Permata Negara merintis usaha bagi penubuhan sebuah pusat penyelidikan yang akan menyediakan ekosistem bagi individu yang mempunyai kebolehan luar biasa untuk menjalankan penyelidikan dan inovasi.
Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor yang juga Penaung Permata berkata: "Kita harus mewujudkan dan memupuk persekitaran bagi membolehkan penyelidikan dan inovasi berkembang maju.
Rosmah berkata demikian pada pelancaran Bengkel Permata Science Institute di Royal Society London di sini pada Isnin.
Royal Society London bekerjasama dengan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menganjurkan bengkel itu bermula esok sehingga 17 Mei.
Bengkel tersebut membabitkan 26 pelajar dari Permata Pintar, Permata Insan, Maktab Rendah Sains Mara, pelajar dari Kementerian Pendidikan, saintis muda dan enam guru.
Turut hadir Penasihat Kanan Royal Society London Luke Clarke; Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim; Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said; dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di United Kingdom dan Ireland Utara Datuk Ahmad Rasidi Hazizi.
Rosmah berharap Permata dapat bekerjasama dengan Royal Society London bagi penubuhan pusat penyelidikan itu.
Beliau berkata bengkel itu merupakan sebahagian inisiatif Program Nobel Minda bertujuan memupuk kerjaya kepimpinan, pemikiran inovatif, kemahiran komunikasi serta kajian spesifik luar dalam bakat utama di bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM).
"Melalui pengalaman peribadi dan memberikan peserta peluang untuk berinteraksi dengan pemenang Hadiah Nobel dan Felow Royal Society kami berharap mereka akan dapat mengenal pasti sifat-sifat pemenang Hadiah Nobel dan memahami bagaimana mereka melihat hubungan antara idea yang orang lain tidak dapat memahami, bagaimana mereka menggunakan kreativiti untuk menyelesaikan masalah," katanya.
Rosmah berkata sejak 2011, lebih 750 pelajar menuntut di Kolej Permata Pintar dan lebih 430 pelajar sedang mengikuti program ijazah dan lepasan ijazah di lima universiti terbaik di Amerika Syarikat, United Kingdom, Australia, Jepun, Korea Selatan, Jerman dan Malaysia.
Rosmah berkata penyelidikan dan bimbingan daripada profesor dan penyelidik kanan sering menjadi tarikan unik dalam program Permata Pintar.
"Ramai yang telah menerbitkan jurnal berindeks tinggi. Kami juga telah memperkenalkan projek ''Genome To Space'' iaitu satu makmal bar kod DNA dan makmal astrofizik lengkap dengan menara cerap dan teleskop disediakan bagi menyediakan satu platform pembelajaran baharu untuk pelajar kita yang berminat dengan turutan DNA dan fenomena berkaitan angkasa," katanya.
Beliau berkata dengan kelulusan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bagi penubuhan Pusat Bakat STEM Pintar dalam menguruskan pelajar yang mempunyai bakat luar biasa dan pascasiswazah melalui mentor, pelbagai program pengayaan dan penglibatan berterusan untuk meningkatkan keupayaan dan aspirasi mereka, akan meningkatkan lagi program Permata Pintar.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 08 2017
![Permata rintis usaha tubuh pusat penyelidikan - Rosmah Permata rintis usaha tubuh pusat penyelidikan - Rosmah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-05/41494259085_DSRosmahMansor.jpg)
Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang juga Penaung Permata pada pelancaran Bengkel Permata Science Institute di Royal Society London pada Isnin. - Foto BERNAMA
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61703329565_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 16 Julai 2024.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Ekonomi China teruskan momentum pemulihan Ekonomi China teruskan momentum pemulihan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/71674060668_ChinaPopulation.jpg)
Ekonomi China teruskan momentum pemulihan
Ekonomi China meneruskan momentum pemulihan dan trend perkembangan ke arah baik dengan operasinya kekal stabil secara keseluruhannya pada separuh pertama tahun ini.
