KUALA LUMPUR: Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah sekali lagi berkenan 'menyingsing lengan' memasak juadah bubur lambuk Pahang, resipi istimewa baginda untuk diedar kepada orang ramai.
Terkenal dengan hobi memasaknya, Tunku Azizah seawal 10 pagi lagi telah mula masuk 'dapur' di perkarangan surau utama istana negara sebagai Chef de Cuisine dibantu kira-kira 100 ahli Kelab Kebajikan dan Sukan Istana Negara (KEKSIN) dan kakitangan Istana Negara.
Merupakan antara acara tahunan KEKSIN setiap Ramadan, bubur berkenaan disediakan dalam empat kawah dan menghasilkan kira-kira 1,500 bungkusan untuk diedar kepada anggota polis dan tentera yang bertugas serta rumah kebajikan dan masjid sekitar ibu negara.
Sejurus selesai selepas kira-kira dua jam, Tunku Azizah turut berkenan berkongsi rahsia resipi istimewa bubur berkenaan yang menjadi juadah kegemaran santapan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, bukan sahaja di bulan Ramadan, malah menjadi menu mingguan Seri Paduka.
"Bubur lambuk ini resipi orang Pahang, jika di Pahang kita gunakan ikan bakar, ayam, sotong dan udang. Rebus beras sampai kembang, bila beras nak kembang saya akan letak bawang merah halia serai barulah masuk santan, kemudian lada hitam, garam dan daun-daun macam daun kunyit, daun kesum dan daun selasih.
"Kita hanya guna ikan bakar, udang hidup, udang kering kalau nak letak boleh juga serta ayam dan ikan... Bubur lambuk Pahang ini dia rasa lada hitam dan garam," titah baginda pada Program Bubur Lambuk bersama KEKSIN di Istana Negara di sini.
Tunku Azizah juga bertitah bahawa program anjuran KEKSIN itu adalah program tahunan yang sebelum ini diadakan dua kali setahun.
"Ini acara setiap tahun, kadang-kadang kita buat dua kali setahun tetapi sebab saya baru baik COVID-19, ini sahaja ada masa, minggu lepas kena kuarantin, minggu depan Tuanku banyak program. Ini sumbangan KEKSIN kepada rakyat Malaysia," titah Seri Paduka. - BERNAMA
Bernama
Sat Apr 16 2022
![Permaisuri Agong berkenan sediakan juadah istimewa bubur lambuk Pahang Permaisuri Agong berkenan sediakan juadah istimewa bubur lambuk Pahang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/71650094779_RajaPermaisuri.jpg)
Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah (kanan) berkenan memasak bubur lambuk sempena Program Bubur Lambuk bersama Kelab Kebajikan dan Sukan Istana Negara (KEKSIN) di Istana Negara, hari ini. Gambar BERNAMA
10 Berita Pilihan - (15 Ogos 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pasukan PBB lawat Bangladesh, siasat pembunuhan protes pelajar
Pasukan penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan melawat Bangladesh minggu depan untuk menyiasat ratusan kematian semasa protes yang diketuai pelajar baru-baru ini, menurut pegawai badan dunia itu pada Khamis.
Gempa bumi bermagnitud 5.7 gegar timur laut Taiwan
Gempa bumi berukuran 5.7 skala richter melanda daerah Timur Laut Taiwan pada Khamis.
Angka kematian di Gaza cecah 40,000 individu
Pasukan tentera Israel melakukan tiga pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga-keluarga di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam lepas, mengakibatkan sekurang-kurangnya 40 rakyat Palestin terbunuh dan 107 lagi cedera, menurut sumber perubatan.
Jepun tamatkan amaran gempa bumi mega
Dalam tempoh berjaga-jaga, Agensi Meteorologi Jepun tidak melihat sebarang pergerakan gempa bumi yang luar biasa atau kerak bumi.
Rakyat UK terancam dengan imigran rampas peluang pekerjaan
Bimbang golongan imigran akan merampas peluang peluang pekerjaan menjadikan rakyat United KIngdom terutamanya mereka yang mempunyai masalah ekonomi melihat imigran sebagai satu ancaman.
Parti Pheu Thai pilih anak perempuan Thaksin calon PM
Paetongtarn, 37, adalah anak perempuan kepada jutawan yang juga bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra.
Pemilihan anak Thaksin sebagai PM Thailand dianggap tidak efektif
Pemilihan anak perempuan bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra, Paetongtarn Shinawatra, untuk menggantikan Srettha Thavisin sebagai Perdana Menteri negara itu dianggap sebagai tidak efektif.
![Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723343252_Palestiniansmourn.jpg)
Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera
Perkhidmatan kecemasan masih tidak dapat membantu ramai mangsa dan membawa keluar mayat yang terperangkap di bawah runtuhan.
