KUALA LUMPUR: Kerajaan digesa supaya memperluaskan bantuan moratorium 2.0 secara automatik dan tidak menghadkan kepada golongan B40 sahaja.
Sebaliknya, Ketua Pemuda UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki berkata, kerajaan perlu memanfaatkan sepenuhnya kuasa di bawah Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021 untuk memastikan institusi perbankan dan kewangan negara menawarkan bantuan moratorium kepada semua bagi meringankan beban sepanjang total lockdown.
Asyraf Wajdi dalam masa sama menyenaraikan tujuh rasional dan justifikasi ekonomi dibawah cadangan itu:
1. Memastikan keupayaan tunai rakyat tidak terjejas akibat pelaksanaan total lockdown hingga menyebabkan ekonomi negara turut terkesan teruk akibat penurunan drastik perbelanjaan isi rumah terutamanya dalam membiayai keperluan asas seperti makanan, tempat tinggal dan utiliti (elektrik, air dan internet). Rata-rata berhadapan dengan masalah tunai akibat simpanan yang merosot teruk berbanding PKP 1.0 dahulu akibat PKP yang berpanjangan sebelum ini.
2. Penangguhan bayaran ansuran pinjaman bank juga dapat mengelakkan daripada berlakunya fenomena kemuflisan akibat kejatuhan teruk pendapatan syarikat-syarikat PKS, golongan bekerja sendiri dan isi rumah yang tiada pendapatan tetap termasuk M40 akibat pandemik COVID-19 berpanjangan.
3. Fenomena muflis dalam kalangan rakyat akibat pendapatan yang terjejas dan ketidakupayaan membayar ansuran pinjaman/ pembiayaan bank akan menyebabkan kerosakan teruk kepada ekonomi negara sekali gus memberi kesan langsung terhadap operasi dan tahap kestabilan institusi perbankan dan kewangan tempatan.
4. Penawaran moratorium mampu menjamin kestabilan sistem kewangan (financial stability) sekali gus mengelakkan bank-bank berhadapan dengan fenomena ketidakupayaan pelanggan membayar balik hingga membawa kepada peningkatan kadar NPL (Non-Performing Loan) atau Pinjaman Tak Berbayar.
5. Keupayaan institusi perbankan tempatan menyerap sebarang potensi kejutan pasaran (market shock) masih berada pada tahap yang kukuh sebagaimana piawai antarabangsa (IMF) dan Bank Negara Malaysia. Institusi perbankan tempatan mempunyai tahap modal yang sihat dan mampu mendukung aliran kredit ekonomi negara berdasarkan Nisbah Modal Keseluruhan (Total Capital Ratio) di tahap 18.1 peratus melebihi daripada keperluan BNM iaitu minimum lapan peratus dengan Lebihan Modal Penampan (Capital Excess Buffer) mencecah RM126.3 bilion pada Februari 2021.
6. Tahap kecairan (liquidity) bank-bank tempatan juga berada dalam keadaan yang sihat berdasarkan laporan Tahap Liputan Kecairan (Liquidity Coverage Ratio) BNM bagi sistem perbankan negara iaitu pada 145 peratus dan melebihi keperluan minimum 100 peratus walaupun melaksanakan Moratorium 1.0 ketika PKP 1.0.
Walaupun terdapat peningkatan pada Peruntukan Kerugian Kredit (Provision for Credit Losses) sistem perbankan negara dari bulan ke bulan, ia tetap hanya 1.8 peratus daripada jumlah keseluruhan pembiayaan (pinjaman) sistem berjumlah hampir RM1.85 trilion.
7. Perlaksanaan moratorium 1.0 terdahulu juga ternyata tidak menjejaskan keupayaan institusi perbankan menjana keuntungan. Bank-bank tempatan baru mengumumkan keuntungan selesa bagi suku pertama tahun 2021 seperti contoh Maybank (RM2.39 billion), Public Bank (RM1.53 billion), Hong Leong Bank (RM2.17 billion) RHB Bank (RM650.39 juta), Bank Islam (RM202.46 juta) dan Affin Bank (RM68.94 juta).
Selain tujuh rasional itu, Pemuda UMNO turut menggesa kerajaan untuk mengarahkan agensi-agensi pembiayaan dan kredit milik kerajaan yang memberi fokus kepada golongan B40 dan Perusahaan Mikro seperti MARA, TEKUN, Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) dan SME Bank untuk melaksanaan moratorium bagi peserta-peserta program mereka.
Menurut Asyraf Wajdi, pengalaman pelaksanaan moratorium pada PKP 1.0 boleh dijadikan asas untuk pelaksanaan moratorium 'total lockdown' yang lebih efisien sekali gus membantu rakyat yang berhadapan dengan keadaan yang sulit.
Umavathi Ramayah
Fri Jun 04 2021
Menurut Asyraf Wajdi, kerajaan perlu memanfaatkan sepenuhnya kuasa di bawah Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021 untuk memastikan institusi perbankan dan kewangan negara menawarkan bantuan moratorium. - Gambar fai/BERNAMA
Lebih 90 peratus usahawan belum manfaatkan e-Invois
Majoriti atau dianggarkan lebih 90 peratus usahawan, terutama yang berpendapatan tahunan RM25 juta ke bawah, masih belum memanfaatkan sistem e-Invois yang mula diperkenalkan pada 1 Ogos lepas.
Wanita 19 tahun korban keenam keracunan arak metanol
Pelancong wanita warga Australia yang dirawat akibat keracunan metanol di Vientiane, Laos, telah disahkan meninggal dunia pada Jumaat.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Pertabalan Raja Charles telan kos hampir RM424 juta
Pertabalan Raja Charles menelan belanja sebanyak 72 juta pound (hampir RM424 juta).
