SHAH ALAM: Kerajaan membuka permohonan peruntukan melalui Inisiatif Kemudahan Rakyat (IKR) sebagai salah satu usaha untuk membantu orang ramai melalui penambahbaikan infrastruktur kecil awam.
Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, IKR ialah inisiatif baharu untuk memudahkan proses permohonan projek infrastruktur awam berskala kecil di bawah RM200,000 secara terus kepada kementerian itu.
Menurutnya, skop projek kecil yang dibenarkan adalah saliran, perparitan, jalan, jambatan, titi, laluan pejalan kaki, cerun, tebing, gabion, benteng, gelanggang sukan, padang permainan, taman permainan kanak-kanak dan kemudahan rekreasi.
“Selain itu, dewan terbuka, balai raya, hentian bas, bumbung tapak perhimpunan sekolah, masjid, surau dan madrasah juga merupakan skop kecil yang dibenarkan di bawah IKR,” katanya menerusi ciapan di X pada Isnin.
Pada 20 Jun lalu, Rafizi memperuntukkan sebanyak RM500 juta melalui IKR yang memanfaatkan sekurang-kurangnya 2,500 projek kemudahan rakyat di seluruh negara.
Beliau berkata, ia merupakan bantuan Kerajaan Persekutuan dan bertujuan untuk mendemokrasikan dana kerajaan dalam membiayai pelaksanaan projek infrastruktur kecil awam yang terletak di bawah bidang kuasa dan tanggungjawab kerajaan negeri dan PBT.
Tambah Rafizi, terdapat tiga manfaat yang akan diperoleh iaitu pertama, menyelesaikan projek infrastruktur kecil awam yang memberikan kesan secara langsung kepada rakyat dalam aspek penggunaan.
“Kedua, membaik pulih infrastruktur awam dengan lebih cepat sekaligus menyelesaikan peruntukan tidak mencukupi di Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
“Selain itu, ketiga ialah untuk membantu kontraktor-kontraktor kecil di seluruh negara mendapat manfaat ekonomi dari projek-projek kecil,” ujarnya.
Jelas beliau, permohonan akan dinilai Kementerian Ekonomi dan dikemukakan kepada agensi berkaitan sebelum peruntukan tersebut akan disalurkan.
*Artikel disiarkan di Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Aug 29 2023

Carta Alir Permohonan IKR.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.

Kerajaan setuju laksanakan 502 projek IKR bernilai RM76.3 juta - Rafizi
Kementerian Ekonomi telah memberi persetujuan bagi pelaksanaan 502 projek Inisiatif Kemudahan Rakyat (IKR) yang melibatkan kos sebanyak RM76.3 juta.

Permohonan Inisiatif Kemudahan Rakyat dibuka - Rafizi
Kerajaan membuka permohonan peruntukan melalui Inisiatif Kemudahan Rakyat (IKR) sebagai salah satu usaha untuk membantu orang ramai melalui penambahbaikan infrastruktur kecil awam.

RM500 juta diperuntuk melalui IKR, baik pulih projek kecil - Rafizi
Kerajaan peruntuk RM500 juta melalui Inisiatif Kemudahan Rakyat (IKR) sebagai salah satu usaha membantu orang ramai melalui penambahbaikan insfrastruktur kecil awam.