KUALA LUMPUR: Malaysia akan memasuki Fasa 'Peralihan ke Endemik' yang menyaksikan lebih banyak kelonggaran dalam pelbagai sektor bagi membolehkan rakyat kembali ke kehidupan hampir normal selepas lebih dua tahun berperang dengan COVID-19.
Mulai 1 April depan pembukaan lebih banyak sektor ekonomi dan sosial serta pembukaan sempadan negara akan dilaksanakan dengan selamat setelah mengambil kira pelbagai faktor, melakukan penilaian risiko, mendapatkan pandangan Kementerian Kesihatan serta meneliti syor daripada Menteri Kuartet.
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika mengumumkan berita gembira itu berkata ia merupakan strategi keluar dan fasa sementara sebelum negara beralih ke Fasa Endemik yang tertakluk kepada pengumuman Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO).
Langkah penting ini akan merancakkan kembali ekonomi negara khususnya sektor pelancongan yang terjejas selepas pintu sempadan negara ditutup sejak 18 Mac 2020 dalam usaha kerajaan mengekang penularan COVID-19 dalam negara.
Dengan pembukaan semula sempadan negara ini, bukan sahaja rakyat Malaysia kini boleh keluar masuk negara seperti biasa sebaliknya pengembara luar juga boleh melakukan perkara sama tanpa perlu lagi memohon MyTravelPass yang akan dimansuhkan.
Fasa peralihan ini dicapai hasil kejayaan program vaksinasi khususnya Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) dan setakat semalam, 98.7 peratus populasi dewasa di dalam negara telah menerima vaksinasi lengkap manakala 64 peratus pula telah diberikan dos penggalak.
Program vaksinasi itu antara yang terbaik di dunia, turut menyumbang kepada kadar pesakit COVID-19 yang rendah dalam Kategori Tiga hingga Lima iaitu sekitar 0.7 peratus daripada kes baharu harian serta menyaksikan jumlah pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) terus terkawal.
Namun, kerajaan tetap mengambil langkah berjaga-jaga dengan mengekalkan norma baharu seperti pemakaian pelitup muka, penjarakan sosial, pendaftaran melalui mySejahtera dan mewajibkan MYSJTrace untuk tempat tertutup.
Selain itu, pengembara lengkap vaksinasi tetap perlu melakukan ujian pengesanan COVID-19 PCR dua hari sebelum berlepas serta ujian RTK-Ag (profesional) dalam tempoh 24 jam selepas ketibaan, mengambil kira situasi penularan COVID-19 terutama gelombang Omicron yang masih melanda dunia.
"Diharapkan rakyat yang ingin memanfaatkan pembukaan sempadan negara dapat melaksanakannya mengikut garis panduan yang ditetapkan demi keselamatan diri, orang sekeliling serta negara secara keseluruhannya," kata Perdana Menteri ketika mengumumkan mengenai peralihan itu, di Bangunan Parlimen, di sini pada Selasa.
Pengerusi Majlis Pemulihan Negara Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam kenyataan Selasa malam, menyambut baik pengumuman itu yang disifatkan satu langkah positif terutamanya bagi sektor-sektor yang terjejas teruk akibat pandemik COVID-19 seperti industri pelancongan dan perdagangan.
BACA: Had waktu operasi premis perniagaan dimansuh bermula 1 April - Perdana Menteri
"Insya-Allah dengan pembukaan semula sempadan negara ini, Malaysia akan terus berada pada landasan yang tepat untuk pemulihan ekonomi negara yang diunjurkan untuk berkembang antara 5.5 hingga 6.5 peratus untuk tahun 2022," katanya.
Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) berkata keputusan yang ditunggu-tunggu itu dialu-alukan industri penerbangan kerana ia memberikan hubungan dan pautan untuk memudah cara perniagaan, perdagangan dan pergerakan insan.
"Ini akan membolehkan Malaysia mendapat manfaat sosial dan ekonomi daripada sektor penerbangan berdasarkan sumbangannya kepada pekerjaan dan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), kata Naib Presiden Serantau IATA untuk Asia Pasifik, Philip Goh dalam satu kenyataan pada Selasa.
Sementara itu, pengumuman kurang sebulan sebelum menyambut Ramadan itu memenuhi impian umat Islam untuk menunaikan ibadah termasuk solat Tarawih tanpa penjarakan fizikal di masjid dan surau serta solat Aidilfitri.