Aktivis tuang baja di Pejabat Kementerian Dalam Negeri Itali
Di Rom...pejuang iklim diketuai extinction rebellion pada Jumaat ada cara tersendiri untuk memperjuangkan kesihatan planet bumi khusus dengan perubahan iklim global yang semakin merosot.
Kualiti udara di New Delhi menjunam ke paras berbahaya
Kualiti udara di New Delhi India terus menjunam ke tahap berbahaya setakat Jumaat mengakibatkan rutin harian penduduknya terjejas selain risiko kesihatan yang terus meningkat. Berdasarkan angka indeks kualiti udara (AQI) oleh agensi pemantau kesihatan udara berpangkalan di Switzerland IQAir, kualiti udara di bandar itu terus merosot pada angka 545.
AS8.5 bilion komitmen diperoleh daripada syarikat UK
Indonesia meraih komitmen pelaburan sebanyak 8.5 bilion dolar Amerika daripada 19 syarikat terkemuka United Kingdom (UK) semasa lawatan Presiden Prabowo Subianto ke negara itu.
Polis UK laksana 'letupan terkawal' pada bungkusan misteri
Polis United Kingdom (UK) pada Jumaat bergegas ke Kedutaan Amerika Syarikat untuk melaksanakan prosedur letupan terkawal susulan penemuan bungkusan mencurigakan di perkarangan pejabat itu. Polis Metropolitan London menerusi laman media sosial X pada Jumaat mengesahkan bunyi letupan kuat yang didengari di kawasan itu adalah merupakan hasil dari proses letupan terkawal yang dilaksanakan anggota-anggotanya.
Bangunan di Lubnan runtuh akibat ledakan tepat misil Israel
Tentera rejim Zionis Israel pada Jumaat meletopkan sebuah bangunan yang terletak di Chiyah, di selatan Beirut dalam siri keganasan terbaharunya di Lubnan. Dalam visual menggerikan yang dikongsikan oleh Reuters menyaksikan orang ramai menjerit ketakutan serta terkejut dengan ledakan misil yang berlaku amat pantas.
Makaf sasar sembilan pingat emas Sukan SEA 2027
Skuad karate negara sedang mengatur strategi sebagai persediaan Malaysia menjadi tuan rumah temasya Sukan SEA 2027 dengan sasaran sembilan pingat emas.
Presiden Persekutuan Karate Malaysia (Makaf), Datuk Nur Azmi Ahmad berkata, pencapaian pada 2001 di Kuala Lumpur perlu dijadikan sandaran berbanding kutipan enam pingat emas ketika temasya 2017.
Presiden Persekutuan Karate Malaysia (Makaf), Datuk Nur Azmi Ahmad berkata, pencapaian pada 2001 di Kuala Lumpur perlu dijadikan sandaran berbanding kutipan enam pingat emas ketika temasya 2017.
KTMB sediakan 2 ETS tambahan KL Sentral-Padang Besar
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menyediakan dua perkhidmatan tren elektrik (ETS) tambahan bagi laluan pergi balik KL Sentral-Padang Besar, sempena sambutan Hari Natal dan cuti sekolah penggal ketiga tahun ini.
Perkasa komuniti PPR, elak terjerumus menjadi setinggan bertingkat - Pengarah Program K2K
Keluarga dalam kalangan B40 memerlukan pendekatan khusus untuk menyerlahkan potensi sebagai golongan masyarakat yang ada kekuatan tersendiri.
Gamuda tingkat komitmen biasiswa kepada RM30 juta, perkasa 123 pelajar
Ia bakal beri manfaat kepada 123 pelajar, meningkat daripada 79 pelajar tahun lepas, dengan lebih 70% penerima daripada kumpulan B40.
Pemilik kenderaan diesel golongan B40, M40 di Semenanjung layak mohon BUDI MADANI
Mereka layak memohon bagi sumbangan tunai kerajaan melalui Program Bantuan Subsidi MADANI atau BUDI MADANI, mulai esok (28 Mei).
Selangor catat jenayah seksual tertinggi di Malaysia
Selangor mencatatkan kes jenayah seksual tertinggi dalam tempoh tiga tahun di negara ini.
Melaka hasrat buka sekolah autisme bagi golongan kurang mampu
Kalsom berkata, ketika ini terdapat keluarga dalam kalangan B40 yang tidak mampu menyediakan pendidikan kepada kanak-kanak autistik.
Bayaran haji B40 tahun ini RM12,356 - TH
TH mengumumkan kadar bayaran bagi bakal haji muassasah kumpulan B40 yang akan menunaikan ibadah itu buat kali pertama, ditetapkan pada RM12,356 seorang tahun ini.
Subsidi lebih RM4.4 juta dalam 679 Program Jualan Rahmah di Kelantan
Jumlah itu diperolehi selepas pihaknya menjalankan 679 PJR dengan hasil jualan melebihi RM24 juta di 14 kawasan parlimen.
'Ada anggota polis golongan B40, miskin bandar'
Setiap anggota baharu dalam pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) boleh dikategorikan sebagai B40 apabila menerima gaji permulaan sebanyak RM1,441.
Skim Perubatan MADANI ringankan beban B40, rakyat harap diperluaskan
Seorang pesara berkata, skim itu dapat meringankan beban kewangan dan membantu memendekkan masa menunggu untuk rawatan.
112,887 isi rumah B40 terima manfaat Skim Perubatan MADANI
Skim itu telah mendapat sambutan yang amat positif dan menggalakkan daripada pihak berkenaan dengan sebanyak 181,460 rawatan pesakit luar telah diberikan setakat ini.