![PPZ-MAIWP catat RM511 juta kutipan zakat tahun ini, naik 10 peratus PPZ-MAIWP catat RM511 juta kutipan zakat tahun ini, naik 10 peratus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61714481430_TBNAIM.jpg)
PPZ-MAIWP catat RM511 juta kutipan zakat tahun ini, naik 10 peratus
PPZ-MAIWP mencatat kutipan zakat sebanyak RM511 juta dari Januari hingga Jun tahun ini dengan peningkatan sebanyak 10 peratus berbanding tempoh sama pada 2023.
![Empat terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh Empat terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721144143_TBBANGLADESHCAMPUS.jpg)
Empat terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Abu Sayeed, seorang daripada penyelaras dan pelajar di Universiti Begum Rokeya di Rangpur utara, terbunuh semasa pertempuran dengan polis.
![28 orang termasuk 5 orang awam, 10 askar, terbunuh dalam tempoh 24 jam di Pakistan 28 orang termasuk 5 orang awam, 10 askar, terbunuh dalam tempoh 24 jam di Pakistan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721144906_TBMAPBANNU.jpg)
28 orang termasuk 5 orang awam, 10 askar, terbunuh dalam tempoh 24 jam di Pakistan
Tentera menuding jari kepada kumpulan Hafiz Gul Bahadur dari Tehreek-e-Taliban Pakistan (TTP) yang diharamkan.
![Misi ekonomi produk agrikomoditi ke India perkukuh hubungan dua hala Misi ekonomi produk agrikomoditi ke India perkukuh hubungan dua hala](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721130378_JohariAbdulGhani.jpg)
Misi ekonomi produk agrikomoditi ke India perkukuh hubungan dua hala
KPK akan mengadakan Misi Ekonomi Produk Agrikomoditi Malaysia ke India pada 17-18 Julai ini.
![Golongan belia pemacu penting bentuk masa depan industri pembuatan Malaysia - FMM Golongan belia pemacu penting bentuk masa depan industri pembuatan Malaysia - FMM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41715247870_SohThianLaijpg.jpg)
Golongan belia pemacu penting bentuk masa depan industri pembuatan Malaysia - FMM
Pemimpin perniagaan dan usahawan daripada golongan belia merupakan pemacu penting yang akan membentuk masa depan industri pembuatan Malaysia, kata Presiden Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia.
AWANI Tonight: 16 July 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. Govt mulls amending Penal Code to deal with cyberbullying
2. England's Southgate resigns after Euro 2024 Final defeat
#AWANIEnglish #AWANINews
1. Govt mulls amending Penal Code to deal with cyberbullying
2. England's Southgate resigns after Euro 2024 Final defeat
#AWANIEnglish #AWANINews
![9,241 pelajar Palestin terbunuh dalam serangan Israel sejak 7 Oktober 9,241 pelajar Palestin terbunuh dalam serangan Israel sejak 7 Oktober](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81718630490_Smokerises.jpg)
9,241 pelajar Palestin terbunuh dalam serangan Israel sejak 7 Oktober
9,318 pelajar terbunuh dan 14,671 lagi cedera di Semenanjung Gaza manakala di Tebing Barat, 103 pelajar terbunuh dan 505 lagi cedera.
![KESUMA lantik perunding buat kajian penubuhan Suruhanjaya Pekerja Gig - Abdul Rahman KESUMA lantik perunding buat kajian penubuhan Suruhanjaya Pekerja Gig - Abdul Rahman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/81699244968_AbdulRahmanMohamad.jpg)
KESUMA lantik perunding buat kajian penubuhan Suruhanjaya Pekerja Gig - Abdul Rahman
KESUMA akan melantik perunding bagi melaksanakan 'Kajian Membangunkan Kerangka Dasar Pekerjaan dan Perundangan Dalam Ekonomi Gig' di negara ini yang menjurus kepada penubuhan SPGig.