Langkah kerajaan itu sekali gus menghilangkan kerisauan orang ramai yang berhasrat pulang ke kampung halaman untuk meraikan Hari Raya Aidilfitri bersama sanak saudara setelah dua tahun tidak dapat berbuat demikian berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) disebabkan pandemik COVID-19.
Ahli Dewan Negara merangkap Ahli Majlis Muslim Council of Elders, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri menyokong perkembangan itu serta menyarankan Pihak Berkuasa Agama Negeri untuk mengekalkan SOP asas seperti pemakaian pelitup muka sebagai langkah pencegahan.
BACA: Ini 5 perkara penting pengumuman Perdana Menteri hari ini
"Kita perlu terus menjadikan masjid dan surau sebagai contoh terbaik pelaksanaan dan pematuhan SOP," katanya menerusi Twitter.
Pemerhatian Bernama di media sosial juga mendapati rata-rata netizen gembira dengan berita itu dan menyifatkannya sebagai langkah terbaik diambil kerajaan, hasil kerja keras semua pihak di negara ini khususnya golongan barisan hadapan yang bertungkus lumus menentang COVID-19.
Pengguna Twitter @fadhliehafiz menzahirkan rasa syukur serta mengingatkan kepentingan pengambilan vaksin.
"Alhamdullillah. #ReopeningSafely. Tahniah semua! Kita bekerja keras untuk ini. Itulah pentingnya vaksin ya," katanya.
BACA: Pelajar sekolah menengah hadir secara bersemuka mulai 4 April
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 08 2022
![Lebih dua tahun perangi COVID-19, 1 April permulaan baharu untuk Malaysia Lebih dua tahun perangi COVID-19, 1 April permulaan baharu untuk Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/41646759192_KLIA.jpg)
Dengan pembukaan semula sempadan, rakyat Malaysia kini boleh keluar masuk negara seperti biasa, dan pengembara luar juga boleh melakukan perkara sama tanpa perlu lagi memohon MyTravelPass yang akan dimansuhkan. -Gambar fail/ Bernama
AZAL umum penangguhan penerbangan ke tujuh bandar di Rusia
Azerbaijan Airlines (AZAL) mengumumkan akan menangguhkan penerbangan ke tujuh bandar di Rusia.
3 maut, 4 parah dalam kemalangan bas di utara Norway
Tiga maut manakala empat lagi cedera parah selepas sebuah bas terbabas dari lebuh raya lalu terjunam ke tasik di utara Norway pada Khamis.
[TERKINI] Hospital terakhir di utara Gaza diserbu, dibakar
Hospital Kamal Adwan merupakan satu-satunya fasiliti kesihatan terakhir tinggal di utara Gaza.
AB Rauf sahkan ada rombakan kabinet negeri
Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh mengesahkan kerajaan negeri akan melaksanakan rombakan portfolio exco dalam tempoh terdekat.
Penyedia diminta segera mohon lesen operasi di Malaysia
Penyedia platform media sosial diminta segera mendaftar lesen perkhidmatan masing-masing menjelang penguatkuasaan Lesen Kelas Pemberi Perkhidmatan Aplikasi pada 1 Jan 2025.
Beri insentif kepada operator kenderaan berat adaptasi teknologi keselamatan – Penyelidik MIROS
Pegawai Penyelidik, Unit Kenderaan Dagangan (CVU), Pusat Keselamatan Kenderaan dan Biomekanik (VSB), Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), Ts. Ahmad Saife Salleh berkata operator kenderaan berat dalam negara wajar diberikan insentif untuk menggalakkan adaptasi teknologi keselamatan bagi mengurangkan risiko kemalangan.
JPJ tingkat penguatkuasaan secara digital, kaji penggunaan AI
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan meningkatkan usaha penguatkuasaan secara digital dan mengkaji penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) bagi mengesan pesalah trafik dengan lebih efektif.
Kes demam denggi meningkat, dua kematian direkodkan
Jumlah kes demam denggi meningkat kepada 1,407 kes pada Minggu Epidemiologi ke-51 (ME51), iaitu bagi tempoh 15 hingga 21 Dis lepas berbanding 1,384 kes yang dilaporkan pada minggu sebelumnya.
Tumpuan Sabtu – 28 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Petra belum dirujuk, tiada keputusan mengenai kenaikan tarif elektrik
Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, ini kerana PETRA belum dirujuk serta dimaklumkan oleh TNB berkaitan perkara tersebut.
