam untuk persekitaran hidup yang lebih sihat dan selesa.
Bagi memberi pengalaman secara langsung, SkyWorld menganjurkan lawatan eksklusif ke EdgeWood Residences.
Ketua Pegawai Eksekutif SkyWorld, Lee Chee Seng berkata, cetusan pembangunan ini untuk memberi keseimbangan antara alam semula jadi dan kehidupan bandar bagi mempromosi gaya hidup lebih sihat.
Bagi memberi pengalaman secara langsung, SkyWorld menganjurkan lawatan eksklusif ke EdgeWood Residences.
Ketua Pegawai Eksekutif SkyWorld, Lee Chee Seng berkata, cetusan pembangunan ini untuk memberi keseimbangan antara alam semula jadi dan kehidupan bandar bagi mempromosi gaya hidup lebih sihat.

Perolehan pesawat Hornet diputuskan selepas laporan teknikal diterima - Adly
Perolehan pesawat tempur Hornet akan diputuskan selepas Kementerian Pertahanan memperoleh laporan lengkap daripada pasukan teknikal TUDM.