KUALA LUMPUR: Permohonan bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah untuk membatalkan saman difailkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) terhadap beliau dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Arul Kanda Kandasamy yang menuntut mereka membayar AS$6.59 bilion (1AS$ = RM4.29), akan didengar 1 Julai ini.
Peguam Lavinia Kumaraendran yang mewakili Mohd Irwan berkata permohonan itu akan didengar di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Amarjeet Singh.
"Tarikh pendengaran itu ditetapkan oleh Penolong Kanan Pendaftar Azlinda Ahmad Sharif ketika pengurusan kes saman tersebut hari ini," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Mohd Irwan selaku defendan kedua memfailkan permohonan itu pada 18 Feb lepas.
1MDB, yang memfailkan saman terhadap Arul Kanda dan Mohd Irwan pada Mei tahun lepas, mendakwa kedua-dua defendan telah melakukan pecah amanah dan konspirasi menyebabkan 1MDB mengalami kerugian berjumlah AS$1.83 bilion berhubung pelaburan dalam 1MDB-Petrosaudi Ltd yang ditukar kepada pelaburan Brazen Sky Limited (Brazen Sky), yang dikatakan terdapat dalam Bridge Global Fund.
Dalam permohonannya, Mohd Irwan antaranya mendakwa tuntutan saman terhadapnya adalah pramatang kerana pelaburan Brazen Sky serta pembayaran Aabar Investments PJS Limited adalah jelas tidak kukuh memandangkan mahkamah masih belum menentukan 1MDB mengalami kerugian sebanyak AS$1.83 bilion dan AS$3.5 bilion.
Mohd Irwan mendakwa beliau tidak mempunyai sebarang kewajipan kontrak, statutori atau fidusiari terhadap 1MDB kerana pelantikannya sebagai pengarah syarikat itu adalah selepas kerugian yang didakwa dialami 1MDB
Beliau berkata tuntutan kerugian yang kononnya dialami 1MDB adalah satu penyalahgunaan proses mahkamah kerana syarikat itu telah memperoleh wang sejurus penyelesaian dicapai dalam tuntutan sivil terhadap pihak lain yang difailkan 1MDB.
1MDB juga mendakwa kedua-dua defendan melakukan pecah amanah dan konspirasi dengan menyeleweng wang 1MDB berjumlah AS$3.5 bilion yang dibayar kepada Aabar Investments dan AS$1.265 bilion dibayar kepada International Petroleum Investment Company (IPIC) pada 9 Mei 2017.
Menurut 1MDB, Mohd Irwan juga berkonspirasi dengan Arul Kanda untuk menyebabkan syarikat itu melaksanakan Perjanjian Pelanjutan Pekerjaan dan membuat pembayaran berjumlah RM2,905,200 kepada Arul Kanda selaras dengan perjanjian tersebut tanpa menghiraukan kepentingan 1MDB sehingga menyebabkan syarikat berkenaan mengalami kerugian.
Sehubungan itu, 1MDB antaranya menuntut kedua-dua defendan membayar AS$6.59 bilion berhubung pelanggaran tersebut dan tambahan RM2.9 juta daripada Mohd Irwan berkaitan Perjanjian Pelanjutan Pekerjaan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 20 2022

Permohonan Mohd Irwan itu akan didengar di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Amarjeet Singh. - Gambar fail
Keterlanjuran, salah guna kuasa menyukarkan usaha kerajaan
Perdana Menteri menegaskan bahawa sebarang keterlanjuran salah guna kuasa, rasuah, dan pengkhianatan akan menyukarkan usaha Kerajaan MADANI untuk merealisasikan impian menjadi sebuah negara maju dan berdaya saing di pentas dunia.
Pemandu maut, penumpang cedera lori jatuh gaung di Kuala Krai
Seorang lelaki maut manakala seorang wanita cedera selepas lori yang mereka naiki terbabas ke dalam gaung di kilometer 79 Jalan Kota Bharu-Gua Musang (Bukit Ah Kim), Kuala Krai pada Sabtu.
Ahmad Zahid, Fahmi ucap takziah kepada keluarga Ishsam Shahruddin
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil dan beberapa menteri lain hari ini menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin yang meninggal dunia pada petang Sabtu.

OIC kecam pencerobohan Netanyahu dan Katz ke khemah pelarian Tulkarm
OIC menyifatkan tindakan itu sebagai lanjutan kepada serangan berterusan rejim Israel terhadap rakyat Palestin.

Melaka FC rangkul kejuaraaan Liga A1 Semi Pro
Fuseini Issah tampil cemerlang dengan jaringan hatrik bagi membantu Melaka FC meraih kemenangan besar ke atas Machan FC.

THT & PDRM Blue Warriors lengkapkan kejuaraan treble MHL 2025
THT mengungguli perlawanan akhir menerusi penentuan penalti, selepas kedudukan terikat 1-1 dalam masa permainan sebenar.

Manchester United bangkit ketinggalan dua gol ikat Everton di Goodison Park
Keputusan itu meneruskan persembahan tidak konsisten Manchester United nyaris dijinakkan Everton yang tampil lebih dominan.

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

Kes IPIC: 'Nama saya sudah bersih' - Irwan Serigar
'Nama saya sudah bersih' - Irwan Serigar

Irwan Serigar dibenar masukkan tiga individu sebagai pihak ketiga dalam saman 1MDB
Irwan Serigar berjaya dalam rayuannya untuk memasukkan tiga individu sebagai pihak ketiga dalam saman US$6.59 bilion yang difailkan terhadap beliau oleh 1MDB.

Permohonan Irwan Serigar, Arul Kanda batal saman 1MDB ditolak
Mahkamah Tinggi menolak permohonan Irwan Serigar dan Arul Kanda untuk membatalkan saman oleh 1MDB.

Kes pecah amanah Najib, Irwan: Pendakwaan mohon tangguh bicara
Pihak pendakwaan dalam kes pecah amanah dihadapi Najib dan Mohd Irwan membabitkan IPIC, memohon perbicaraan kes hari ini ditangguhkan kerana terdapat perkembangan baharu.

Irwan akui terima elaun RM500,000 daripada 1MDB
Irwan turut menerima elaun ahli lembaga penasihat 1MDB sebanyak RM25,000 setiap bulan secara konsisten bermula 26 Ogos 2013 sehingga 2015.

Permohonan Irwan Serigar batal saman 1MDB tuntut AS$6.59 bilion didengar 1 Julai
Permohonan itu akan didengar di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Amarjeet Singh.

Kes pecah amanah RM6.6 bil Najib dan Irwan dipindahkan ke Mahkamah Tinggi
Kes pecah amanah RM6.6 bil Najib dan Irwan dipindahkan ke Mahkamah Tinggi

Rumah Irwan Serigar digeledah
Kediaman bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan Malaysia, Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah dipercayai digeledah petang tadi.

Najib, Irwan Serigar, Hasanah didakwa kes pecah amanah esok - SPRM
SPRM mendakwa bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan didakwa atas kes pecah amanah melibatkan wang milik Kerajaan Malaysia di Mahkamah Seysen Kuala Lumpur esok pada jam 7.30 pagi.

Irwan Serigar bukan lagi pengarah BNM
Mohd Irwan hilang jawatan tersebut sebaik sahaja beliau berhenti memegang jawatan Ketua Setiausaha Perbendaharaan.