Mahkamah hari ini menolak perintah permohonan tahanan reman terhadap naib presiden PKR Tian Chua, Datuk Tamrin Ghafar dari PAS dan aktivis Haris Ibrahim.
Majistret Norashikin Sahat telah memutuskan untuk menolak permohonan itu dan mengarahkan ketiga-tiga mereka dibebaskan.
Prosiding permohonan reman itu bermula pukul 11 pagi tadi.
Sekumpulan penyokong mereka turut kelihatan berhimpun di hadapan balai polis Jinjang menuntut pembebasan ketiga-tiga terbabit.
Antara yang kelihatan termasuk peguam Datuk S Ambiga, N. Surendran, dan R. Sivarasa.
Menurut laman portal fz.com, peguam ketiga-tiga terbabit Datuk S. Ambiga tiba di balai polis tetapi tidak dibenarkan masuk atas alasan telah ada 13 lagi peguam yang sedang menguruskan kes reman itu.
Namun, beliau kemudiannya dibenarkan masuk setelah dilihat membuat beberapa panggilan telefon.
Ketiga-tiga mereka ditahan berikutan ucapan semasa Forum 13 Mei di Dewan Perhimpunan China Kuala Lumpur dan Selangor.
Mereka ditahan di bawah Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan atas dakwaan membuat kenyataan menghasut.
Sementara itu, di laman Twitter, tokoh-tokoh pembangkang seperti Datuk Anwar Ibrahim serta beberapa peguam menyatakan rasa kecewa mereka ke atas penahanan ketiga-tiga mereka, sejak semalam.
Selepas ketiga-tiga mereka dibebaskan pada hari ini, para peguam yang mewakili trio terbabit turut meluahkan perasaan lega di laman twitter mereka.
Astro Awani
Fri May 24 2013
It's About YOUth: Shaping the Future: Girls in Robotics
Nuha Amani and Nuha Rumaisa from Tunku Kurshiah College's Team Ensis Kogeki wowed the nation with their stunning match victory in Japan. They share their passion for robotics and hope to inspire more young girls to dive into STEM and robotics.
JENDELA:144 menara telekomunikasi beroperasi di Pahang - Exco
Sebanyak 144 daripada 191 menara telekomunikasi yang siap dibina di bawah fasa satu projek Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) di Pahang telah beroperasi sepenuhnya.
AWANI Tonight: Japanese PM Ishiba calls for stronger ASEAN cooperation
Japanese Prime Minister Shigeru Ishiba emphasised the need to strengthen ties with ASEAN, following talks with Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim in Putrajaya today.
AWANI Tonight: 2024 first year to pass 1.5 °C limit
The year 2024 is officially the hottest ever recorded with global temperatures 1.6 °C above pre-industrial levels, surpassing the previous record set in 2023 and crossing a critical climate threshold.
AWANI Tonight 10 Jan 2025
#AWANITonight with @fayekwan_
1. Japan PM calls for stronger ASEAN collaboration during visit to Malaysia
2. 2024 first year to pass 1.5 °C limit
#AWANIEnglish #AWANINews
1. Japan PM calls for stronger ASEAN collaboration during visit to Malaysia
2. 2024 first year to pass 1.5 °C limit
#AWANIEnglish #AWANINews
Kota Tinggi kembali dilanda banjir, 8 PPS dibuka
Sebanyak lapan pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Kota Tinggi, selepas daerah itu dilanda banjir di beberapa kawasan susulan hujan lebat tanpa henti sejak jam 7 pagi tadi.
AGC kaji bangunkan Unit Bahagian Rayuan dan Perbicaraan bagi Sabah, Sarawak
Jabatan Peguam Negara (AGC) sedang mengkaji keperluan untuk menubuhkan Unit Bahagian Rayuan dan Perbicaraan bagi Sabah dan Sarawak tahun ini.
AWANI Ringkas: Jenayah AMLA | Jenayah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Tiada pergaduhan dalam cubaan tahan Yoon - Ketua Keselamatan Presiden Korea Selatan
Ketua Perkhidmatan Keselamatan Presiden Korea Selatan (PSS) menegaskan bahawa sebarang usaha untuk menahan Presiden yang didakwa, Yoon Suk Yeol tidak seharusnya mengakibatkan pergaduhan.
Pengalihan kubur di Selat Klang: Kerajaan negeri runding dengan ECRL taja kepuk, batu nisan - Exco
Kerajaan Negeri dalam proses perundingan dengan ECRL bagi tujuan penajaan kepuk dan batu nisan baharu susulan berakhirnya proses pengalihan 90 plot kubur di Tanah Perkuburan Islam Selat Klang.
Permohonan perintah tahanan reman trio ditolak
Mahkamah menolak permohonan perintah tahanan reman terhadap Tian Chua, Datuk Tamrin Ghafar dan Haris Ibrahim.