![Tentera Sudan buka semula sempadan dengan Eritrea Tentera Sudan buka semula sempadan dengan Eritrea](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/41693719903_TBMSF.jpg)
Tentera Sudan buka semula sempadan dengan Eritrea
Panglima tentera Sudan Jeneral Abdel Fattah al-Burhan pada Sabtu mengarahkan pembukaan semula sempadan negara dengan Eritrea, menurut satu kenyataan rasmi.
![Pembukaan semula sempadan antara faktor kenaikan jumlah keuntungan Tabung Haji - Pakar Pembukaan semula sempadan antara faktor kenaikan jumlah keuntungan Tabung Haji - Pakar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/81682744872_AgihanKeuntunganTa.jpg)
Pembukaan semula sempadan antara faktor kenaikan jumlah keuntungan Tabung Haji - Pakar
Pembukaan semula sempadan negara selepas keadaan COVID-19 terkawal adalah antara faktor kenaikan jumlah keuntungan Lembaga Tabung Haji.
![Thailand alu-alukan kumpulan pelawat pertama dari China Thailand alu-alukan kumpulan pelawat pertama dari China](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/61675703259_BangkokStreetsgen.jpg)
Thailand alu-alukan kumpulan pelawat pertama dari China
Sebanyak 14 penerbangan yang membawa rombongan pelancong dari China dijadual tiba di Thailand pada Isnin.
![Pelancongan perubatan Pulau Pinang mula meningkat Pelancongan perubatan Pulau Pinang mula meningkat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/81672661283_YeohSoonHin.jpg)
Pelancongan perubatan Pulau Pinang mula meningkat
Jumlah pendapatan pelancongan perubatan Pulau Pinang meningkat secara eksponen berbanding RM66 juta yang direkodkan semasa 2021 kepada RM285 juta pada 2022.
![Ringgit meningkat pada hari terakhir dagangan berikutan pembukaan semula sempadan China Ringgit meningkat pada hari terakhir dagangan berikutan pembukaan semula sempadan China](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/71662613177_MONEYCHANGE.jpg)
Ringgit meningkat pada hari terakhir dagangan berikutan pembukaan semula sempadan China
Pada 6 petang, mata wang tempatan meningkat kepada 4.3995/4095 berbanding dolar AS kepada 4.4180/4215 sewaktu ditutup pada Khamis.
![Lebih sejuta pelancong tiba di Malaysia sejak 1 April Lebih sejuta pelancong tiba di Malaysia sejak 1 April](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/41654342301_LapanganAntarabangs.jpg)
Lebih sejuta pelancong tiba di Malaysia sejak 1 April
Lebih sejuta pelancong tiba di negara ini, iaitu melebihi separuh daripada sasaran dua juta pelancong antarabangsa yang ditetapkan kerajaan pada tahun ini.
![Sektor pelancongan domestik pantas catat pemulihan Sektor pelancongan domestik pantas catat pemulihan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/71653784873_MustapaMuhamed.jpg)
Sektor pelancongan domestik pantas catat pemulihan
Bagi pelancongan antarabangsa, pemulihan sedang berjalan dengan pembukaan sempadan Malaysia-Thailand, Malaysia-Singapura pada 1 April lepas.
![Pembukaan semula 9 pusat pemeriksaan sempadan Thai-Malaysia dorong pemulihan ekonomi Pembukaan semula 9 pusat pemeriksaan sempadan Thai-Malaysia dorong pemulihan ekonomi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/61653068614_PADANGBESAR.jpg)
Pembukaan semula 9 pusat pemeriksaan sempadan Thai-Malaysia dorong pemulihan ekonomi
Ia akan merangsang sektor pelancongan dan seterusnya meningkatkan perdagangan sempadan antara Thailand dan Malaysia.
![JPJ Perlis pantau kenderaan keluar masuk Malaysia-Thailand JPJ Perlis pantau kenderaan keluar masuk Malaysia-Thailand](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/41652259972_ExcoPerlis.jpg)
JPJ Perlis pantau kenderaan keluar masuk Malaysia-Thailand
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perlis sentiasa melakukan pemantauan sejak pintu sempadan Malaysia-Thailand dibuka.
![Pintu sempadan Padang Besar dibuka hari ini Pintu sempadan Padang Besar dibuka hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/61651678585_PADANGBESAR.jpg)
Pintu sempadan Padang Besar dibuka hari ini
Satu lagi pintu sempadan Malaysia-Thailand iaitu Padang Besar akan dibuka hari ini, bermula 6 pagi hingga 10 malam setiap hari.