!['Selamatkan ekosistem, jangan lepaskan ikan baung ekor merah ke dalam sungai' 'Selamatkan ekosistem, jangan lepaskan ikan baung ekor merah ke dalam sungai'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/41662327118_Ikanbaung.jpg)
'Selamatkan ekosistem, jangan lepaskan ikan baung ekor merah ke dalam sungai'
Usaha itu penting kerana makanan ikan baung ekor merah ialah 50 peratus daripada ikan asli tempatan serta udang galah.
![OPR: BNM ada kuasa buat keputusan tanpa campur tangan kerajaan - Rafizi OPR: BNM ada kuasa buat keputusan tanpa campur tangan kerajaan - Rafizi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/81678360644_TBrafizi.jpg)
OPR: BNM ada kuasa buat keputusan tanpa campur tangan kerajaan - Rafizi
Bank Negara Malaysia (BNM) mempunyai bidang kuasa membuat keputusan sendiri berkaitan kadar dasar semalaman (OPR) tanpa memerlukan campur tangan kerajaan, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
![Jadi peneraju global: Malaysia, Indonesia harus bina ekosistem ekonomi halal - Duta Jadi peneraju global: Malaysia, Indonesia harus bina ekosistem ekonomi halal - Duta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/41657771100_HermonoDutaBesar.jpg)
Jadi peneraju global: Malaysia, Indonesia harus bina ekosistem ekonomi halal - Duta
Kedua-dua negara harus mengenal pasti bidang kerjasama masing-masing supaya mendapat manfaat daripada industri halal.
![Selangor teroka peluang industri halal Selangor teroka peluang industri halal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/81659052059_industriHalal.jpg)
Selangor teroka peluang industri halal
Selangor terus berusaha untuk mengembangkan potensi industri halal melalui pelbagai penganjuran antaranya Halal Selangor.
![Lebih tujuh juta pokok bakau, spesies terpilih ditanam untuk pulihara ekosistem hutan paya laut Lebih tujuh juta pokok bakau, spesies terpilih ditanam untuk pulihara ekosistem hutan paya laut](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/81658818777_Avicenna.jpg)
Lebih tujuh juta pokok bakau, spesies terpilih ditanam untuk pulihara ekosistem hutan paya laut
Malaysia mempunyai kawasan hutan paya laut seluas 629,038 hektar, iaitu 3.44 peratus daripada keluasan kawasan berhutan di seluruh negara.
![Pelbagai burung termasuk spesies terancam kembali ke Tasik Kenyir Pelbagai burung termasuk spesies terancam kembali ke Tasik Kenyir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/61648332001_KenyirBurung.jpg)
Pelbagai burung termasuk spesies terancam kembali ke Tasik Kenyir
Antaranya termasuklah burung sewah tekukur besar, burung hantu kuang kuik, burung tukang kelab dan burung sultan tit.
![Lima juta benih ikan sungai dilepaskan di Perak Lima juta benih ikan sungai dilepaskan di Perak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/71643005436_LIMAJUTABENIHIKAN.jpg)
Lima juta benih ikan sungai dilepaskan di Perak
Langkah itu sekali gus dapat memberi manfaat kepada lebih 3,000 nelayan darat di negeri berkenaan.
![Malaysia jadi rujukan utama penyelidikan ekosistem halal dunia - HDC Malaysia jadi rujukan utama penyelidikan ekosistem halal dunia - HDC](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2016-03/81459352108_Halal.jpg)
Malaysia jadi rujukan utama penyelidikan ekosistem halal dunia - HDC
Penyelidikan ekosistem berkenaan akan dimulakan di Malaysia dan kemudiannya diperluaskan secara berperingkat ke ekosistem halal di negara-negara yang berpotensi.
![Pelepasan 390,000 benih ikan, udang setakat bulan ini - JPNS Pelepasan 390,000 benih ikan, udang setakat bulan ini - JPNS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/61627107536_pelepasanbenihika.jpg)
Pelepasan 390,000 benih ikan, udang setakat bulan ini - JPNS
Pelepasan benih ikan itu, antaranya lampam sungai, tapah, puyu dan baung ke perairan sungai di seluruh negeri, membabitkan kos RM99,000.