KUALA LUMPUR: Jumlah permohonan kebenaran untuk masuk atau keluar dari negara ini bagi warganegara dan warga asing menerusi sistem MyTravelpass, Jabatan Imigresen Malaysia pada tahun ini meningkat sekali ganda berbanding tahun lepas, kata Ketua Pengarahnya Datuk Khairul Dzaimee Daud.
Beliau berkata sebanyak 111,722 permohonan diterima jabatan itu dalam tempoh antara Januari hingga 31 Julai 2021 berbanding 85,715 permohonan dalam tempoh sama, tahun lepas.
"Peningkatan ini saya kaitkan dengan keputusan kerajaan untuk memberi kelonggaran kepada golongan peniaga atau pelabur, selain urusan kerajaan, latihan bersama ketenteraan serta urusan kecemasan.
"Pelbagai faktor yang menyebabkan permohonan ditolak seperti didapati tidak mempunyai keperluan mendesak untuk pemohon memasuki atau keluar dari negara ini," katanya dalam program Bicara Naratif yang disiarkan di RTM pada Selasa.
Selain itu, Khairul Dzaimee berkata pemohonan akan ditolak sekiranya pemohon datang dari lima negara yang dikenal pasti mempunyai kes COVID-19 yang tinggi, termasuk India, Sri Lanka, Pakistan, Nepal dan Bangladesh, seperti yang diputuskan oleh Majlis Keselamatan Negara.
Dalam pada itu, beliau berkata pihaknya turut mengesan beberapa kes pemohon didapati menggunakan kelulusan MYTRAVELPASS klon dengan kelulusan tidak diperoleh daripada jabatan tersebut.
"Sampai di KLIA (Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur) pegawai Imigresen telah membuat pemeriksaan dalam sistem dan mereka dikenakan notis Tolak Kemasukan (Not-To-Land) dan akan dihantar pulang dengan penerbangan seterusnya.
"Ada juga pemohon yang mengemukakan permohonan tidak sah contohnya memberi alasan melawat tapak kilang projek tetapi semakan dengan pihak tertentu mendapati permohonan itu tidak ada atau wujud," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 03 2021
Khairul Dzaimee berkata pemohonan akan ditolak sekiranya pemohon datang dari lima negara yang dikenal pasti mempunyai kes COVID-19 yang tinggi. -Gambar fail
China Masters: Impian final Tang Jie-Ee Wei berkecai
PERJALANAN gandingan beregu campuran nombor satu negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei di China Masters tersekat di separuh akhir pada Sabtu.
"Saya kadang-kadang bingung pejuang bangkit pertahan korup..." - PM
"Saya kadang-kadang bingung bagaimana mungkin seorang pejuang bangsa dan agama boleh bangkit pertahan korup guna hujan Melayu dan Islam..,"kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
#AWANInews
#AWANInews
Conor McGregor disabit bersalah, lakukan serangan seksual terhadap wanita
Juri menyampaikan keputusan itu selepas enam jam perbincangan semalam, mendapati McGregor bersalah menyerang wanita berusia 35 tahun itu.
AWANI Ringkas: Korea Selatan berminat bangunkan lebuh raya di Malaysia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pemahaman penting dalam memaknai Madani - PM Anwar
"Kita punyai negara dan tahap keamanan yang membanggakan tetapi jangan anggap ini suatu yang kekal berlaku kalau kita tidak bertanggungjawab," kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
#AWANInews
#AWANInews
Kesedaran mengenai keganasan terhadap wanita meningkat - Nancy
Walaupun angka mungkin tidak mencerminkan keseluruhan situasi sebenar, ia membuktikan wanita kini semakin berani mendapatkan bantuan.
Trump lantik pengurus dana lindung nilai, Scott Bessent sebagai Setiausaha Perbendaharaan
Donald Trump mengumumkan pelantikan pengurus dana lindung nilai, Scott Bessent sebagai Setiausaha Perbendaharaan ke-79.
Keistimewaan Kerajaan Madani adalah ketegasan pimpinan - PM Anwar
Perdana Menteri berkata keistimewaan Kerajaan Madani adalah ketegasan pimpinan yang bermula dari Jemaah Menteri untuk menetapkan setiap dana rakyat, kelulusan perolehan mesti melalui proses telus.
#AWANInews
#AWANInews
Tak perlu layan karenah picisan, kenyataan hambar - PM Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tidak perlu sangat melayani karenah picisan dan kenyataan hambar kerana itu tidak akan membantu kepada perubahan menyeluruh.
#AWANInews
#AWANInews
Pengarah syarikat rugi lebih RM1 juta ditipu ‘Inspektor Harun’
Mangsa diberitahu oleh Inspektor Harun kad visa miliknya dijumpai dan kad itu didapati terlibat dalam kes penipuan serta pengubahan wang haram.
Lebih dua tahun perangi COVID-19, 1 April permulaan baharu untuk Malaysia
Mulai 1 April depan pembukaan lebih banyak sektor ekonomi dan sosial serta pembukaan sempadan negara akan dilaksanakan dengan selamat.
Pemegang Pas Lawatan Jangka Panjang dibenar masuk Malaysia tanpa kelulusan Imigresen bermula 1 Nov
Warga asing pemegang Pas Lawatan Jangka Panjang di Malaysia dibenar masuk ke negara ini tanpa perlu kelulusan imigresen melalui sistem MyTravelPass/MyEntry berkuat kuasa 1 Nov ini.
Rentas negeri, melancong dalam dan luar negara dibenarkan mulai hari ini
Ini selaras dengan data di portal COVIDNOW yang menunjukkan kadar vaksinasi lengkap populasi dewasa di bawah Pelan Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) telah mencapai 90 peratus, setakat semalam.
MyTravelPass dimansuhkan, boleh melancong ke luar negara mulai esok - PM
Kerajaan bersetuju untuk membenarkan rakyat Malaysia yang lengkap dua dos vaksinasi melakukan perjalanan ke luar negara tanpa melalui MyTravelPass Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).
Lebih banyak pengecualian MyTravelPass bermula Jumaat
Pelajar baharu yang mendapat tawaran di universiti luar negara bersama dua pengiring antara yang dikecualikan keperluan memohon kelulusan melalui MyTravelPass (MTP) mulai Jumaat ini.
MyTravelPass: Hishammuddin minta Imigresen kaji semula kategori permohonan
Beliau berkata Jabatan Imigresen akan membentangkan cadangan berhubung perkara itu kepada Jawatankuasa Teknikal COVID-19 MKN.
Permohonan keluar, masuk warganegara dan warga asing menerusi MyTravelPass mulai esok
Tempoh proses kelulusan bagi permohonan melalui MyTravelPass adalah lima hari bekerja.