DNA mangsa kebakaran di Pagoh diperoleh, jenazah dijangka dikebumikan esok
Polis mengesahkan telah menerima laporan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dua mayat mangsa yang rentung dalam kebakaran rumah di Kampung Paya Redan, Pagoh, Johor Jumaat lepas.
![Raja Permaisuri Agong terima menghadap Pengerusi Kebangsaan BSMM Raja Permaisuri Agong terima menghadap Pengerusi Kebangsaan BSMM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41723284783_RajaPermaisuriAgon.jpg)
Raja Permaisuri Agong terima menghadap Pengerusi Kebangsaan BSMM
Raja Permaisuri Agong menerima menghadap Pengerusi Kebangsaan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia.
![Agong, Raja Permaisuri berangkat ke Majlis Jamuan Teh Diraja Agong, Raja Permaisuri berangkat ke Majlis Jamuan Teh Diraja](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71722070386_TBAgong.jpg)
Agong, Raja Permaisuri berangkat ke Majlis Jamuan Teh Diraja
Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong berkenan berangkat menghadiri Majlis Jamuan Teh Diraja di Istana Negara hari ini.
![Pameran Raja Kita bermula esok, koleksi peribadi Agong, Raja Permaisuri antara dipamer Pameran Raja Kita bermula esok, koleksi peribadi Agong, Raja Permaisuri antara dipamer](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721894223_tbMuziumNegara.jpg)
Pameran Raja Kita bermula esok, koleksi peribadi Agong, Raja Permaisuri antara dipamer
Terdapat juga koleksi bersejarah seperti manuskrip dan dokumen perjanjian berkaitan Institusi Raja daripada agensi lain termasuk Arkib Negara dan Perpustakaan Negara.
![Raja Permaisuri Agong berkenan lawat Hospital Orang Asli Gombak Raja Permaisuri Agong berkenan lawat Hospital Orang Asli Gombak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721708136_RajaZarithSofiah.jpg)
Raja Permaisuri Agong berkenan lawat Hospital Orang Asli Gombak
Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berkenan melawat Hospital Orang Asli Gombak (HOAG) hari ini.
![Sultan Ibrahim tekankan tatakelola baik, tingkat imej negara - Ahli Penasihat Majlis Jumaah Diraja Johor Sultan Ibrahim tekankan tatakelola baik, tingkat imej negara - Ahli Penasihat Majlis Jumaah Diraja Johor](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721448291_PertabalanAgong.jpg)
Sultan Ibrahim tekankan tatakelola baik, tingkat imej negara - Ahli Penasihat Majlis Jumaah Diraja Johor
Tuanku mempunyai cita-cita sama dengan Perdana Menteri iaitu hendak tadbir urus yang baik, negara kita bersih daripada rasuah, penyelewengan.
![#AgongKita: Biodata Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah #AgongKita: Biodata Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721454716_RajaPermaisuriAgon.jpg)
#AgongKita: Biodata Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah
Raja Zarith Sofiah merupakan seorang kerabat diraja yang bergiat aktif dalam pelbagai kerja kebajikan, khususnya melalui platform badan bukan kerajaan (NGO).
![#AgongKita: Istiadat Pertabalan Yang Di-Pertuan Agong ke-17 bermula #AgongKita: Istiadat Pertabalan Yang Di-Pertuan Agong ke-17 bermula](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721438362_Agong.jpg)
#AgongKita: Istiadat Pertabalan Yang Di-Pertuan Agong ke-17 bermula
Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17 di Istana Negara bermula pagi ini
![Raja Permaisuri Agong berkenan rasmi Mesyuarat Agung Tahunan PPPM Raja Permaisuri Agong berkenan rasmi Mesyuarat Agung Tahunan PPPM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81719646882_RajaZarithSofiah.jpg)
Raja Permaisuri Agong berkenan rasmi Mesyuarat Agung Tahunan PPPM
Raja Permaisuri Agong berkenan berangkat merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan ke-59 Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM) di Kuching.
![Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Selamat Hari Bapa Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Selamat Hari Bapa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81718505662_HariBapa.jpg)
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Selamat Hari Bapa
Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong menzahirkan penghargaan kepada semua insan bergelar bapa bersempena Hari Bapa yang disambut hari ini.
![Raja Permaisuri Agong sampai sumbangan Aidiladha kepada 500 miskin bandar Raja Permaisuri Agong sampai sumbangan Aidiladha kepada 500 miskin bandar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51718275114_RajaZarithSofiah.jpg)
Raja Permaisuri Agong sampai sumbangan Aidiladha kepada 500 miskin bandar
Raja Permaisuri Agong berkenan menyampaikan sumbangan kotak makanan dan wang tunai kepada 500 penerima miskin bandar.